BEN ASHAARI



 

Arghhh.. Isnin kembali lagi ! Boringggnyaaa.. Lama lagi nak cuti panjang ! Tak sabar nak rayaaa ! Tapi bila dah tiba hari Raya , akan berakhirlah segala percutian dan kembali semula ke pejabat ! Bosan menjenguk kembali.. kan ?

Persoalanya.. Sebenarnya apa yang membuatkan kita bosan ? Kerjaya kitakah ? Tempat bekerja ? Rakan sepejabat ? Gaji ? Hurmm.. Mesti ada sebabkan ?

Aku sendiri terfikir dulu.. Sampai bila aku nak macam ni ! Setiap kali Isnin menjelang , aku mesti ke klinik. Cari alasan untuk dapatkan sijil sakit. Duit keluar tak pe .. janji tak stress gi kerja ! Tapi , untuk hari Isnin lepas laa.. Selasa ? Rabu ? Arghhhh.. Takkan nak M.C lagi kot ? Sampai bila kan ?

Akhirnya aku buat keputusan dan keputusan tu benar-benar mengembirakan aku. Bukan mudah sebenarnya dan takde bantuan pon.. Maklumlah , masa tu tak kenal sapa sapa lagi.. Aku nekad je untuk berhenti..

Tapi baru-baru ni , aku hadiri sebuah workshop ringkas.. Workshop yang diberi nama Warna Dan Kerjaya oleh Myryl , di Bangi. Baru aku tahu yang ada medium untuk membantu kita mencari kesesuaian diri dgn kerjaya kita hanya melalui WARNA ! Haaa.. jangan angkat kening ! Warna memainkan peranan penting pada kita dan kehidupan. Jangan pandang remeh yer..

Tak de masa nak g bengkel ? Jangan risau.. Ada dvdnya ! Beli dan ikut langkah yang diajar oleh instructor. Mudah sangat ! Kena faham betul betul dan ikut.. InshaAllah akan jumpa apa yang kita inginkan sangat sangat..

Malam tadi , aku berkesempatan membuatkan latihan berdasarkan dvd Colours And Career – Master Yourself Revamp Your Life ni… Huhu.. lama dah nak tengok tapi tak berkesempatan disebabkan byk hal hal duniawi nak diselesaikan.

Instructor – Puan Shuhada Alauddin..

image

Ada beberapa modul. Aku rasa mana mana syarikat yang ingin menjimatkan kos kursus , boleh la guna dvd ni untuk mengembalikan semangat kakitangan mereka yang mungkin dah mula bosan atau rasa ‘down’ … Tak semestinya untuk cari kerja baru tapi untuk mengenal diri sendiri yang mungkin selama ini mereka ibarat robot.. Hidup ikut rutin yang dah ditetapkan ! Boringgg !

image

Perlu diingatkan.. tak boleh buat sorang sorang tau ! Kena ada rakan untuk buat segala ujikaji yang diberikan..

image

Antara contohnya..

image

Kita secara jujur akan menjawabnya. Tak perlu menipu pon.. Sebab segala jawapan akan menghasilkan keputusan yang bermanfaat untuk anda sendiri !

image

Antara contoh kesimpulan berdasarkan Warna..

image

Ada beberapa modul perlu diikuti dengan teliti bagi menghasilkan impak yang berkesan pada mereka yang mengikutinya. Kena fahami atau mereka akan ‘ketinggalan’ dan seterusnya akan dapat jawapan yang tidak memuaskan hati mereka.. huhu ..

imageimage

Secara peribadi , dvd lebih seronok ditonton dengan seriusnya. Tak boleh sama sekali leka kerana setiap saat adalah bermanfaat ! Jika tonton berkumpulan , sebaiknya jangan terlalu ramai atau jika nak ramai, semoleknya perlu ada mereka yang berpengalaman untuk membantu.

Hasilnya ? Aku dan rakan rakan selepas keluar dari workshop ni , terasa segar dan bersemangat kembali untuk terus berjuang dalam dunia blogging ! Menulis dengan lebih berkeyakinan..

image

Bagi mereka nak mengetahui dengan lebih lanjut mengenai dvd ni , bolehlah ke www.myryl.net ..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Terlalu mendalam.. Hanya mereka yang dah merasainya , mengetahui perasaan ini. Betapa sayu dan syahdunya bila tiba hari hari tertentu membuatkan mereka mengingati insan tersayang yang telah pergi meninggalkan mereka..

Bayangkan jika anak kecik yang belum masih tahu apa apa lagi , telah kehilangan ayah tercinta. Sedangkan kita yang masih punya ayah , endah tak endah jer.. Anggap yang ayah kita akan hidup selamanya dan kita punya banyak waktu untuk mereka.. Sedangkan mereka menghabiskan kehidupan mereka , membesarkan kita !

image

Sayu… Sekeping gambar lakaran Alwi menerbitkan sejuta rasa di dalam hati aku. Dulu sewaktu aku kecil , pernah menangis terbayangkan hidup aku tanpa kedua ibu bapa aku. Aku belum bersedia untuk bergelar anak yatim piatu ! Aku tak tau dan tak mungkin dapat melayari kehidupan tanpa mereka..

Alhamdulillah.. Allah panjangkan umur mereka hingga hari ini.. Mereka berpeluang melihat cucu mereka.. Bermanja dan berkasih sayang dengan cucu cucu mereka. Seringkali aku bawak anak anak aku ke sana untuk mereka meluangkan masa bersama atuk nenek mereka. Jangan jadi macam aku yang tak sempat merasanya..

Kawan , duit bukan segalanya.. Jangan tunggu harta sebenarnya kita pergi selamanya…

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Hari yang ditunggu.. tiba sudah ! Alhamdulillah , segala perancangan berjalan dengan jayanya hinggalah… hinggalahh..

image

image

Hinggalah Qhaliff ternampak muka dia di kaca tv ! Dia tergamam seketika dan memanggil aku. Aku tau , dia nak bagitau dia kat tv la tuuu ! Huhhhh..

Aku cuba kekalkan konsentrasi.. Tapi segalanya mula berubah bilaaaaa .. mamat ni turun dari kerusinya !

image

Tengok la muka spontan aku ! Hahahahah.. Aku terkedu tengok dia leh berdiri kat situu… Aku tak tau nak respon camana.. Nasib baik la pengacara sporting giler.. Profesional gitu.. Tenang jer.. Dan teruskan bercakap.. Terbaik ! Krew rancangan pon sangat tenang.. Senyum je diorang.. Takde la riak muka cam bengang atau nak marah.. Terima kasih krew Selamat Pagi Malaysia..

Selesai je , aku mintak maaf ngan semua orang.. Kenapa aku bawak diorang ? Sebab atas permintaan penerbit.. Ikutkan tak bawak pon ok tapi rasa macam .. hurmm.. Dah tiba masa kot diorang pon turut serta.. kan ? Bagi ada kelainan skit kali ni.. kan kan ?

image

Terus terang.. aku tak leh nak tengok rakaman rancangan ni ! Hahahaha… Adehhh…

Buat rakan rakan , terima kasih atas sokongan kalian.. Tanpa anda , blog saya tiada maknanya..

Dan buat ibu ibu , andalah kasih sebenarnya pemilik kasih teragung. Anda layak berbangga dengannya.

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

image

“ Sayang.. dah leh tambah sorang lagi ni ! Zahra pon dah besar.. Pandai dah sebut fish dan amboiii.. “

“ Eleeeleeee.. Yang dua ni pon memanjang hantuk kepala kat dinding.. Ada hati nak tambah.. “

image image

Tak kiraaa.. Nak kena tambah hingga 4 orang sebelum Qhaliff masuk darjah 1 .. hahahaha .. Adehhhh..

Bila cukup 4 orang , aku tutup blog.. hahahaa.. Tak terurus hidup aku.. Hidup anak anak , ok jer.. Aku jeer .. Bayangkan.. sampaikan semalam berlaku satu insiden mengharukan..

Qhaliff ke dapur. .kemudian dia bawak biskut chipmore lalu bg kat aku.. Dia suruh bukakan.. Zahra pon datang join skali.. Minah ni pantang nampak apa saja abang dia pegang terutama makanan ! Makan banyak tapi kurus.. Huhuh..

Aku pon amik sekeping dan bagi kat Qhalif. Dia tak nak pegang biskut tu sebab nak main game Angry Bird . Dan nak aku suapkan terus ke mulut dia . Alang alang  dah suap , aku pun suap Zahra sekali.. bergilir gilir..

Sambil makan, diorg bermain..Berlari sana sini. Zahra pun tak reti la duduk diam.. Nak habiskan sekeping pon makan masa!! Grrr.. Dalam dok tunggu tu, secara tak sedar.. aku pon join gigit gak biskut tu.. Dah lambat sangat tunggu. Tengok biskut pon sedap. Perut pun lapar dah..

Tiba-tiba aku rasa mcm ada tak kena!!

“ Weiii..aku kan puasaaaaa!! “ . Arghhhh.. Terus aku berlari ke dapur.. dan kumur mulut aku.. Adehh..

Sedap pulak biskut tu time puasa eh ? Hahahaha ..

Syok jadi bapa ni.. Mencabar tapi awet muda .. hahaha ..

Selamat Hari Bapa buat rakan rakan yang bergelar bapa..

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Berbaloi gi sekeluarga semalam. Di samping Qhaliff yg dah buat Mothercare tu seperti rumah keduanya , selebriti Mothercare iaitu Irma Hasmie dan Yasmin Hani serta pengacara sangatlah peramah.Semua pengunjung rasa selesa, kan kan ?

MotherCare di Atria Shopping Gallery ni baru dibuka je.. Keluasanya berganda dari Mothercare yang biasa aku pergi iaitu di Alamanda. Memang puashati la kat sini kalau nak bershopping. Ini adalah cawangan ke 13 Mothercare di seluruh Malaysia. Harap dapat buka di Kuching , Sarawak.. Ada kawan yang minta dibuka cawangan di sana.. hehehe ..

Sebelum aktiviti bermula , aku amik peluang meronda dulu.. hehehe.. Kot ada yang berkenan di hati , leh beli sementara diorang offer diskaun.. lalalala ..

imageimageimageimageimageimageimageimage

Dalam kul 11.30 , semua dah sampai.. dan aktiviti bermula.. Simple tapi menarik ! Heheheh.. Semua selebriti dan blogger terlibat sama. Menariknya ,rakan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari paling ramai datang memberi sokongan ! Terima kasih Farah , Zarin dan Irrayan serta keluarga mereka  !

imageimageimageimage

segalanya berakhir dengan cemerlang ! Puashati semua.. Aku pun memang terasa penatnya dan menariknya , Qhaliff dan Zahra tak buat perangai.. Hehehe.. Cukup tidur kot ?

imageimage imageimage

Terima Kasih MotherCare Malaysia !

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Sabtu.. Di Atria Shopping Gallery.

image

Kalau korang dekat , silalah datang.. hehehe.. Ada aktiviti menarik gituu…

Dan Ahad , di Selamat Pagi Malaysia.

image

Fuh… ingatkan Ramadhan ni nak rehat.. nampaknya.. hurm.. Badan ni pon masih kurang cergas lagi.. Masih lagi sengal sengal akibat demam baru baru ni.. hurm…

Rezeki jangan ditolak ? Kesihatan mau kena jaga dong !

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Apa saja si adik buat , dia berusaha mendapatkannya juga dari aku ! Bila adiknya berjaya membuatkan aku ketawa.. dia pon cuba buat begitu juga..

Mencabar juga jadi along , kan ?

image image

Maka,untuk mengelakkan kedua-duanya bergaduh demi mendapatkan kasih sayang si ayah.. maka si ayah membuat keputusan untuk.. Tambah sorang lagi ! Pas raya , honeymoon kat .. Kok Lanas je la yer ! Hehehehe.. Made in Kelantan lak… hehehe ..

Bukan semudah itu.. cakap je terus mengandung ! Huhhh.. kena usaha dulu.. Segalanya milik Allah. Kita mampu berusaha jer.. Aku kalau boleh nak la sampai 4 sebelum aku boleh join Kilauan Emas ! Tak lama dah lagi tu.. hahahaa..

Sekejap je masa berlalu.. hurmm..

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 

Haih.. gagal lagi walaupun dah rasuah aiskrim dan mainan ! Dia tak nak gunting rambut dia. Dah siap duduk atas kerusi dah.. Orang tu pon dah pegang mesin nak gunting rambut.. Iskhh…

Menangis meraung raung.. Air mata .. air hingus segala air keluar ! Aku, kecik besar kecik besar je tengok Qhaliff masa tu.. Dan akhirnya, batal lagi niat nak gunting rambut dia !

Camana nak bawak dia masuk Selamat Pagi Malaysia , Ahad ni ? Dengan rambut dah melebihi had.. hurmm…

image

Akhirnya , aku gunting sendiri. Aku gunting masa mandi di bilik air.. Di bilik air , dia membebel cakap ..

“ Ha.. kotor dahh.. Tengok.. “. Sambil sapu badan dia.. Rambut yang dah bercerai dari kepala dia itu tidak menyelesakan dia rupanya.. Hurmm.. Pembersih budak ni ! Grrr…

“ Qhaliff.. kenapa tak nak gunting rambut ? “ tanya aku.

“ Takuttt… “ jawab dia.

Dia takut bunyi mesin gunting rambut tu rupanya.. Hurm.. Kena cari pendekatan lain pasni..

image

Rambut baru.. macam tak gunting je kan ? Hahahaha…

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

“ Ben… upload la sekali gambar wife ! Nak sangat tengok ! “.

Huih… sebenarnya aku dah upload beberapa kali gambar wife aku di FB dan jugak blog. Tak lama kemudian aku turunkan kembali kerana tempoh ‘pertunjukan’ dah abis.. Hehehe.

Kenapa aku keluarkan gambar wife ? Banyak faktor sebenarnya tapi yang paling penting adalah untuk keselesaan dia ketika di pejabat. Dia tak nak dikenali orang.. Dia nak buat kerja pon senang.. Dia kurang gemar nak bicara soal aku dan blog ketika waktu kerja. Heee..

Yang kedua … soal keselamatan gak.. Anak anak aku , tak pe.. diorang dengan aku senantiasa. Wife kena gi kerja. Maklumlah , nanti orang ingat aku ni banyak duit sangat. Walhal aku ni kais pagi bayar GST. Kais petang bayar GST. Kais malam , bayar tol dan petrol ! Haaa.. Takde duit wehhh !

image

Memadailah korang kenal aku dan anak anak aku jer.. Kalau jumpa di luar tu , tegur je la.. Aku tak de la tutup muka wife aku dengan sarung muka bila berjalan jalan di luar sana tu..

Seperkara lagi.. faham faham je la ragam manusia ni di media sosial ni ! Tu yang aku kena jaga jaga gak.. Cukuplah aku je jadi sasaran diorang.. kan ? Tak yah libat orang lain.. kan kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

 

Dari membazir tak tentu arah.. dari membeli tah hapa haapa.. Aku ada cadangan cun punya ! Cara mudah nak gembirakan hati sendiri dan hati orang lain ! Haaaaa.. di samping dapat menjana saham akhirat.. Gitulahhh adanya..

image

Caranya mudah jer ..

KEMPEN TAJA SHOPPING RAYA 2015

600 penerima manfaat untuk ditaja

# Belum ditaja : 266 penerima manfaat

# Sudah ditaja : 334 penerima manfaat

Taja 1 penerima manfaat : RM 200 sahaja

Utk salurkan tajaan anda, sila lakukan transaksi di :-

http://bitly.com/shoppingraya2015

Atau , (alternatif) ke :-

Akaun : Maybank

No.akaun : 564810504003

Nama : Persatuan Kebajikan Projek IQRA' SeMalaysia

Emailkan : info@projekiqra.com

Letakan nota : Shopping Raya 2015

Utk maklumat lanjut , Hubungi :-

1) solleh : 017 670 2033

2) sharifah : 017 274 8904

3) suhaimi : 019 217 5597

 

Mudah je kan ? Sharekan di timeline FB anda .. pon dapat pahala lagi.. hehehee …

Terima kasih…

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Terpampang di dada instagram Mothercare Malaysia. Wife yang mengemari produk produk yang dijual di situ , satu tika dulu.. tak sangka akan terlibat secara langsung dengan mereka..

image

Bangga ? Tipulah tak .. tapi takde la tahap aku nak berlagak riak gitu ! Tolonglah yer.. Semua ni boleh hilang sekelip mata.. Tapi sekurang-kurangnya , aku berbangga dengan pencapaian aku. Aku bukanlah gi mengampu sapa sapa untuk dapatkan apa apa job. Aku buktikan dengan turun ke event dan tunjukkan kesungguhan. Berikan yang terbaik !

Kadang kadang aku rasa macam nak pakai gini jer gi event.. atau keluar kat tv mahupun majalah.. Biar orang tak kenal aku.. aku leh lepak mana mana tanpa aku risau..

image

Tapi aku tak nak la buat gitu.. Aku menulis dengan ikhlas di blog. Menegur dengan sopan di Facebook.. Instagram , Twitter .. tempat aku meluahkan segalan perasaan hati dengan kata kata dan juga gambar !

image

Kejayaan aku dalam dunia blog cumalah sebesar kuman.. Takde apa nak dibanggakan secara umum tapi secara peribadi , aku bersyukur kerana apa yang aku cita citakan .. menjadi kenyataan ! Dah lama aku impikan penulisan aku jadi bacaan orang ramai.. Walaupun kurang ilmiah sekurangnya aku berkongsi rasa dan pengalaman yang aku lalui..

Ikutkan.. lama dah aku nak bersara dari dunia maya ni tapi…

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Cuaca panas tak menentu membuatkan muka aku akan berminyak. Bila gi event , jadi segan lak.. Tu belum part bergambar dengan awek awek cun ! Haaa.. Muka diorang berseri sebab mekap , muka aku berkilau jer ! Uhuk… Segan wooo…

Tapi nasib baik la aku guna pembersih muka tea tree dari Cosmoderm.Tiap kali aku mandi , aku bersihkan muka guna pencuci ni. Walaupun di luar sana muka aku sebelum kelihatan berminyak sebelum tu , selepas mandi… aku rasa segar sekali !

Mudah sangat nak pakai. Takde la sampai amik masa untuk gunakan kedua dua produk ni. Masa mandi je gunakan..

Tipu la pulak kalau aku kata pakai ni terus hilang minyak kan ? Sekurang-kurangnya muka aku tak naik jerawat. Kalau dulu , confirm berjerawat gara gara kulit muka tak dibersihkan dengan betul..

image

Dan Cosmoderm baru keluarkan Serum Kawalan Minyak Tea Tree yang berfungsi untuk menjaga kulit muka mereka yang berminyak. Kiranya lepas guna pencuci muka , bersihkan muka dan sapukan dengan serum ini.. Terjaga la muka kita tu.. kan ? InshaAllah..

image image

Alhamdulillah.. aku dah pakai pon. Nak kata muka kembali ayu seperti zaman muda tu , tak de la.. sekurangnya takde la nampak muka aku tua 10 tahun dari usia asal , kan ? Hahahha.. Kena jaga la muka walaupun dah kawin..

Berapa harga ? Kat mana nak beli ?

image  image

Buat masa sekarang ada promosi.. Boleh tengok di laman web Cosmoderm .. Klik SINI.Atau kalau tak nak tunggu , boleh terus ke farmasi farmasi terpilih untuk membelinya terus.. Er , farmasi apa eh ?

image Jangan lupa follow COSMODERM  :

Web : www.cosmoderm.com.my

Facebook : www.facebook.com/cosmoderm

Twitter : www.twitter.com/ilovecosmoderm

Instagram : www.instagram.com/cosmoderm

#cosmoderm #halalcareproduct #cosmodermsyganda

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

“ Bang… nak sahur apa esok ? “

“ Nasi ngan telur kicap pon ok dah.. “

Sian kat wife.Zahra demam.Tak nak lepaskan dia. Asyik nak menyusu jer.. Kerap merengek. Sesekali aku tenangkan Zahra. Dodoikan dia..  Wife tak cukup rehat.. Aku nak demand makan sedap sedap ? Kejam sungguh aku..

Nasib baik bapak aku dah latih aku dan adik beradik aku..

“ Makan apa saja mak hang masak ! “

Jadi , jangan banyak bunyik ! Orang dah nak masak kan , pon dah beruntung ! Nak demand lelebih , masak laa sendiri.. kan ?

image

Alhamdulillah.. Kenyang dah.. Tekak pon tak leh nak menelan sangat. Dah mula terasa bahang kepanasan cuaca.. Hurmm..  Yang penting , bangun bersahur ! Banyak keberkatannya woo.. Rugi tak bangun…

Ujian Ramadhan bermula.. Moga amalan kita diterima Allah.

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (4)
    • ▼  Februari 2026 (1)
      • Mudah di Tiktok sebenarnya.
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes