BEN ASHAARI



 

ShawlarisSignature .. satu lagi ‘kedai’ untuk pengemar Shawl membeli belah dengan harga yang amat berpatutan ..

 

image

image

Shawl yang dijual di  ShawlarisSignature yang menepati syariat Islam yang bagi aku amatlah sesuai dipakai oleh semua golongan dan peringkat umur.

Shawlaris ini direka khas daripada fabrik terbaik agar lebih mudah dibentuk ketika memakainya , flowy dan nyaman. Elemen selesa dan anggun kedua-duanya direka pada Shawlaris Tulip, Lily serta Roses, berdasarkan Kualiti Patuh Syariah (SCQ).

fl sl3

Bagi yang ingin membeli secara online , bolehlah ke instagram ShawlarisSignature atau ke Facebook mereka , RIDOMA. Nak lagi best ? Boleh terus ke vendor ShawlarisSignature . Tonton je youtube Peta ke vendor SHAWLARIS ini..

 

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

“ Yeayyy.. Kasut pertama Zahra ! “. Aku up di instagram aku , BEN ASHAARI.

image

Sekali , wife komen kat insta aku tu ..

“ Pembetulan… Kasut no 2 .. “.

Alamak .. Mana kasut no 1 dia ??? Dan aku delete semua komen yang ada ! Heeee..

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Tiap kali aku ada event , aku confirm risau pasal bau mulut ! Hehehe .. Yelah , makan macam macam malam sebelum tu pastinya esoknya mulut mengeluarkan haruman yang .. hurmm.. terutama kalau makan makanan pedas dan berminyak !

Akhirnya secara tak sengaja , aku terjumpa cara untuk selesaikan masalah aku ni ! Dan juga secara tak langsung , angin dalam badan turut sama keluar samada melalui sendawa atau .. heheeh..

Tapi dia punya payaauuuu.. jangan cakap laaa.. hahaha.. Sebab tu secubit je dah cukup.. hehehe ..

image

Habbatus Sauda ( Jintan Hitam ) adalah jawapannya !  Apakah khasiatnya selain dari hilangkan bau mulut dan buang angin badan ? Seperti biasa..google ler ! Hehehe..

Dikatakan mengandungi 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia.

Habbatus Sauda ini ialah satu supplement/ubat yg membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu itu. Ianya akan membersihkan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat .

Dari sumber rujukan ( Anizyn )  ada tujuh ciri-ciri nilai pemakanan utama habbatus sauda:

  1. Kaya dengan Monosaccharide Glukosa, xylosa dsb. polysaccharide fatty acid yang tidak tepu. EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan. Amino acid yang membentuk protein. Karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi, dsb.
  2. Sistem imunisasi- Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.
  3. Anti-histamine- Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.
  4. Anti-tumor- Kajian in vitro mendapati habbatus sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.
  5. Anti-bakteria- Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.\
  6. Anti-radang (anti-inflammation)- Habbatus sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).
  7. Menggalakkan pengeluaran susu- Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain:

  • Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
  • Antiarthritis, mengubati reumatik.
  • Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
  • Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
  • Antiseptik, mengubati bau mulut.
  • Antivirus, mengubati demam dan flu.
  • Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
  • Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
  • Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
  • Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
  • Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
  • Nematocidal, mengubati cacing pita.
  • Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).

Apa lagi ? Jom laaa amalkan setiap hari ! Er , aku tak jual ..hehehehe ..

image

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Alhamdulillah.. Inisiatif blogger Sue Izza utk membantu orang kampungnya yang dilanda banjir baru baru ini. Rakan rakan blogger #kelabbloggerbenashaari yang turut sama ialah Najeeb Abdullah , Qaseh , Kyle Ril , Yanty Lee , Eddy dan Emas Putih. Aku , awalnya nak ikut tapi terpaksa batal pada saat akhir kerana ada kerja yang perlu diuruskan.. TERPAKSA ! Kecewa tak dapat ikut .. hurmm..

image

Alhamdulillah .. sumbangan kewangan dan barangan keperluan dari rakan blogger dan juga orang peseorangan seperti dari kak D’Laila Sup Power amat membantu..

“ Laporan awal yang diterima dari Najeeb subuh tadi selepas ‘terputus’ hubungan agak lama kerana signal agak lemah di sana ..

1. Smlm dah selesai sampaikan separuh dari sumbangan:

  • makanan dari kak Laila kpd para petugas amal yang bersihkan rumah
  • separuh drpd pakaian
  • kurma & beras
  • barangan basic
  • 10 buah rumah kwsn Kg.Aur Gading total lost.
  • Beberapa rumah tepi sungai roboh n hanyut
  • Air naik sampai level atas dr bumbung, lebih kurang15m
  • Binatang ternakan semua mati, ayam, bangkai kambing biri² lebih 20 ekor.
  • Ada penduduk yg tak dpt apa² bantuan lg sebab org tak tau situasi sini - pedalaman.
  • Jambatan besar² semua roboh, smlm pihak ATM ada masuk nak buat jambatan sementara.

Hari ni inshaAllah pergi ke beberapa tmpt lg untuk sampaikan baki sumbangan.

Kitorang okey je..
Mlm tadi tido awal weyyyy...kikiki..
Alhamdulillah..

Sekian...macehhhh!!
6:46am. “ .

Bangga dengan mereka !

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Aku bawak Qhaliff ke rumah mak aku di Cheras sebab aku ada kerja nak diuruskan. Zahra dan maknya , di rumah. Dia nak settlekan kerja kerja tertunggak di rumah.

 

Sebelum tu aku plan nak gi kenduri kawin di UPM. Kenalan di Facebook jemput aku. Alang alang dah dekat , maka rancang nak gi la..

Tengah bersiap , Qhaliff nak ikut. Memang aku plan nak bawak dia pun tapi sayangnyaaa dalam kereta , Qhaliff dah tidur ! Adehh.. Camana ni ??

Di telefon pintar aku , msg di FB berdentum dentum keluar.. Aku baca mesej tu.. Dari group blogger yang ke event hari ni.. Baca satu satu..

Hah ???? Kul 2 event mula ?? Aku ingat kul 3 !! Adehh.. Aku salah baca ke sebelum ? Ah sudah.. Camana ni ?? Kalau nak gi kenduri dulu pastu nak ke Cheras antar Qhaliff , confirm aku lewat ke event ! Tak bagus untuk rekod sama sekali !! Mencemarkan reputasi.

Nak tak nak .. aku terus ke Cheras terus. Terpaksa batalkan niat ke kenduri kawin. Maafkan saya , sahabat ! Terpaksa .. Event ni punca rezeki aku. Lepas bayar duit sewa kereta sebulan tauuuu !

Hurm.. Jam di tangan menunjukan dah 1 lebih ! Nasib baik jalan tak jammed sangat ari ni .. Alhamdulillah. Dipermudahkan sungguh urusan aku. Sampai ke lokasi event , tepat jam 2 petang dan mereka baru nak mula .. Huhuhuh..

Selesai event dalam jam 5 lebih. Terus aku gi hospital untuk ziarah pakcik aku. Hurmmm .. Dalam kul 7 petang , aku terus balik ke Cheras untuk amik Qhaliff ..

Lepas Maghrib , aku balik ke rumah aku.. Sampai je rumah , Zahra yang sedang tidur , dengar je suara Qhaliff.. terus terjaga ! Hahahaha.. Apa lagi ?? Operasi lepaskan rindu laaa memasing ..

image

Zahra yang kebosanan di rumah tanpa Qhaliff dan daddy !

image

Ternyata boring ! Hahahaha.. Gambar dikirim wife menggunakan Sony Xperia Z2. Hehehe..

Apa jadi bila abangnya ada dirumah ??

image

Tu diaaaa.. si abang bermanjaan terus dengan adiknya ! Adiknya pun laaaa .. tak lepas mata dok memandang abang dia ! Hahahaha ..

image

image

Haih… Adik pun.. hahahah.. Lawak la dua dua ni.. Nak tidur pun si abang nak tolong buaikan ! Siap selawat lagi haaa.. Meniru bapak dia !

image

Sekejap je masa berlalu kan ? Tau tau besar dah .. Kita , makin tuaaa !

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Teater.. Bukan mudah nak berlakon teater ni.. Nak kena hafal dialog dan babak tu , perghhhh ! Bukan calang calang orang boleh berlakon teater ni … Aku ? Tak mungkin boleh sama sekali.. huhuh..

Alhamdulillah.. Sempena sambutan Maulidur Rasul , satu teater arahan Erma Fatima yang bertajuk SIRAH RASULULLAH TAHAJJUD CINTA sedang berlangsung di Istana Budaya , Kuala Lumpur yang bermula pada 4/1/2015 sehingga 7/1/2015.

image

SIRAH RASULULLAH TAHAJJUD CINTA merupakan sebuah drama muzikal riwayat hidup Nabi Muhammad S.A.W dari kelahiran sehinggalah kewafatan baginda diiringi selingan lagu- lagu kisah Nabi dan Selawat.

SIRAH RASULULLAH TAHAJJUD CINTA merupakan satu-satunya produksi pementasan teater Islam yang pertama di Asia Tenggara yang akan memaparkan sejarah hidup Rasulullah S.A.W bersempena menyambut MaulidurRasul. Malah skrip dan konsep persembahan ini telah pun diluluskan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Selain membariskan nama-nama besar industry seni tempatan dan Indonesia, SIRAH RASULULLAH TAHAJJUD CINTA menggabungkan 20 orang pelakon utama, 80 orang pelakon tambahan, 15 orang pemuzik yang akan bermain secara ‘live’ dan 6 orang penyanyi latar.

Antara artis yang turut terlibat ialah Datuk Siti Nurhaliza, Amy Search, Awie, Tegar, Ellie Suriaty, Datuk Rahim Razali, Umie Aida dan Beto Kusyairy.

Antara tarikan ialah set dan props pentas pementasan ini akan mengikut keadaan sezaman yang terdiri dari 12 set pentas dan 20 jenis props.

Bagi aku , teater SIRAH RASULULLAH TAHAJJUD CINTA  amat sesuai ditonton bersama ahli keluarga terutama anak anak kita bagi memupuk rasa cinta pada Rasulullah S.A.W dan ISLAM..

 

image

image

image

image

image

image

Tiket tiket untuk menyaksikan drama muzikal SIRAH RASULULLAH TAHAJJUD CINTA pada 3 hingga 6 Januari ini telah mula dijual sejak 26 Disember 2014. Harga tiket adalah seperti berikut :

RM53 , RM103 , RM153 , RM203 , RM253 . RM 403.  Untuk tempahan secara online :www.airasia.redtix.com

 

Gambar oleh : Azlan Yaacob

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 

Tak pasal pasal , aku turut terlibat nak bergambar dengan dia walhal… aku tak pernah pon tengok lakonan dia .. drama mahupun filem ! Tapi setahu aku la , orang kata bagus lakonan dia .. Hehehhe.. Yang kata bagus tu , perempuan la kannnnn.. Apa pun , aku tak kisah la.. Aku ok jer.. hehehe ..

Dan , semalam di Istana Budaya .. selepas persembahan teater Tahajjud Cinta Sirah Rasulullah (S.A.W ) , aku pakat nak bergambar dengan dia .. semata mata nak jeleskan seorang rakan di Facebook yang amat teruja dengan dia ! Hahahaha .. Aku tau camana rasa keterujaan tuu .. Bukan la tahap terus nak wat pasangan hidup pon kannn .. Teruja ala ala gitu jer.. kan kan ?

Keluar je dari pintu depan tu , tengok si Remy dah ramai pakat bergambar dengan dia ! Ah , sudaahhh.. camana nak celah ni.. Seorang demi seorang tarik dia .. Hahaha.. Takkan aku nak tarik dia kan ? Auww.. kang kata aku gay lakk .. Eyeeewwwww.. Pleease laaa .. !

Akhirnya , aku dapat idea.. aku mintak rakan blogger , Fatin Bella untuk celah bergambar dan aku celah masuk selepas tuuu ! Hahahaha .. Bijak bijak..

Menjadi ! Amboiiii Remy… Awek laju je yerr.. Hahaha.. Tak la.. Dengan laki pon dia bergambar.. Dia sporting jer .. Cumaaa selepas bergambar bertiga dengan kami , dia pandang aku semacam jer ! Hahahaha.. Memang laaa.. Dah main celah gitu ! Nasib laaa kan ? Aku nak kasi jeles kawan jer pon.. Bukan nak masukkan dalam kitab sejarah hidup aku .. hahaha ..

image

Pueh hati aku bila aku dapat paste gambar ni kat komen dia di wallnya !  Jeng jeng jeng .. Tau apa dia balas ?

“ I don't want to talk to u Ben Ashaari... stress!!! I naaaaaaakkkkkk jugaaaaaakkkk “.

Pergh… seronok benar sakat orang ni kan ? Hahahaha ..

Er …. sebab drama di bawah ni ke ?

image

Hero lelaki silih berganti jadi kegilaan.. hahahah .. Adeh.. Jangan gila dah la yer..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Kelajuan dan kecairan kredit internet aku , seiring ! Hahahahha .. Adoiyaiii … Masak la cam ni oiiiii ! Sehari , 1GB.. RM15 ! Kalau sebulan ada 30 hari ? Nasib baik sebulan takde 40 hari.. kalau ada ??? Aku dah confirm cari kerja part time .. jadi pam attendent ! Huhhhh..

image

Youtube ? Mana daatangggg… Qhaliff jarang nak usik hp aku ni sebab dia ada hp dia sendiri woiii !

Apa nak buat.. dah terpaksa ! Dah ini jalan yang aku guna untuk cari makan.. Suka atau tidak , aku kena telan jugak laaaa ! Huhuhuh.. Beginilah nasib , dirikuuuu yang .. er , tak la malang.. hehe.. Tak baik kata diri malang .. kan ? Kena doa baik baik ..

“ Celcom… Kalau ada nampak nombor 019345xxxx mesej untuk top up internet , sila maklumkan yang server awak down yer.. Tak larat saya dok top up kredit , pastu guna dok layan web Celcom jer.. Boleh yer ? “

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Confirm dua dua ni payah nak tidur ! Nak kena tunggu balik atau hampir hampir balik , baru boleh tidur dua dua anak emas aku ni !

image

image

Seperkara yang aku tahu , Qhaliff suka belajar malam malam.. Atas kul 11 baru dia cari buku dan ajak membaca ! Ni aku takde rumah sebab ‘kerja ‘ , sah sah menunggu sampai balik ! Bayangkan kalau aku dapat invitation ke luar negara ( tak mustahil dah sekarang ! Hahaha ) ?? Acaner tuuu ? Haaa ..

Makin besar , makin dua dua manja ngan daddy.. Hurm.. Ibu tak leh manja lebih lebih.. nanti Zahra dapat adik sebelum waktunya ! Huhh..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Tak mampu turun membantu mangsa banjir ? Tak per.. Jangan sedih dan sayu.. Ada cara lain ! Sekarang dah tiba masa untuk para sukarelawan membantu mangsa banjir membersihkan kawasan kawasan terlibat cumaaaa .. beberapa barang diperlukan ! Antaranya Water Jet dan Generator !

image

Aku terima mesej melalui Facebook meminta aku kongsikan bersama sama rakan pembaca di blog mahupun di FB .. Apa kata kita sama sama membantu. Tak perlu banyak.. Bagi sorang sedikit pon , inshaAllah akan jadi banyak dah ! Kan ?

“ MEDM memerlukan waterjet dan genset bagi tujuan OPS CUCI PANTAI TIMUR.

MEDM mensasarkan 10 set waterjet dan genset.
Jika anda ingin memberikannya dalam bentuk waterjet itu sendiri, boleh hubungi saya atau Puan
Mai Suharah Basaruddin

1 Set = RM1500 +/-
Target = 10 Set (RM15,000)

Sahabat yang sudi menghulurkan bantuan boleh PM saya / WA 0192135353 untuk no.acc bank.

Hulurkanlah ikut kemampuan. Sedikit kalau ramai insha Allah target untuk OPS CUCI akan tercapai.

Update Sumbangan Masuk:
1. RM500 - JMC SB
2. RM200 - Lyza Ahmaf
3. RM15 - Mai
4. RM200 - Mesbah Abdullah
5. RM100 - Hasma Bokhari
6. RM300 - Raja Azrina
7. RM200 – Rohama

JUMLAH TERKUMPUL: RM1515

Perlukan lagi RM13,485 ! ! ! ! “

 

JOM BANTU .. Hari ni hari mereka.. Kalau bukan kita saling membantu , sapa lagi akan bantu kita ? Kan ??

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

image

Tiap malam ! Hahahaa.. Confirm berperang sebelum tidur ! Wife akan tidurkan Zahra.. Aku dengan Qhaliff.. Qhaliff lak , sebelum tidur dia nak belajar dulu ngan aku.. Ok la kan ?

Cuma kesian kat wife je la.. Kena lak kalau esoknya kerja , mesti kena bangun seawal pagi untuk siapkan makan pakai anak anak.. Nasib baik la dalam cuti sekolah ni , aku kerap gi umah orang tua aku kat Cheras. Saja nak bawak Qhaliff bersosial dgn sepupu dia kat sana .. Dan leh belajar ngan diorang ..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Banjir di Pantai Timur dan beberapa tempat di utara tanah air menyaksikan pelbagai mesej mesej di whatsapp berterbangan tanpa sempadan ! Wowww .. Ada yang bagus dan ada yang .. hurmm.. membuatkan ramai antara kita panik seketika ! Aku yakin ramai telah hubungi ahli keluarga terdekat untuk menyampaikan berita yang kononnya dia dapat dulu walhal mak ayah dah dapat sejam yang lalu ! Perghhh.. pantas giler !

Banjir satu hal.. dah abis berlalu banjir , mai pulak ribut taufan punya mesej ! Aku dapat gak mesej tu.. Perghhh.. 90% semenanjung Malaysia akan terlibat ! Perghhhh… Walaupun tak mustahil tapi kot yer pon , biarlah pihak berwajib yang keluarkan amaran ! Ni entah mana mana tah info .. pastu cakap Awani sahkan ! Tak pasal pasal Awani yang kena ! Hahahaha .. Siannn ..

image

Bila baca info tu , pastikan ada tarikh , sumber dan kemudian gi sahihkan di laman web mahupun facebook rasmi jabatan terbabit.. Bukan join sama sebarkan ! Adehyaiiiii .. Semak aihhhh ….

Sekarang ni , orang nak percaya pon dah susah bila dapat mesej melalui whatsapp .. kecuali ..

“ Yang.. aku nampak bf ko ngan awek mana tah tadi kat Alamanda.. Jalan berkepit wa cakap luuu !  Aku confirm tu bukan ko sbb dari belakang , badan dia slim siutt ! Ko gemuk kan ? “.

Dan ini makan dia ..

“ Yang .. yang berjalan ngan bf aku tu , mak dia laaa ! Adoiyai.. aku pun ada kat situ gak laaa .. Tu laa.. lain kali , sebelum nak mesej , bagi salam dulu.. Tanya la kat mana.. Khabar.. baru laa sebar fitnah.. Adoiyai.. “.

 

Maka , selepas ini .. sebelum nak sebarkan info, sila pastikan info itu tepat  dan bersumberkan yang sahih jer.. Jangan bagi kawan aku punya jiran kata , jiran dia punya kawan kerja jabatan tu yang cerita .. Dan kawan tu pon baca melalui internet je pon ! Hahahaha.. Pening laaaa !

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Sehari selepas aku beli bateri Enegizer , dapat free torch light yang bercahayakan HID . alaaa.. yang lampu putih tu laaa .. Sempat dia jeling kat bateri tu dan aku dah tau apa dalam kepala dia..

Sampai rumah , dia mintak ! Sejak tu , dia tak berenggang dengan lampu suluh tu.. hinggalahhh satu pagi ..

image

Dia amik tool box dan serahkan kat aku..

“ Osaakkkkk.. “.

Aku tak dapat tangkap memula.. Pastu wife bagita yang torch light dah tak menyala.. Hurmm.. Aku pon try la belek.. Sah laa.. Rosak ! Menda murah.. Eh , menda free.. hurmm.. Sian pulak aku tengok muka dia.. Bersungguh suruh repair..

Aku selongkar almari.. Cari lampu suluh dan bagi dia .. Yang sama tapi lebih bersize dewasa.. Hehehe .. Dan nasib lampu suluh tu ? Hurmm..

image

Dijumpai di tangga.. Apakah dapat madu sepah di buang ???

image

Pun tidak ! Hehehehe… Lampu suluh tu dia tak minat ! Dia nak size kecik gak .. Hurm… nanti gi beli lagi la.. sian pulak dia .. Walaupun tak mintak , tapi tau la dia kalau dah sayangkan barang mainan dia ..

Teringat pulak Ultraman dia .. Entah mana hilang dah .. Adehhh..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Gambar gambar Qhaliff yang aku tengok , pasti akan aku ketawa dan juga syahdu jer.. Sekejap je masa berlalu kan ? Membesar dalam blog la diaaa.. haaha ..

image

image

image

image

image

image

image

image

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Zaman dulu-dulu orang tangani nyamuk semasa tidur dengan memasang kelambu. Kelambu tersebut masih lagi wujud. Tapi hanya digunakan oleh orang-orang tua sahaja.

imageq

Kelambu tradisional. Sumber: google

Pengguna sekarang ni mementingkan keselesaan dan mudah digunakan.

  • Jadi kelambu moden dicipta dengan pelbagai kemudahan:
    nyamuk tidak boleh masuk(memberi anda tidur yang lena tanpa gangguan)
  • tidak perlu menggunakan tali(tak perlu memasang paku)
  • pengudaraan yang baik(angin dari kipas masuk ke dalam kelambu memberi keselesaan untuk tidur)
  • mudah dibawa(hanya lipat sahaja)
  • boleh diletakkan di atas katil
  • boleh memuatkan 4 orang( 2 dewasa dan 2 kanak-kanak)

 

image

Kini kelambu moden

Kelambu moden ini bukan sahaja memberi keselesaan malah boleh mencegah denggi. Nyamuk bukan sahaja mengganggu kita malah ia merupakan medium pembawa penyakit berbahaya iaitu demam Denggi.  Jom gunakan kelambu moden ini.

Kami menjual kelambu Moden bersaiz King jenama Danko Field Elephant yang berkualiti tinggi dan mempunyai dua pintu. Kelambu moden ini bersaiz 200x200 (King) dan berharga RM40 (tak termasuk kos penghantaran). Beli  sementara stok masih ada!

Sekiranya berminat atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Mommy Irra samada whatsapp/sms di 013 356 0192 atau email ke beli@irrayyan.com.

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Saja wat macam tak ingat.. Hahahaha.. Perempuan kannn.. Peka dengan tarikh terutama tarikh gaji keluar ! Hahahaha ..

Dan tepat 12 tengah malam .. Aku tarik Qhaliff dan Zahra , kiss pipi wife sambil ucap selamat pada dia .. Hehehehee.. Special ! Dapat 3 kiss gituuu.. kan kan ?

image

Hehehe.. Ucapan ? Hurm… Aku whatsapp je la.. Kang aku tulis dalam ni , ada yang pinjam lak.. Hehehehehe….

Selamat Ulang Tahun Kelahiran , Sayang… Yang ke … hehehe .. XX..

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

Seperti ramai yang tahu.. Aku berpeluang ke Paris dan Toulouse di Perancis. Bukan sebab dapat melihat Eiffel Tower depan mata saja tapi berpeluang masuk ke dalam kilang AirBus yang mana tak semua orang berpeluang merasai pengalaman yang aku rasai..

 image

image

image

Dan paling best sekali , balik terus ke Klia dari kilang AirBus ni  dengan kapal terbang baru .. bau kedai lagi okeh ! !! Perghhh.. Dalam tu cuma ada blogger dan krew AirBus ! Bayangkan betapa bertuahnya bergelar blogger ni ! Huhuhu..

image

image

Semoga 2015 membawa lebih membawa kejayaan pada aku.. Hehehe.. InshaAllah ..

Selamat Menyambut Tahun Baru 2015 !

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (60)
    • ▼  Disember 2025 (1)
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes