Gaduh .. salah faham... menangis .. merajuk... tinggi suara ..
Bila semua ini berlaku , maka mulalah mereka akan menyediri.. tidak mahu bertegur sapa sekurangnya seharian atau lebih dari itu .. Perkara ini biasanya berlaku dikalangan suami isteri , kekasih , ahli keluarga , sahabat handai dan byk lagi ..
Kita hidup di dunia ini amatlah singkat..Bila bila masa je boleh dicabut nyawa.. Bayangkan.. anda bergaduh dengan pasangan anda ... maka merajuklah si dia itu .. lalu tidak bertegur sapa .. Bayangkan jika anda sedang makan bersama di sebuah kedai makan .. berselisih pendapat lalu pasangan anda itu bangun dan terus berlalu .. anda dengan ego anda membiarkannya .. Malam itu , anda cuba menghubunginya tetapi tidak dapat. .. Talian telefon dimatikan .. Apakah perasaan anda ketika itu ? Tak kisah ? Atau risau ? Tiba tiba anda dapat berita yang dia kemalangan sewaktu pulang dari makan malam bersama anda ! Apakah perasaan anda ??
Satu lagi contoh situasi.. suami isteri bergadu .. merajuk lalu tidur bersendirian .. Sedar dari tidur , suami anda itu tidak lagi bernafas kerana diserang penyakit sewaktu dia tidur ( darah tinggi atau sakit jantung ) .. Baru anda nak menjerit ? Begitu juga sebaliknya ...
Kesimpulannya , jika anda benar benar sayangkan mereka itu , cukup cukuplah memarahi mereka ... Jangan dipanjangkan .. Kelak anda akan merindui gelak tawa mereka ... Hargailah semasa mereka masih bernyawa ...
BA : Mengapa tiada maaf bagimu ?