Mula mula .. jutaan terima kasih pada yang mengundi BLOG BEN ASHAARI ( bukan undi aku yer ) .. Undian semakin lama semakin meninggalkan pencabar yang lain .. huih... dasat dasat .. kalau masuk ABPBH , sah sah leh bawak balik kereta .. hahahaha.. guwau guwau .. tamo tamo ..kalau nak undi lagi , silalah ke BPM
Tadi aku ada berborak dgn kakcikElla berkaitan populariti ni menyebabkan blogger lupa daratan .. Hurm.. Kalau yang bujang tu boleh tahan lagi.. kalau dah kawin tu camana ? Sampai ada sanggup ketepikan segala apa halal dan haram demi mengekalkan status tu .. hurm ..
Aku bukan nak riak atau bongkak... Aku masih belum diduga lagi dan aku harap berdoa agar sikap takbur , riak , bongkak , bangga diri tu dijauhkan dari aku .. Aku tamo semua tu ada di dalam diri aku ini ... Bagi aku , biarlah blog ini hanya dalam dunia maya ini saja .. Tiada kena mengena dengan aku di dunia realiti .. Di dunia realiti , semua blogger adalah kawan aku .. Bukan peminat ! Aku tak nak ada peminat ! Aku hanya mahu kawan .. Hanya kawan akan membantu kawan ...
Kalau ada yang kata aku popular , aku hanya mampu gelak.. Apa ada pada popular di dunia blog ? Apakah popular di dunia blog ini ? Dan paling penting .. aku tak popular langsung .. 0.0001% tak popular langsung !
Tu je lah nak habaq... ops .. satu lagi .. hehehe TERIMA KASSIIHH laaaaaaaaa buat mereka yang terusan menyokong blog aku ini dengan menjadi FOLLOWER .. ingatkan dah berhenti takat 5000 tapi naik dan terus naik dan naik dan naik dan naik dan naik naik naik .... gulp....