MAHA 2022 tak ramai orang datang ? Sebab tak banyak promosi ? Atau malas nak bersesakkan dek kerana Malaysia sekarang ni bukan saja ada Covid 19 tapi juga Influenza yang mana mereka kata kalau kena, lagi sakit dari Covid 19 ! Huhu.. Atau sebenarnya , masing masing berjaga dan menyimpan duit untuk masa hadapan.
Sejujurnya aku belum pernah pergi MAHA ni walaupun teringin. Lokasinya yang terbuka , panas serta terik tu memang bikin aku tak sanggup nak meredahinya. Lagi pun aku tak tau nak cari apa kat sana. Nak bawak anak anak ? Huhuh... berpeluh atas bawah aku nanti dibuatnya. Tapi diorang kata seronok kalau budak budak pergi. Yelah kot. Tengok la nanti.
Tapi risau gak. Takkan nak pergi dengan poket kosong kan ? Mesti kena sediakan duit poket untuk membeli belah kat sana. Kalau pergi sorang tu, boleh la juga jaga nafsu membeli barang tu. Bukan apa.. aku pun kaki support produk tempatan. Tapi dalam keadaan sekarang ni, setiap sen tu , berharga.
Dengar cerita tapak MAHA pun harga boleh tahan. Maka barang yang dijual pun boleh tahan harganya. Kalau gitu, camana nak membeli ? Patutnya tapak tu kena la murah supaya barang dijual pun murah je harganya. Maka mampulah nak membelinya.
Tak pe , tak pe.. InshaAllah aku nak pergi kali ni. Kalau cuaca cantik , best nak berjalan. Kena gi awal. Kita tengok sendiri baru tau. Takda nak dengar cakap cakap orang. Baru boleh cerita sendiri.. kan kan ?