BEN ASHAARI



 

Khamis sampai . Jumaat balik. Sabtu , daddy ada kerja.. Huhuhu.. Nak cari duit. Nak beli car seat untuk Zahra dan rockers.. huhu .. Money money ..

Photo Photo

Dengarnya , Qhaliff dan Zahra dapat sepupu baru hari ni .. Heee… Alhamdulillah. Bertambah lagi umat Nabi Muhammad s.a.w .

Lepas subuh , kita balik eh..

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

Sampai je umah mak mertua aku , aku bergegas cari Qhaliff dan Zahra.. Hurm.. Dua dua tidur.. Aku kacau Qhaliff… Dia tak jaga .. Marah lagi ada la.. Ngantuk sangat kata wife ..

Aku naik atas , mandi .. solat dulu.. Setengah jam kemudian , wife call.. bagitau Qhaliff dah bangun.. Aku pun turun .. Nak sergah dia .. hehehe ..

Dia dok main pump susu ibu dia.. Dia nampak aku .. Dia teruskan bermain.. ehehehe.. Tau dah aku respon dia ni .. Pastu baru la nak sengih sengih ..

Photo

Aku panggil dia.. Cium dia.. Marah wooo .. Garang kata wife skang ni.. hehee …

Tukar diapers dia .. Baju.. seluar .. bawak gi lepak McD .. Aku kebuluran tapi tak nak makan nasi.. Nak cari sesuatu yang mudah dan leh lepak lama .. Huhuh.. Bukan selalu yer !

Photo

Tak lama kemudian , baru dengar suara dia .. Banyak sungguh perubahan dia sekarang ni.. Jalan pun dah laju jer.. Takde la macam nak jatuh jatuh gitu ha.. Hahahaha ..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Kesian.. Ianya terjadi juga di negara kita tapi dalam bentuk lain .. Cara rakyat mereka membantah .. Hurmm ..

anti-fifa-13

Ryan, 9, eats in front of graffiti painted by members of OPNI, in reference to the 2014 World Cup, in the Vila Flavia slum of Sao Paulo May 28, 2014. (Reuters / Nacho Doce)

A woman walks with her child on her shoulders in front of graffiti against the infrastructure work for the 2014 World Cup at the Metro Mangueira slum near the Maracana Stadium in Rio de Janeiro April 10, 2013. (Reuters / Sergio Moraes)

Kita tak sabar dah nak ‘berpesta’. Ada yang sanggup amik cuti semata mata nak tengok bola.. Hurmm..

Aku , dah lama berenti dari mengilai menda menda gini .. Tak beri faedah untuk aku pon.. melainkan ianya melibatkan kerjaya aku , ok la .. Kalau untuk buang masa .. maaf !

Tidur bola .. makan bola ? Ya .. ianya berlaku. Saja nak peringatkan kita .. Ada yang berduka di kala kita bergembira .. Bayangkan jika ianya berlaku pada kita …

Hurm.. entahlah ..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Guna GoPro Hero 3 .. Biasanya aku guna kamera handphone ni jer.. Ok ke ?

Photo

Ikut hati aku , nak letak je kat bumper.. Baru realkan ? Hahahaha .. Tapi risau gak.. Kang kena kebas dikala aku tak perasan.. Mau meraung aku nanti ..

Photo: Gmbr dr GoPro

Gambar , memang cun ! Ni takde aku tambah apa apa .. Terus amik , download ke phone dan post ke FB. Puashati la gambar dia .. Banyak aku dapat amik gambar lori dok suka hati bapak dia bikin ni jalan serupa dia punya jalan. Gitu gak kereta yang potong dari belakang pastu pancung kita depan depan ! Perghh.. Berasap siut.. Cepat cepat istighfar kasi tenang diri.. Pastu layan lagu rock kapak.. Karok sekali !

Nant aku nak letak kat belakang kereta lak.. Hehehehehe .. Cool ….

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Hee.. Jual ? Nak jual ke tak eh ? Bapak aku suh jual jer.. Hurmm.. Nak jual , sayang lak .. Lama dah aku teringin nak try menda alah ni ..

Aku nak try dulu .. Bukak kotak .. macam macam ada dalam tu ! Terus pening kepala aku.. Malasnyaaaa nak baca manual ! Dalam hati aku ..

“ Sapa nak beli ???? Aku nak jual murah jer ni !! “

Tapi sayang la pulak.. Huhuh.. Takkan baru tengok banyak menda gitu dah terus pening ! Walhal dulu keje line IT .. dah biasa bergelumang dengan hardware dan wayar wayar ni .. Huhuh..

Sahut cabaran.. Baca satu satu. Pasang satu satu ..

Dah pasang semua.. Tetiba kekurangan sesuatu .. Heee.. Kena ada micro SD Card.. Huhuh.. Kena keluar beli pulak.. Nak beli ke tak ?? Hurmm.. Puas fikir .. Beli je laaa..

Selepas 2 jam charge , bateri penuh dah .. Yeke penuh ? Aku tengok , dah tak nyala warna merah tu.. Jadi anggap je la dah penuh ..

Masa untuk try test.. heee.. Download software  GoPro kat Google Play.  On Wifi.. Set password.. Dan .. Walahhhh .. Tunjuk kat bapak aku.. Baru dia paham kelebihan GoPro ni .. Aku suruh dia pegang handphone aku dan aku pegang kamera .. Haaa .. Pergerakkan aku , ayah aku nampak melalui handphone tu.. heeeee ..

Boleh masuk air kooooo .. Heeee .. Kualiti gambar ? Mabelesss !! Huhuhu…

Aku google.. Dan tengok bagaimana mereka memaksimumkan penggunaan GoPro ni ..

Cool kan ? Hahaha.. Aku nak letak kat mana ? Er , guna masa workout ? Wowww ..

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Aku tak nak masuk.. Aku mmg tak suka masuk pertandingan kat mana mana pon. Sebab aku tak suka kalah ! Haaa.. Poyo kan ? Ok , mmg pon..

Photo: Ehem... demam Fifa Piala Dunia 2014 .. Dapatkan POPOBE di Domino's

#popobe #dominos #fifa2014 #worldcup2014 #kelabbloggerbenashaari  #kbba

Tapi bila geng geng Era.Fm datang dan kasi PopoBe tu kat aku dan suruh selfie , aku pon amik je la gambar buat syarat ! Asal masuk dah laa.. Aku datang ni nak cover event ni dan bayar ! Tu je.. Hahahaha ..

Bila dah post , aku tengok LIKE pada ‘pesaing’ yang lain rendah jer .. takkan nak biar kan ? Aku terus pasang ‘turbo’ laaaa .. Menjerit kat Facebook mintak rakan rakan tolong LIKE gambar aku tu ..

Photo: My #bolabears and I not for sale !! Thank you .. @dominosmy

Like skittt..

Sedikit demi sedikit ramai LIKE dan terus berada di kedudukan pertama. Tapi bila dia kata pemenang berdasarkan kreativiti dan caption , aku redha je la.. Keluar dan gi makan pizza.. Hahahha..

Tengah sedap makan , datang sorang staff Domino’s makan sebelah aku.. Borak borak pastu dia kata aku menang GoPro. Aku senyum je la.. Malas nak mengharap .. Selagi tak pegang , aku malas nak senyum gembira.

Dan .. tiba masanya .. Pemenang sorang sorang dipanggil.. Bermula dengan Hani Hidayah yang menang kamera , kemudian sapa tah.. Tinggal juara jer.. Bila pengacara majlis kata dari awal lagi dah mendahului , aku terus senyum di dalam hati.. Cuba control macho..

Nama dipanggil.. Ok , aku tak leh kawal dah ! Terus senyum sampai ke telinga sebab aku lama dah mengidam nak beli GoPro ni.. Hehehhee…

Rezeki ! Alhamdulillah.. Terima kasih pada rakan rakan yang sudi LIKE dan beri sokongan .. Terima kasih Domino’s !

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

Terkedu.. Dalam perjalanan aku ke gym tadi , terpandang situasi ni. Budak lelaki kat belakang tu , duduk dalam keadaan senget jer .. Aku risau dia mengantuk pastu kena angin.. terlena !

Manakala penunggang motosikal tu lak , aku tengok macam tak mahir. Kejap ke kiri kejap ke kanan tanpa bagi signal ! Bayangkan kalau berlaku kemalangan ..

Helmet ??  Tak pakai pon !! Jarak dia aku tengok .. bukanlah dekat pon.. Leh tahan gak jauhnya. Lepas la gak 2 lampu isyarat .. Hurmm…

Kemalangan tak berbau dik .. Jangan tunggu ‘kena’ baru nak menyesal ! Hurmm..  Satu peringatan buat kita sama sama .. Aku pun kena beringat !

Gambar ada aku amik tapi .. tak sampai hati nak upload di blog ni ..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Arghhh.. sampai je rumah , terus tak nampak apa dah .. Tersadai terus .. Penat memandu satu hal lagi.. Huhuh.. Nak gi makan kat Nilai MMA SANTAI CORNER dari Cheras. Huhuhu.. Dekat 50km gak tu ..

Tapi berbaloi laaaa .. Macam macam aku melantak malam tadi. Memandangkan abang aku dah nak sangat open table , aku terus open perut je la.. Rugi tolak rezeki.. Hee..

Haa.. apa yang aku makan sangat sampai memboroikan ??? Aku makannn ..

Tadaaaaa.. Lamb chop ! Sedap gak ..

Lagi lagi ???

Char Keow Teow ! Melazatkan .. Hehehehe..

Lagi lagi ???

Mee Udang dan Cendol !! Tadaaaa … Tu jer ! Terpaksa bukak butang seluar sewaktu memandu balik.. Hahahaha ..

Alhamdulillah.. Lama tak makan gini.. Jangan jadikan tabiat yer.. Aku terpaksa sebab kebelakangan ni aku kurang makan. Jadi , nak tidur pon tak boleh sangat.. Kena rehat cukup sebab nak memandu balik ke Kelantan …

Ok tak alasan ? Heeee…

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Hurm.. Dia tak reti nak lafazkan tapi dia ‘tunjukkan ‘.

Port biasa dia bila bersama dengan aku ..

Bila aku tiada di sisi dia .. Dia rindu ? Dia tunjukkan ..

Photo: Cara dia nak sampaikan ' rindu '  .. Dok main car seat yg berkaitan dgn daddy dia ..

Makin kuat rindu aku pada dia sekarang ni.. Tengok dia tu.. makin kurus walaupun kuat makan ! Perut pon dah hilang ! Nanti leh buat 6 petak kat perut tu .. Pergh.. mantap..

Sabar ye sayang ..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Teringat lagi ketika Qhaliff memasukkan duit ke dalam ‘ tabung ‘ peribadi dia di dalam kereta aku ni.. Sengih jer selepas tu ! Perghhh .. Aku punya terkedu masa tu..

Kecik besar kecik besar je aku tengok dia .. Huhuhuh.. Nak marah ? Nak pukul ? Tak berbaloi sungguh laaaa ! Kerana radio , anak di tangan-tangankan ? Hurmm..

Radio tu tak leh main dah cd selepas tu. Aku redha. Dalam kepala , dah plan nak tukar radio ada skrin LCD tu.. leh layan kartun atau ABC dalam kereta bila jalan jauh ..

Antara syiling yang sempat aku selamatkan sebelum ‘ditelan’ ..

 

Segala perancangan ‘rosak’ bila kawan aku kata boleh diperbaiki radio tu.. Bawak gi ke kedai aksesori jer .. Bagitau suruh keluarkan duit dalam tu.. Tak mahal pon charge dia ..

Lepas workout tadi kat Bandar Tasik Permaisuri , di gym AzMass tu.. aku terus hantar kereta aku ke kedai aksesori kereta yang terletak dibawah gym tu.. Sebelum tu aku tanya dulu kos nak repair tu..

“ RM30 jer.. “ . Terus aku setuju… Dari RM900 baik, RM30 jer.. heeee…

“ Sejam je “. Jawapan yang diberikan bila aku tanya tempoh nak repair.. Ok la tu.. Tak lama.. Leh gi lepak cuci mata area tu sat..

Tak sampai sejam , aku kembali .. Tengok , kereta tu dah settle pon ..

“ Dah siap ? “ . Aku bertanya untuk mendapatkan kepastian..

“ Dah… RM20 jer.. Ada 20 sen je dalam tu.. Upah bukak je.. “.

Wah.. Alhamdulillah.. Murah je pon.. hehehe ..

 

Bayangkan jika aku marah dan naik tangan pada anak , walhal kos nak repair tak mahal mana tapi kos ‘ hati tercalar’ pada anak tu .. seumur hidup dia akan ingat .. Hurmm ..

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Nak makan apa ? Awal pagi lagi ni.. Hurmmm …  Pilihan utama aku ialah SECRET RECIPE .. Sememangnya aku suka lepak kat SR ni terutama di Alamanda dan Presint Diplomatik , Putrajaya. Makanan mmg sedap sedap belaka.

Tapi di Bandar Tasik Permaisuri ni .. Hurm.. Ini kali kedua aku datang dan kali pertama ari tu , air takde .. Tapi rasanya ada dapat gak order makan ..

Aku masuk.. Dan duduk .. Datang waitress , dia kasi menu tanpa sebarang kata. Aku bukak , dan tengok apa aku nak makan.. Hurmm.. Japanese Soba ? Vietnamese Beef Noodle ? Tom Yam ? Curry ? Wowww.. semua sedap !

Ok. aku nak makan kali kedua Vietnamese Beef.. Aku ternanti waitress datang.. 5 minit gak laaa .. Walhal dalam tu ada aku dan sorang lagi pelanggan.

Aku berpaling dan panggil dia . Dia pon datang laaa ..

Photo: Alhamdulillah.. Hujan..

" Bagi saya Vietnamese Beef Noodle dan air pula , green tea ... ".

" Air takde.." . Jawab dia.

 

Air takde ? Apakah dia maksudkan air minuman ???

 

" Abis tu apa yg ada ? " .

" Kek dan fresh milk jer .. ".


Adoiyaii.. Yang ko bg aku menu kad ni wat per ???? Arghhhhh... Cuba la bagitau apa pilihan yang ada awal awal lagi .. Kan senang hidup aku dan tak de la bazir masa menunggu ..

 

" Ok la .. bg saya fresh milk.. hot punya yer..".

 

Yg sampai , ' cold ' punya.. Adeh...sabo je laaa.. Minum je la sebab dah dahaga sangat .. Hurmm ..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
 
What's In Your Bag
 
Nak menang RM25 ribu ? Heeee.. Nak la kan ? Tak susah pon nak menang .. Cuma kena join What’s In Your Bag ?!! yang dianjurkan dianjurkan oleh klia2  di http://whatsinyourbag.my/en/ ni je ! Haaa ..
Selain dari RM25 ribu , sepanjang giveaway dibuat iaitu dari 9 Jun hingga23 Jun , seorang yang bertuah yang membeli satu barang di situ akan berpeluang menang RM5 ribu , setiap hari !! Haaaa… Setiap hari woooo ..
Apa yang kena buat  ialah login ke http://whatsinyourbag.my/en/. Kemudian pelayar anda akan keluar pop up yang memaklumkan yang anda berpeluang menang RM 5 ribu seterusnya tergolong dalam  kumpulan pengunjung yang bertuah untuk menangi hadiah RM25 ribu !!
image
image
Korang akan diberi budget sebanyak RM5 ribu ! Sila ‘pilih’ barang yang korang nak !! Di laman web utama , korang digalakkan untuk ‘bersiar-siar’ dan melihat tawaran jualan secara online.  Jika ada yg berkenan di hati , klik ‘add to cart’ sahaja ! Mudah !!
Setelah berpuashati membeli belah di situ , sila check out. Pastikan lengkap segalanya .. Jangan ada yang salah yer ! Selepas tu , korang automatik layak memenangi hadiah yang ditawarkan termasuklah cabutan bertuah yang bernilai RM25 ribu tersebut berserta barangan yang korang ‘beli’ di laman web tu pada hari pelancaran klia2 nanti !
Macam satu game laa… Korang kononnya ada RM5 ribu.. Masuk ke website tu kemudian ‘bei’ barang nak korang nak sangat beli ! Pastu checkout. Dan berdoa laaa agar korang menang ! Gitu je laa.. Senang je ponnn.. heee ..
Tu jeee .. Hanya mereka yang berusia 18 tahun ke atas je boleh sertai giveaway ni .. heee…. Tunggu apa lagi ? Jommmm cuba nasib !

Untuk sebarang maklumat lanjut , boleh lawati  http://whatsinyourbag.my/en/ .

FB Page : https://www.facebook.com/IndulgeMalaysiaAirports

Instagram : @indulgemyairports

Twitter - @indulge_my

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Sehari lagi daddy nak balik ke Kelantan pastu kita semua balik ke KL .. huhuh.. Rindu sangat kat mereka ..

Pastinya , mereka lebih merindui aku terutama Qhaliff yang merupakan bayang bayang aku. .Kalau nak diikutkan , sekarang jugak aku balik ke sana tapi apakan daya , aku perlu terus mencari rezeki untuk mereka .

Photo: Khamis daddy balik amik yer...

Wife bagitau , Qhaliff senantiasa terjaga awal pagi ..sekitar jam 2-3 pagi pastu tengok tv.. Hurm.. Dia nak kata rindu , tapi tak tau nak sebut. Sebab tu dia mampu lepaskan rasa tu dengan menonton tv ..

Photo

Bayangkan , anak anak kecil yang telah kehilangan ibu bapa mereka .. Huwaaaaaaaaaaaaa !!! Menitis air mata ni ..

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Makan malam kali ni , dibelanja oleh blogger Angah Judin.. Heee.. Semoga Allah murahkan rezekinya lagi ..  Terima kasih !

Bertempat di Cerana SeaFood , Cheras .. Lokasi yang best , ditambah lagi boleh karaoke tanpa perlu beratur panjang sebab orang tak ramai malam ni .. hehehe .. Leh la dengar kengkawan punya suara .. heee.. Suara Najeeb Abdullah dan Razi jer pon .. Tapi sedap la suara diorang ..

Photo: Blogger KBBA bergathering , lagi dan lagi ..

#kelabbloggerbenashaari

Makan besar yang simple.. Yang penting , selesai ! Haahaha .. Sodap gak la makan kat sini .. Cuma.. cuma .. cuma .. Er .. Nanti nanti je la cerita .. heee…

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Mesti ada yang tertanya , apakah tujuan Kempen Tanggungjawab Korporat  Sinari Kemuliaan Bersama yang dianjurkan oleh Yeo’s Malaysia ni sempena Ramadhan yang mana aku dilantik menjadi salah seorang duta untuk program komuniti ini. Boleh baca kat SINI pasal jadi duta tu ..

Meh aku bagitau serba sedikit pasal program komuniti ni terbahagi 3. Sebelum aku cerita pasal kempen tu .. hee.. Sebelum aku terlupa… heee.. Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Encik Ong Chay Seng, Ketua Pegawai Operasi Yeo’s, dan seterusnya dirasmikan oleh Ustaz Mohd Hata Bin Ahmad, Pegawai Hal Ehwal Islam  Iman Besar Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Tuan Haji Zairulshahfudin Zainal Abidin.

Ok , untuk Kempen Tanggungjawab Korporat  Sinari Kemuliaan yang pertama , Titian Kasih Seikhlas Ramadhan yang mana kempen ini turut disertai oleh Islamic Relief Malaysia ( IRM ) yang bertujuan membantu meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan dan golongan terpinggir dengan menyediakan bantuan berupa bekalan makanan untuk menampung juadah sahur dan berbuka puasa.

Yeo’s akan menyumbangkan sebanyak 400 kotak bekalan makanan dan minuman berjumlah RM40 ribu kepada 400 buah keluarga yang kurang berkemampuan di kawasan luar bandar sebelum bermulanya Ramadhan.

Untuk Kempen Tanggungjawab Korporat  Sinari Kemuliaan Titian Selami Iman Ramadhan   yang mana pihak Yeo’s menyumbangkan sebanyak 500,000 kotak susu soya Yeo’s dan laici Yeo’s kepada 150 buah masjid di seluruh Malaysia.

Dan Kempen Tanggungjawab Korporat  Sinari Kemuliaan Titian Serasa Ramadhan yang bertujuan untuk menjemput semua rakyat Malaysia tanpa mengira usia,bangsa,agama,kepercayaan,budaya atau latar belakang untuk bersama merasai pengalaman sehari berpuasa dalam bulan Ramadhan disamping menghargai perbezaan budaya dan amalan rakan-rakan Muslim kita.

yeo's

Photo

Semoga Sinari Kemuliaan Ramadhan Bersama Yeo’s dapat membuatkan rakyat Malaysia menghayati bulan yang mulia ini bersama sama yang disebarkan melalui program-program komuniti yang dianjurkan. Diharapkan program Ramadhan ini dapat menyumbang dalam membina sebuah masyarakat yang penyayang, positif, saling memahami, dan sedia menghulurkan tangan antara satu sama lain.

Yeo’s berbesar hati mengalu-alukan dan menjemput orang ramai menyertai dan merasai pengalaman bermakna dalam Kem Ramadhan Yeo’s bermula dari sekarang. Layari laman web Yeo’s di www.yeos.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan Yeo’s di 1300 80 2828 atau 03 7787 3553 untuk mendapat maklumat lanjut mengenai kempen ini.

Instagram / Twitter : @yeosmalaysia

Hashtag : #yeosramadhan

 

Kredit :  Shakiddo.com

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Mudah ke ? Heee.. Ni cara aku la.. Cuma antara larat atau tidak je nak buat .. Aku mampu buat sebulan je dulu. Memang menjadi dan bertambah kacak la.. Hahahaa.. Dah , tak yah nak sakit hati part kacak tu yer.. Kang ada yang komen kata aku perasan .. Iskh…  Gurau ok , gurau !!

Caranya camana ?

Gunakan susu dan oats jer .. Heee.. Bukan oats 3 in 1 tu tak .. Bukan Choco oats tu. Tapi oats yang ori tu. Campurkan dengan susu ( Skang aku pilih Nutri Goat sbb aku suka khasiatnya ) , pastu dengan sedikit air panas dan air suam.. Tunggu beberapa minit , pastu …

Buat untuk sarapan pagi dan makan malam .. Heeeee .. InshaAllah ..

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Terbaca satu artikal berita di sebuah portal rasmi sebuah agensi berita , membuatkan aku tunduk sayu. Pastinya aku memahami perasaan itu ..  Cuma tindakannya mengambil jalan singkat itu , adalah haram disisi agama Islam. Semoga Allah ampuninya.

Sejak aku balik ke KL , Selasa lepas .. aku amat rindukan ke dua dua anak aku tu.. Qhaliff dan Zahra. Qhaliff , walaupun adakalanya mampu buat aku menangis tak berlagu tapi bila berjauh begini , aku amat sekali rindukan gelak tawanya tu..

Aku tak pernah berpisah lama dengan dia. Bila berpisah gini apatah lagi dengan line Maxis wife di sana serupa ‘sampah’ , buatkan aku lagi bertambah rindu pada mereka.

  

Zahra dah genap sebulan , esok .. Daddy masih ada di KL .. Tak dapat nak tengok rupa usia sebulan .. huhu..

Makin lama , makin nak menyerupai wajah abang dia .. hurm.. Tak pe la .. Balik KL nanti , segalanya akan berubah .. Daddy tak leh bersenang lenang ( kononnya ) macam sekarang ni .. huhu ..

Mampukah aku jaga dua dua sekali ? Confirm berpeluh aku nanti..

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (11)
    • ▼  Mei 2026 (1)
      • Kenapa pasangan baru menikah akan cepat 'berlemak' ?
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes