BEN ASHAARI



 

GENERAL

Karnival Karangkraf kembali lagi !! Kali ini dengan pelbagai aktiviti menarik dan pasti tertarik ! Antara yang membuatkan anda patut datang ke Karnival Karangkraf ke 7 ini ialah diskaun hebat produk terbitan Karangkraf seperti majalah, novel, buku, Al-Quran dan akhbar Sinar Harian sehingga 80% dengan tagline “Kami Ada Semuanya” .

Karnival Karangkraf 2015

Masa : 9.00 Pagi – 7 Malam ( Jumaat, Ahad)

9.00 Pagi – 11.00 Malam (Sabtu)

Tempat: Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15,

Antara aktiviti yang akan dianjurkan ialah :

  • Masakthon (Para penulis buku masakan Alaf 21 bakal bergilir-gilir menyediakan masakan dengan resepi istimewa mereka.)
  • Bengkel Penulisan Thriller
  • Demo Tudung
  • Sesi beramah mesra dengan novelis dan penulis, seperti Ramlee Awang Murshid, Damya Hanna, Zaifuzaman Ahmad, Batiah Hadi, Julia Basri, Ayu Emelda, Azilah Wahab & ramai lagi.
  • Maskot-maskot kartun kegemaran ramai seperti Upin & Ipin, Boboiboy, Chichi Chacha, Supersquad
  • Cosplay anime untuk menghiburkan para pengunjung

Aktiviti menarik pada Sabtu 31/1/2015;

  • Ceramah Perdana dan Pelancaran buku Ustaz Kazim Elias
  • Forum Bicara Cinta Anak Muda, yang dibawakan oleh Majalah I akan menampilkan PU Azman, PU Yusof , Heliza Helmi dan Amin Idris selaku moderator. Selain forum, pengunjung bakal disajikan dengan persembahan pemenang Anugerah Nasyid IKIM 2014, Daqmie.

Aktiviti menarik pada Ahad 1/2/2015

  • Temui 20 Finalis Dewi Remaja
  • The Largest Frozen Kids Gathering yang dianjurkan untuk kanak-kanak yang berumur 4 tahun dan ke atas berpakaian seperti Elsa dan Anna.
  • Mini Konsert 30 Tahun Media Hiburan, ramai artis popular yang akan membuat persembahan, antaranya, MOJO, Ajai, Amelina, Awie Rafael dan banyak lagi.

FOODTRUCKS

Selain itu antara tarikan Karnival Karangkraf kali ini adalah Famous Food Truck yang semakin dikenali ramai dan tidak ketinggalan menu popular The Pisang Cheese.

 

MASKOT

Terdapat juga lebih 14 gerai makanan dan minuman yang dibawakan kepada pengunjung dengan pelbagai menu menarik dan lazat.

Antara Kemudahan yang disediakan kepada para pengunjung;

  • 2000 parkir percuma.
  • Gerai jualan makanan dan minuman
  • Kemudahan Surau dan Solat Jumaat.
  • Khidmat Bas Rapid ulang-alik disediakan secara percuma. (Laluan Bas : Masjid Negeri Shah Alam - Petronas Dataran Automobil Seksyen 15 – Karangkraf  - SACC )
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Tunggu wife sampai rumah.. Lepas maghrib , aku plan nak keluar .. Pada awalnya aku ingat nak gi Alamanda. Nak layan movie. Kasi release tensen jap. Yelah , tak tengok dunia kooo.. Otak beku !

Tapi.. setelah seharian bersama anak anak , aku rasa aku tak patut tinggalkan Qhaliff di rumah. Sian dia. Dia pun reti bosan ! Hurm.. Zahra tak pe la.. Dia demam.. Hehehe.. Dia kalau nampak mak dia , senyum hilang pipi .. hahaha .. Dah la seharian tidur je dia..

Akhirnya ..

“ Qhaliff.. nak ikut daddy tak ? Cepat mandi.. “.

“ Abangggg.. nak ikut !! “. Jerit Qhaliff dengan nada manja. Cepat cepat dia pegang baju aku. Aku amik tuala , terus ke bilik air. Redha je dia. Kalau tak , mau berperang gak la ngan dia .. Hahahaa ..

image image

Ni la keje dia.. Seharian duduk rumah ngan aku.. samada dia layan telefon mainan dia atau dia mai kacau aku. Tapi dia dah tak macam dulu. Semakin boleh diharap. Dah boleh suruh buat itu ini terutama suruh jaga adik dia ! Jangan kasi gigit apa apa dan tengokkan adik dia jangan kasi turun katil ! Hehe.. Aku ngintai tengok apakah abang dia leh suruh atau tidak.. hahaha .. Tapi bila tv perpampang citer kartun feveret dia , abis lupa dunia ! Hahahaa..

Walaucamana pun , dia tetap panggil aku ‘Abang’ ! Grrr.. nasib baik tak Bhaiya !

Dan.. dia ikut aku ke rumah mak aku.. Saja gi lawat orang tua aku.. Sejam pon jadi la.. Dari melepak , baik tengok orang tua kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Hurmm.. Home teater dah ada ! Tapi macam tak sesuai pulak dengan tv aku yang bersize 42 inci... Kalau guna 80 inci pasti puashati punyalah ! Tapi nak beli 80 inci punya tv , bukanlah murah kan ? Harga confirm meletop letop punya !

image

Tapi kalau tukar tv , tv sedia ada ni ? Bukan selalu pun nak layan movie best best kan ? Kalau nak layan movie best best , kena tv besar atau guna projektor macam kat panggung wayang tu ! Baru syiokkkkkk ..

Sebut pasal projektor , BenQ ada keluarkan dua jenis projektor mampu milik dan berteknologi terkini iaitu W1070+ Dan W1080ST+. Kedua dua projektor ni ada kelebihan tersendiri .

image

Kenapa nak guna projektor lak ? Harga mesti mahal punya kan ? Kannn .. kan ? Mesti itu antara soalan yang tertanya punya kan ? Ok.. jangan risau.. Hari tu aku pun terfikir gitu gak tapi selepas segala penerangan dibuat , aku kembali terfikir kebenarannya !

Ok.. Harga ? W1070+  ialah RM3,999 manakala W1080ST+ ialah RM4,299 . Bila guna projektor , kita boleh dpt lontaran gambar sebesar 100 inci dengan jarak 1.5 meter !

image

Ini bermakna dengan harga yang lebih kurang , kita boleh dapat projektor yang paparan gamba yang jauh lebih besar  ( sehingga 300 inci ) dan puashati dengan pencahayaan yang menakjubkan iaitu 3D Full HD 1080p ! Bayangkan tengok movie atau main game ! Perghhhhh .. Siap boleh layan movie 3D lagi !

image

Menariknya , kita boleh letak projektor ni di sudut sudut tertentu.. Tak semestinya lurus je..  Dan juga boleh pindah sana sini termasuk bawak masuk ke dalam bilik ! Hehehehe..main game seronok tuuu !

image

Sistem Bunyi

Jangan risau.. Projektor dari BenQ ni dah dilengkapi dengan built in sistem bunyi 10W yang sama kualitinya dengan TV LED . Atau kalau nak pasang guna kabel HDMI ke home teater pon boleh jer..

Bagi mereka yang gemar download movie ke dalam telefon pintar dan teringin nak mainkannya di layar yang lebih besar supaya puas menontonnya.. boleh guna MHL kabel atau 3rd party MHL dongle.

image

Telefon pintar tu pon boleh bertukar ke remote ! Hehehe.. Memang menarik jenama ni !

Rasanya bila guna projektor ni , kawan kawan yang datang rumah layan movie pasti akan pulang dengan kepuasan ! Hehehhe.. Lain kali boleh datang lepak beramai ramai lagi kan ? Baru syiok !

image

Tak puas besar gini kan ? Hehehehe.. Jom tukar guna projektor Ben! ! Huhuhu… Nak tau dengan lebih lanjut , boleh ke http://www.benq.com.my/.

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Aku perkenalkan Qhaliff dengan gadget , di usia dia .. berapa eh ? Rasa aku sejak dia selalu aku bawak ke rumah orang tua aku. Dalam kereta aku pasangkan video supaya dia tak boring dan menganggu tumpuan aku ketika memandu.

Ramai kata jangan ajar anak anak main dengan gadget ! Nanti perkembangan mereka terbantut atau banyak kesan buruk ! Hurmmm.. Yeke ?

Bagi aku la kan.. Kesilapan utama ialah menjadikan gadget tu sebagai alat mainan anak anak kita ! Kita perlu tau bila perlunya mereka bermain denga gadget ni.. Bukan 24 jam berkepit jer..

Macam Qhaliff  sekarang ni.. walaupun dah kenal handphone tu apa tapi dia tetap bermain dengan permainan dia. Handphone tu , bila dia boring sangat sangat , baru dia layan. Tu pun kejap jer.. Selebihnya dia main game pendidikan dalam tu.. Aku try gak install game game yang kanak kanak biasa suka main tapi tak mencuit hatinya pun..

Menariknya kan.. Dia selalu layan youtube bahasa jepun dan bahasa asing. Sewaktu di Legoland ari tu , bila terdengar pelancong berbual dalam bahasa Jepun , dia pon sibuk la nak membalasnya ! Kenapa ?? Sebab dia tau dan kenal !

Bila keluar jenjalan , dia nampak huruf huruf besar di tepi jalan atau shopping mall , dia akan sebut.. Semua tu dia belajar melalui gadget dan jugak bapak dia ni .. termasuk mak dia la.. hehehe..

Gadget bagi aku .. adalah alat bantu mengajar di zaman ini.. Jangan salahkan gadget sama sekali ! Sebaiknya kenalkan mereka di usia kecil supaya bila masuk taska ( yang ada belajar komputer ) mereka dah tau apa nak kena buat !

Dan Qhaliff tetap memilih permainan dia berbanding telefon pintar yang harganya .. hurmm.. Dia pilih telefon sebab nak call orang pastu berbual .. Telefon pintar ? Tuu.. nampak kat kaki dia tu ?

image

Ada ke tak de ke ? Dia tak kisah .. Tab dia dah rosak .. Tenang je pon.. Tak kisah takde ..  Yang pasti bila jumpa sepupu atau rakan sebaya , dia sibuk nak gi ajak bermain !

Segalanya terletak pada kita sendiri ! Jangan membeku dalam rumah jer ..

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Selfie ? Ini gambar pertama dia yang dia sendiri amik..

image

Dan setiap kali selepas gambar dia diambil , dia akan sibuk nak tengok semula gambar dia tadi tu.. Kalau kita ketawa , dia pon ketawa.. Dia ketawa sebab ajuk kita ! Bukan sebab dia paham .. Iskkhhhh..

image

Sekarang ni , youtube dia tak pandang dah sangat..Bila amik handphone , dia akan main kamera ! Huhuhu.. Bahaya tul.. Nasib baik tak reti nak upload gambar lagi.. Kalau reti , mau dia amik gambar aku tengah tidur berdengkur tu haaa ! Adehh..

Budak sekarang cepat belajar atau memang dari dulu dah gitu.. Otak mereka seperti kain putih kan.. Kita yang mencorakkan mereka ..

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Hurmm.. tak cukup rehat kot ? Seharian digomol. Pastu berjalan sana sini.. Tenaga ciput lagi.. Tidur tak cukup.. Atau dia nak dapat kaki ? Baru beberapa hari pandai merangkak , dah nak berjalan ! Sibuk berpaut pada sofa untuk berdiri dan cuba nak berjalan sedikit sedikit !

image

Semalam badan dia panas. Dia tak merengek pon.Main cam biasa. Tuam badan dia ngan air sejuk pun takde la macam abang dia yang abis berkuntau tak kasi sebab sejuk.. Hhuhuh..

Dan dalam kul 3-4 pagi tu , suhu badan dah ok. Pagi ni , bangun tidur .. tercari cari mak dia .. Hurmm.. manja ngan mak !

Aku , kena urus semua ! Keje banyak ni.. Semua lom settle.. hurm..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Bukan semua ? Hurmm.. Yeke ? Hurmm.. Hanya perokok saja boleh tahu samada mereka itu jenis pentingkan diri atau ambil berat pasal orang lain.

Nak dijadikan cerita laa.. semalam aku sekeluarga singgah makan kat satu restoran yang berhampiran rumah aku. Tempat ni bagi aku ok sangat la.. Harga murah dan sedap.

Cari tempat meja kosong.. Jumpa tapi wife ajak tukar ! Aku tahu sebab apa.. Aku plan nak gi tegur je sebab macam orang dungu je sikap dia ! Merokok di tempat tak sepatutnya ! Dah la dia duduk kat tengah tengah.. Rasa rasa asap gi mana ? Hurmm..

Dia merokok sambil tengok rancangan Mentor. Hembus nafas dan abu rokoknya di buang ke lantai ! Hurmm.. apa punya manusia laaaa ! Macam tak de otak !

Selepas dia abis merokok.. Di sebelah meja dia , sekumpulan budak muda.. ada pulak yang merokok secara terbuka ! Dilepaskan je asap ke udara tanpa rasa bersalah sama sekali ! Di sekeliling tu ramai je datang makan ! Hurmm ..

image

Aku rasa la .. kerajaan patut ketat dan beratkan lagi hukuman buat perokok yang merokok di tempat awam ni ..bukan sekadar tempat tertentu termasuk jugak di Parlimen ! Huuuh ..

image

Kalau boleh laa kan .. Pemilik restoran pon letak la tanda ‘ Dilarang Merokok’ ! JAngan la dok kira untung jer ! Haihhh.. Aparaaaaa !! Nak kaya , biar la berkat skit ! Iskhhh..

image

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

image

Qhaliff memandang aku dengan senyuman terukir di bibirnya .. Kemudian..

image

Manakala Zahra melemparkan pandangan pada aku ..

image

Seolah olah ingin mereka berkata ..

“ Kesian daddy pasni .. Tak leh dah nak merotan kitorang kalau nakal .. hehehe “.

Kalau cikgu pon tak leh rotan.. mak bapak pon dah tak leh rotan .. Abis tu , denda ? Kalau diorang tak nak ikut kata ? Ahaaaa… Maklumlah , takleh buat apa apa kat mereka ..

Jap jap.. dia kata rotan je kan ? Kalau pelempang ? Kasi hanger atau tali pinggang , tak pe la kan ? Aku dah rasa semua tu.. Ok je aku hidup sampai sekarang ! Hurmm..

Teringat filem P.Ramlee .. ANAKKU SAZALI..

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Perancangan jadi realiti ! Dah berbulan rancang.. Er , sori… bertahun sebenarnya ! Hehehe.. Sejak aku pindah ke rumah baru ni rakan blogger #kelabbloggerbenashaari ajak beramai ramai berbbq atau potluck di rumah aku !

Dan hari ni , jadi kenyataan. Ikutkan hampir batal gak sebab wife sakit mata. Tapi nasib baik dia cepat sembuh.Alhamdulillah.. Bila perancangan jadi kenyataan , segalanya di luar dugaan ! Pertama , kak D’Laila Sup Power taja dua masakan dia yang amatlah menyelerakan sama sekali ! Sangat yer !! Hingga aku sendiri terboroi sangat malam ni.. Huhuhuh..

Jam 3 petang , rakan blogger mula tiba untuk membantu.. memasak dan juga menyediakan hidangan. Terima kasih pada Sue Izza , Qaseh Dalia , Yanty , Emas Putih , FatinBellaDotCom kerana sudi datang membantu.

Sukaa la Qhaliff dan Zahra ada orang datang layan diorang ! Huhuhuh..

imageimage imageimage

Selepas Maghrib … sorang demi seorang tiba dengan membawa makanan ! Ok , aku nak pengsan tengok makanan yang sedap sedap atas meja ! Adehh..

imageAktiviti ? Layan makanan dan layan tv sambil berborak .. Takde la nak berparty bagai aih.. Ke nak main game.. Saja santai santai jer ..

image

Terima kasih pada rakan rakan yang sudi datang membawa makanan , aiskrim , perut dan juga menghabiskan makanan ! Hehehhe.. Jangan lupa pulangkan balik ‘kontena’ aku yer !

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Tensen betul ! Kang aku cakap , kata aku ni tak adil.. Bukan semua orang macam tu la. Segelintir jerr ! Tapi masalahnya dalam bidang supply maid harian ni , aku dah kena 3 agensi yang hampeh perkhidmatannya ! Cuba teka sapa sapa pemilik agensi tu ? Orang ? Haaaa…

Booking awal ! Seminggu dah booking woooo ! Pastu bila tiba masa .. tau apa dia kata ? Jadual penuh ! Pastu bagitau driver buat hal ! Pastu kata cuba datang awal .. Pastu .. diam sampai ke tengah malam ! Hampehhhh pon tak macam ni punya perangai ! Memalukan sampah jer ! Sampah pon tak mengaku saudara !

Bincang ngan wife.. Akhirnya kami je buat sendiri.. perlahan-lahan. Aku bermula dengan membersihkan longkang yang dah lumut ! Geram lama dah aku tengok lumut lumut tu.. Hari ni entah dari mana datang semangat yang membara .. segala lumut telah aku nyahkan dari longkang..

Seterusnya .. tv kabinet ! Dalam tu macam macam adaaaa ! Huhhhh… Dah aku mula amuk !! Kesan dari amukan tu , aku berjaya kumpul 2 sampah sarap dan diletakkan dalam plastik hitam yang besar tuu haaa ! Perghhh ..

Jam 2 petang..Inilah hasilnya ! Wife aku pun tak percaya !!

image

Alhamdulillah.. Kemas molek ! Rasa macam bukan rumah sendiri jer.. Hahahaha.. Pasni tak yah amik dah laa.. Jimat RM100 ! Support bisnes bangsa sendiri ? Huhh.. Jangan harap orang support tapi sepatutnya tunjuk komitmen yang tak berbelah bagi untuk majukan bisnes sendiri ! Aparaaaa !

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Dah mula nak mengikut daddy dah ! Nasib baik tak reti nak bercakap lagi.. tapi ngomel tu ada dah !

Makin lama tengok dia , makin geram nak gigit ! Hahahaa… Abang dia , macam tergugat dah ! Hurmmm.. Dah mula nak curi perhatian bapak dia ni ..

image

image

Hurmm.. Bila aku sibuk main ngan Zahra, dia ajak la aku ke dapur .. Main bola .. Apa saja asalkan layan dia ! Kalau tak dia jerit panggil aku ‘Atok’ atau ‘ Abang’ !

image

Hurmm.. Kalau gi mall , ginilah sekarang ! Dia lak lebih dari daddy dia .. Hurmm..

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

-iklan yang ditulis sendiri oleh pengiklan-

image

Rasa Malu sangat.. Rendah diri je..tak yakin semua sama rata..
Suami mengelak jauh.. Sering bagi alasan.. Tapi dapat teka kenapa..
Tak nak dekat sebab bahagian intim berbau.. Keputihan lagi, gatal la, terasa longgar..memang tak selesa! Rimas..

Kini..
Feminine wash Jsp boleh bantu anda. Mampu memberikan anda jagaan rapi di bahagian intim & keselesaan, kesegaran pada anda, boleh merawat/memulihkan masalah keputihan & kegatalan di miss v.

FW kami juga berfungsi menyahkan bakteria walaupun anda seorang yang kuat peluh! Anda akan rasa dingin, nyaman dan sejuk dengan bauan yang tenang.

FW kami bukan sekadar mencuci tapi merawat masalah anda, boleh digunakan di bahagian dalam miss v juga.

Dapatkan segera!!!
Kami pasti anda tertawan nanti.

************

Murah.Wangi.Bauan strawberi, rose
Mudah guna.Tahan lama.Menjimatkan
Berbaloi2 .Pulihkan luka2 lepas bersalin
Pulihkan masalah kegatalan di miss v
Pulihkan keputihan.Segar, dingin.

Membangkitkan mood sepanjang hari
Mengetatkan, merapatkan miss v selepas bersalin
Kembali menawan seperti anak dara.

Hilangkan bau kurang menyenangkan di miss v
Menghangatkan mood hubungan suami isteri
Anak dara pun boleh gunakan Ibu hamil, ibu tgh berpantang / wanita berkahwin sangat sesuai gunakan FW ni.

Feminine Wash by JSP
130ml

RM40 SEM, SS RM45

LIKE PAGE :
http://bit.ly/1G32bH0 &

PM KAMI:
http://on.fb.me/1G32aTx

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 

Hurm.. Nak beli buah-buahan jer dia .. Rambang mataa terus tengok banyak buah-buahan.

image image

Makaaaa .. terus dia ambil bakul dari tangan aku lalu… Gi memilih buah buah yang segar bugar untuk dijadikan menu pilihan harian !

image image

Tak cukup di sini.. Di atas meja pon dia kebas !

image image

Bersungguh sungguh dia amik dan bawak gi cashier ! Hanya untuk menikmati buah buahan tapi.. tapi… sayangnya buahan tuuntuk perhiasan je dik oiiii !! Buah plastik tuuuu..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

" Perabot tak sampai lg ke ? Meh sini resit. Nak cari no tel dia.. Nak call.. Huhh..Janji 10 hari.. Ni belas hari dah.. Ni aku malas dengan beli kat karnival ! Janji manis semacam ! Dah bayar , terus slow .. Huhhh.. ".

Wife bagi resit dengan pantas untuk elakkan taik telinganya cair mendengar bebelan aku.

"Hurm..mana pulak no tel penjual ari tu.. Ahhaaa..Nii..Ada pun.. Dua sekali lak tu.. Bagus bagus ! Meh aku sembur skittt ! ". Bisik hati aku..

Terus dial no tu.. Telefon berbunyi dan dijawab..

" Helooo.. Kedai perabot.. Saya ada beli sofa sama 9hb itu hari di PICC. Sekarang sudah 22hb ! U janji 10 hari saja maaa .. Sekarang sudah lebey wooo.. Nanti saya tulis dalam blog.. Jangan beli sama syarikat u , baru u padan mukaaa !  ". Aku bersuara.

"Abang ku sayang .. Nampak sangat tak save no bini dlm phone..". Jawab si pemanggil tu dengan tenang ..

Erk..

image

Hehehe.. Tu bukan dialog aku ngan wife yang 100% benar.. Sekadar imaginasi penulis je yakni aku.. Hahaha.. Kalau aku tak save nombor dia , rasanya lama dah Zahra dapat adik ..

Er , apa kaitann ????

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

“ Qhaliff , nak ikut daddy tak ? Kita keluar.. Cepat mandi ! .. “. Bila kata gitu jer terus dia cepat cepat cari tuala dia dan..

“ Joomm..”.

Selepas mandi , dia cepat cepat siap dan tunggu aku. Kalau aku lambat , dah pandai dahhhhh suruh cepat…

“ Baaa..baaa… Ayahhh… Daddyy…”. Semua keluar dari mulut dia ! Kalau aku wat tak tau ? Wat dek jerrrr.. Inilah aku dapat tadi dan tadi lagi !!

“ Atoookkkkkkkk… “.

Aku tergamam ! Amboiiiii…

image

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Pemakanan di zaman ni memang banyak yang  boleh mengundang malapetaka pada tubuh badan terutama yang segera dan pantas serta yang di dalam tin ! Hurmm..

Antara kesannya ialah peningkatan berat badan. Ada banyak cara nak turunkan berat badan. Ada pelbagai pilihan .. seperti rutin berdiet , bersenam dengan cara yang betul atau gabungan kedua duanya !

image

Tak lama lagi akan dipasarkan sebuah buku kesihatan yang aku sendiri akan review. Apakah ianya bagus atau berkesan ? Hurmm.. aku nak try dulu la memandangkan aku sendiri nak turunkan berat badan dan kembalikan semula badan sado ! Hehehe.. Sejak jaga Zahra , tak terurus badan dah..

Aku suka cara berdiet dan bersenam sebenarnya. Biar seimbang dan badan pun lebih banyak tenaga dan tak mudah mengah.. Hehehe.. Takat nampak kurus tapi tak fit pun masalah kan ? Biar dua dua ada..

Apa apa nanti , aku cerita ehh…

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Kalau ada walkman , mmg terbaik ! Hahahaha.. Sah sah kena beli bateri setiap 2-3 hari sebab dok pusing layan kaset jer .. Kena pulak kalau walkman jenama Sony ! Perghhh.. Gempak abiss .. Member confirm terliur je tengok

image

image

Masih aku ingat lagi , album pertama yang aku beli ialah Mega Hit 1. Masa tu aku sekolah rendah lagi kot. Masa tu beli kat Jaya Juso Taman Maluri. Hehehehe..

image

Side A

1. Richard Marx-Right Here Waiting

2. Roxette-Dressed For Success

3. Paula Abdul-Cold Hearted

4. Kevin Paige-Don't Shout Me Out

5. Living In A Box-Room In Your Heart

 

Side B

1. Belinda Carlisle-Leave A Light On

2. Tina Turner-The Best

3. Soul II Soul feat Caron Wheeler-Back To Life

4. Sydney Youngblood-If Only I Could

5. Sonia-You'll Never Stop Me From Loving You

6. Brother Beyond-When Will I See You Again

 

Hurmm.. Minat lagi Richard Marx sebab petikan piano dia .. Huhuh.. Terus aku bercita cita nak jadi pemain piano. Tapi disebabkan aku benci tengok kod kod music , mana aku pendamkan je la minat aku tu.. Haahahha .. Pening aku tengok cacing cacing kerawit tuu.. hahaha..

Lupa lak.. aku tak pernah beli Walkman pon.. Semua aku kebas abang aku punya.. Hahahaa.. Kiranya aku curi curi pakai la.. Dia tau , dia marah la.. Tapi dia takat marah je la.. Takde la nak angkat tangan ke apa.. hehehe..

Album melayu pertama aku beli ? Hurmm.. Seingat aku Damasutra atau UG14.. heheheh.. Masa sekolah menengah .. Lepas pada tu , aku bijak dah.. Tak beli.. Rekod masa layan rancangan jiwang kat radio ! Hahahahah.. Rancangan yang bermadah pujangga gitu haaa.. hehehehe.. Jiwang karat aku dulu.. hee..

Sekarang ? Segalanya tinggal kenangan.. Tau tau umur dah nak cecah 40 tahun .. hurmm.. Muzik pun , aku layan lagu-lagu rock zaman aku membesar. Zaman sekarang ? Kau apa khabar.. kau apa khabarrr.. hahaha .. Belasah je la.. Asal leh goyang kepala dah laa..

Kesian kat artis kita je la.. Dulu album laku, kaya beb ! Sekarang , mana ada dah orang nak beli album. Semua pakat download jer.. Single album je gitu haa.. Huhuhuh…

Untung budak budak sekarang .. Layan lagu dari handphone mak ayah beli kan jer.. Tak beli , pakat ugut lari rumah atau malas belajar ! Perghhhh .. Kalau aku cakap gitu kat bapak aku , sah sah tong gas naik kat kepala aku .. Huhuh…

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Waahh.. ternampak keratan akbar ni di TimeLine seorang sahabat FaceBook. Benarkah ? Benarkan anak yang rapat dengan ayah akan lebih berjaya ??? Er , kot ? Hehehee..

Bila sebut berjaya , tak semestinya akan sampai ke menara gading yer ! Tak semestinya berjaya perlu ada segulung kertas , yer ! Berjaya dalam kehidupan juga tak semestinya menjadi kaya , yer !

Terlalu umum tapi yang pasti .. dia berjaya menjadi manusia yang berguna pada keluarga , masyarakat , agama , bangsa dan negara ! Berjaya menjadi penyamun tu , bukan dikira berjaya yer ..

 

image

Qhaliff rapat dengan aku.Pagi tadi , wife gi beli nasi lemak di sebuah restoran dan di depan restoran tu ada sebuah taska. Awal pagi mestilah meriah dengan ibu bapa dok hantar anak anak ke situ. Menurut wife , Qhaliff beria nak masuk situ gak ! Kebetulan pulak ada orang dok memanggil nama Qhaliff.. Er , kenalkah ? Hurmm..

Wife tanya aku.. Nak masukkan Qhaliff tak ke taska tu ? Qhaliff baru belum mencapai 3  tahun kalau nak dikira ikut bulan.. ikut tahun dah capai la 3 tahun.. Terlalu muda untuk dia ke sekolah ! Bagi aku , aku nak tekankan dia terlebih dahulu konsep kekeluargaan di usia begini. Dia ada ayah , ibu dan adik ! Dia perlu kenal semua tu dari ayah dan ibunya sendiri ! Tak nak orang lain ajar.. Biar dia ingat semua tu sampai ke mati yang ayahnya mengajarnya dia mengenal ahli keluarganya sendiri.

Terus terang , aku tak nak Qhaliff tertekan dengan kehidupan. Aku tahu sangat camana kehidupan tanpa ada kehidupan ni ! Bosan ! Segalanya hanya kerana nak mengejar A dan kejayaan di atas kertas. Sapa tak nak anak dia berjaya kan ? Tipu laaaa aku tak nak tengok dia berjaya tapi aku nak dia ada sebenarnya ilmu dan pengalaman dunia agar bila dewasa kelak dia tau mana yang baik dan mana yang buruk !

Bukanlah mudah.. Dunia ini terlalu semakin mencabar ! Kalau tiada pendinding diri , pasti akan hanyut ! Jangan kata dilengkapi dengan didikan agama dah mencukupi ! Perlu ada penekanan juga dengan ilmu dunia .. Ilmu agama perlu dimanfaatkan dengan sebenarnya .. bukan sekadar hafal tapi pratikalnya tiada ! Itu yang aku takut sangat..

Biarlah Qhaliff dan Zahra mencontohi ibunya .. Dan aku akan berusaha agar mereka menjadi seperti ibunya.. Kenapa bukan aku ? Hurm… Ibunya lebih cemerlang dari aku ! InshaAllah ..

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Entah gatal tangan aku.. aku try pasang bateri dan tukar lens pada kamera Sony Alpha 5000 aku yang ‘rosak’ akibat jatuh dari tangga ! Dan ..

image

Daannnn ! Cantik je dia hidup … Huhhhh..

image

Lens je rosak rupanya ! Boleh tahan lasak kamera ni rupanya .. Hurmmmm… Aku nak beli lens baru pastu sewakan kamera ni ! Kot la ada blogger tak mampu nak beli kamera dslr nak gi bercuti atau event.. leh je sewa kat aku kan ? Er , sehari berapa ? Hurmmm.. RM50 ok kottt.. Hahahaha.. Lagi berhari lagi murah la kan ? Lalalalala..

Bisnes di mana mana ..

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (4)
    • ▼  Januari 2026 (4)
      • Sahabat Blogger @ Kelab Blogger : Hooda
      • Aku berhenti minum kopi dan tukar kepada..
      • Pening kepala aku dengan itik itik ni !
      • Tik Tok bikin hal sama seller ?
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes