Aku berada di dalam ERL .. sebentar tadi aku beradi di LRT .. Di depan aku ada seorang lelaki Melayu yang aku agak dalam lingkungan 20 an ..
Berbaju kusam.. bersongkok dan membawa beg sandang .. Berkulit gelap dan berjanggut..Semua itu tidak menarik minat aku .. Sehinggalah aku terpandang sesuatu pada mukanya ..
Satu tika dulu , aku pernah mengadu betapa aku telah merosakkan cermin mata aku tanpa aku sedari . Cermin mata itu boleh digunakan sekiranya aku melekatkan dengan pita buat sementara waktu namun segan menguasai diri lalu terus mengajak isteri pergi membeli yang baru .. Hurmm..
Tadi , bila aku terpandang budak lelaki tu dengan memakai cermin mata di mana bingkainya bersalut dengan pita berwarna hitam tanpa sebarang rasa segan mahupun malu .. Aku memerhatikan dirinya , mungkin itulah rezeki buat dirinya sekarang namun tidak ada riak kesedihan langsung di wajahnya . Mungkin dia akur itulah takdir untuknya ...
Aku faham .. kita kena memperbaiki diri kita.. perbaiki kehidupan kita tapi adakah kita faham sesungguhnya kita perlu bersyukur atas setiap nikmat yang diberi Nya ?
BA : Syukur tiada ikhlas ..