Aiseyman … baru cadang nak cuti 2 hari.. tapi tadi bukak FACEBOOK , ramai dah cari … rindu ehh nak baca ngomelan jantan ni eh ??? hahahah.. Bukan daku sengaja menghilangkan diri tapi keadaan memaksa aku .. Ni pon jap ada jap takde … geram jer rasa .. tapi tak leh nak salahkan sapa sapa kan .. dah nasib begini ..
Ok .. semalam ada pembaca mintak pandangan aku mengenai LELAKI yang punya sikap panas baran .. Sewaktu aku baca soalan dari dia tu pon aku dah ketawa .. Camana aku nak jelaskan dan bagi pandangan memandangkan aku sendiri pon spesis panas baran ????
Pergh.. terus terang tu… Ya , mmg aku panas baran .. tapi panas baran aku tak la tahap lempar barang atau pukul orang .. hahaha.. Aku punya panas baran , peringkat 1 baru.. yakni cakap keras … Grr..
Serius ! Aku amat benci sikap ini… Aku tak tau la orang lain tapi aku rasa la kan , lelaki yang belum matang dan bersikap kebudak-budakan mmg akan bersikap begini ! Cepat melenting dan mengamuk ..
Kenapa ? Aku rasa sikap kurang sabar , kuat cemburu , terlalu fikir negatif adalah punca utama … Biasanya kes kes begini menyebabkan pasangan akan bergaduh.. dan perempuan akan terlebih dahulu berdiam diri .. mengelakkan dari pertengkaran menjadi lebih panjang dan ‘ganas’ !
Bagaimana nak mengelakkannya ? LELAKI perlu belajar bersikap terbuka .. Banyakkan bergaul dengan orang yang jauh dewasa .. Banyakkan beramal .. membaca Al-Quran berzikir .. beristighfar dan solat sunat malah menghadiri ceramah juga boleh membantu .... Mendekatkan diri dengan Allah adalah jalan terbaik bagi menghilangkan sikap panas baran .. Ingat , keikhlasan terhadap amalan adalah paling mujarab.. Ramai ingat , dia dah buat tapi masih lagi tidak mujarab .. Cuba tanya semula.. apakah dia benar benar beramal dan ikhlas terhadap amalamnnya ?
Peranan perempuan di sini juga amat penting sekirangnya ingin membantu pasangan mereka dalam mengurangkan sikap panas baran ini .. Untuk menghilangkan bukan mudah .. akan mengambil masa .. Perempuan kena rajin membawa pasangan mereka mendekatkan diri dengan Allah .. Ya , aku tau ..sepatutnya LELAKIlah kena begitu .. Tapi jangan lupa , dalam bab bab begini , jangan berkira.. Kalau asyik berkira , lelakilah pemimpin , lelaki ketua keluarga , maka takkan kemana manalah korang ! Lelaki adalah ketua tapi perempuan adalah penasihat ! Ketua tanpa penasihat pasti pincanglah pemerintahan ! Jangan lupa itu ..
Ada yang kata , perkahwinan akan mengurangkan sikap panas baran lelaki .. Aku rasa tak tinggi pun peratusan tu.. Malah ada lelaki bertambah panas barannya selepas berkahwin .. macam aku kata tadi , paling baik ialah , pelajari ilmu agama .. Hayati segala ajaran yang di ajar oleh Rasulullah s.a.w .. Insyaallah …
Yang penting , peranan perempuan ..Jika perempuan yang panas baran , lelaki la kena bertindak sebaliknya.. Kalau dua dua panas baran , simbah je ngan ais batu ! Asik ingat dia punya panas je !!
Ini cuma pandangan aku jer .. Apa pun sama sama cuba mengubahnya..