Berbuka di rumah orang tua aku .. Semua adik beradik aku ada termasuk anak anak buah aku .. Rumah kecik , semua berhimpun.. Huhuh... Padat ! Hahaha tapi meriah... 5 lelaki 1 perempuan .. Pergh.. ngan aku aku pening jap..
Tapi tak per .. budak budak jer .. hehehe... Yang sorang ni gemar main hp aku .. pantang nampak muka aku , terus mintak hp.. Nak layan KUCING BERCAKAP .. Tak bagi , teriak .. bagi je la... Tawakal.. jatuh ? Telan air liur je la.. Nasib baik sekarang tak pernah jatuh lagi ..
Bila tengok budak-budak ni , rasa kesian je kat diorg .. Menangis , kena marah .. kena cubit .. sedangkan mereka tak tau apa apa.. Mereka membesar atas didikan ibu bapa.. Jika mereka nakal masa kecik kecik lagi , sapa salah ? Aku bukan nak tuduh ibu bapa , tapi sama sama kita fikirkan ..
Tadi , sewaktu aku di klinik ibu mengandung ( Apa??? Wat apa aku kat sana ?? Tu entri akan datang yer ) , wife aku cuit aku.. Dia suruh aku perhatikan sorang budak tu .. Budak tu menjerit-jerit mintak gula gula Ribena tapi ayah berkeras tak bagi.. Dalam ayah dia tak perasan , dia amik dan masukkan dalam poket dia .. Bayangkan kecik kecik gitu dah pandai buat gitu .. Camana tu ?
Ok sambung .. Perasan tak , kita tengok ayah kita , kita rasa kesian jer .. Penat diorg berusaha membesarkan kita .. Tapi sedar tak yang mereka pon kesiankan kita .. Mungkin dalam hati mereka terdetik memikirkan yang mungkin mereka tak dapat memberi kebahagian atau kekayaan jika mereka tiada nanti .. Kita kasihankan mereka dan mereka pon kasihankan kita .. :)
Dalam dunia maya kita ni , berapa ramai yang saling kasih mengasihani ? Berapa ramai yang senantiasa menunggu masa untuk mencari salah lalu menyebarkannya tanpa memikirkan baik buruk yang akan menimpa rakan kita tu ? Berapa ramai memikirkan nasib mereka ? Bagaiman pula jika kita pulak yang kena ??
Kita terlupa akibat seronok bercerita .. Sbb bukan kita yang malu .. Mereka ... Kalau kita punya turn lak nanti , camana ?
Mereka berebut-rebut inginkan WARGANEGARA kerana tau negara ini amat makmur sekali ...
Mereka sanggup merentasi lautan dengan berhimpitan dalam tongkang hanya kerana ingin berada di negara ini ..
Mereka menjilat jari sehingga licin ketika menjamah makanan dan menadah tangan bersyukur kerana berada di negara ini yang cukup dengan nikmatNYA walaupun hanya dengan mengemis di tepi jalan ..
Kita ? Sesungguhnya aku cukup bertuah dilahirkan sebagai ANAK JATI MALAYSIA .. Sesungguhnya , bumi ini bumi bertuah .. Takkan aku berpaling tadah hingga ke akhir hayat aku ..
Jom kibarkan Jalur Gemilang di blog dan juga Facebook..
Buat blog .. letak iklan.. dapat duit .. Mudahnyaaaaaaaa... best best best.. kan ? Senang senang gitu jer .. Nak dapat banyak lagi ?? Kena usaha lebih la kan .. hehhe..
Bila dengan blogger dapat beribu-ribu sebulan , lagi terbeliak bijik mata !! Betul ke ?? Wargkhh.. bestnyaaa... Aku pon nak .. Wawaa.. selonotnyaa ( seronok la) ..
Tapi bila dah buat blog , pasang iklan cam INNITY , NUFFNANG , ADVERTLETS maka tunggu masa jer nak beranak .. Beranak maksud aku adalah dapat duit laa.. heheeh.. Setelah berhempas pulas , pasti nak habuannya kan ?
Ada yang tanya aku .. " Ben , Innty bayar tak ? Muhahahah... Aku kata bayar tapi setelah berbulan bulan bulan lamanya aku tunggu .. tau tau dah masuk dalam bank.. Alhamdulillah.. tak la berharap tapi tunggu je la.. Bising ? Aku tika itu seperti blogger blogger yang baru berblogging , memekak gak la.. tapi lama lama , bosan.. Lantak la.. ada ada ..takde ? Usaha yang lain .. "
" Advertlets bayar tak ,Ben ? Aku nak kata tak bayar , ada yang dapat .. Aku punya lak camana ? Apa yang aku boleh katakan secara jujur , aku punya tak di bayar lagi .. hehehe "
Kenapa aku punya ADVERTLETS tak bayar lagi ? Ada dua penjelasan .. Yang terbaru ... Korang leh baca kat SINI dan yang lama punya , baca kat SINI .. Penting untuk korang baca ! Aku harap korang dapat jawapannya ..
Camana pulak dengan NUFFNANG ? Haahah.. aku tamo cita pasal NUFFNANG !! AKU tak suka NUFF !!! BOOOOO.. hahaha.. tak laaa..Guwau jer .. Dulu aku tak suka NUFFNANG sebab dia seolah olah dok lebihkan anak anak emas dia jer.. Tapi kebelakangan ini , ada perubahan gak la.. Bab bayaran , seperti INNITY , tetap makan bulan .. 60 hari kalau tak silap aku..Untuk permulaan , dia akan antar email dulu setelah korang cashout untuk kali pertama .. Korang kena sahkan no akaun untuk tujuan pembayaran ..
Kenapa ada yang tak dibayar langsung ? Aku pernah buat ujian terhadap syarikat-syarikat pengiklanan ini dengan melakukan FRAUD CLICK .. Ya , mereka dapat mengesannya dan akaun dibekukan .. Kemudian email akan dihantar.. Tetapi ADVERTLETS tak hantar .. korang yang kena hantar TICKET untuk bertanyakan status korang .. Takde respon ? Sila email terus kepada mereka ..
Tu je la aku boleh tolong .. Jauhi penggunaan IFRAME ...FRAUD CLICK .. Walaupun lepas , duit itu tetap haram kerana korang menipu untuk mendapatkan $$ ..
Mana yang berbaloi ? :) Part tu , aku tak leh nak tolong .. Sbb aku tak keje ngan company tu. hehehe.. kalau diorg bayar aku untuk promosi syarikat diorng , maka aku akan kata I LOVEE...... KELAB BLOGGER BEN ASHAARI ! Tu terbaik .. Tingkatkan kualiti blog korang dan juga trafik.. :) barulah diorng carik korang... hehehe..
" WANITA yang BERTUDUNG belum tentu baik,
Tapi wanita yang baik sudah tentu bertudung.
ORANG yang SOLAT belum tentu baik,
Tapi orang yang baik tentu akan solat.
ORANG BERPUASA belum tentu sembahyang,
Tapi orang SEMBAHYANG sudah tentu berpuasa . "
Aku tak tau sapa pemilik kata-kata ni tapi yang pastinya , saham akhirat dia pasti 'melambung' kerana banyak blog dan rakan rakan FB kongsikan kata kata ni .. :)
Bila buat kesalahan atau dosa , janganlah cuba menegakkan lagi .. akui dan bertaubat.. Dunia ni sementara jer .. segalanya persinggahan .. apa yang kita nampak ini cuma maya saja.. seperti dunia internet inilah tapi di dunia inilah segalanya untuk kita pastikan ke syurgaNYA ..
Alhamdulillah .. aku kembali dengan segmen aku setelah berhari takde segmen .. Mungkin aku nak buktikan pada mereka yang mana blog aku ni 'hidup' dengan segmen dan 'makan' trafik blogger baru .. Heheh.. cetek kan pemikiran depa ? Huhu.. Takde segmen pon 4k -5k gak.. Ada ? Kalau ada ,tak ke semak blog aku ? Orang lain buat entri peribadi , tutorial , cerita gossip tapi blog aku yang mereka kata glamer dan popular ni buat segmen ? Muhahaha.. lawak ?
Cait.. tak lawak ! Ni tanda penghargaan aku pada rakan blogger terutamanya yang baru baru nak merangkak dan tercari tempat untuk promosi blog mereka .. Ini saja yang mampu aku buat ...
Ok , hari ni aku nak mulakan segmen ringkas.. Satu segmen yang mana blogger baru ( atau lama jika berminat ) untuk turut serta .. Untuk makluman , aku takkan senaraikan sebarang url ... Apa yang perlu mereka buat , 'tarik perhatian' rakan lain dengan meninggalkan komen yang menarik dan juga url entri ..
Mereka yang was-was , dilarang sama sekali join segmen ini .. Cuma yang berminat untuk mencari rakan baru saja digalakkan .. Seperkara lagi , diingatkan para blogger , segmen ini tidak menjanjikan trafik yang lumayan kecuali korang sendiri g singgah blog rakan rakan yang join .. Mereka yang join ini bermakna mereka sukarela untuk lawat blog rakan mereka yang lain ..
Kenapa kena buat entri dan letak header ? Tujuannya adalah untuk mewar-warkan dan meramaikan lagi.. Kalau tak , camana blogger lain nak tau kan ?? Sekadar mereka yang singgah sini je tau.. Yang tak singgah ? Terlepas peluang untuk korang kenal mereka kan ?
Cukup penerangan ni.. Kalau berminat , kita mulakan .. Diingatkan sekali lagi , aku takkan senaraikan .. korang kena godek sendiri di ruangan komen ini .. Terima kasih :)
Berminat ? Buat satu entri ..
- Letak header BEN ASHAARI BLOG
- Tajuk , BEN ASHAARI AJAK KENAL BLOG INI .. dan linkkan ke entri ni ..
- Ceritakan latar belakang blog korang ..
- Tuliskan dari mana anda dapat tau mengenai segmen ini ? Blog mana ?
- Part ni , menarik .. korang kena kerap edit entri korang tu.. hehe.. Kenapa ? Korang kena masukkan url blog blog yang dah korang lawati tu dan tulis secara ringkas mengenai blog tersebut .. Dan tinggalkan jejak untukdi ruangan blog tersebut untuk beritahu komen anda terhadap blognya .. :) .. Mesti dia nak tau punya kan ?
Susah ? Tak .. Menarik sebenarnya .. Bukan sekadar segmen biasa .. tapi promosi blog korang .. Tutup ? kul 12 malam ini ... Selamat bersegmen !
Akhirnya.. setelah sekian lama aku tunggu , baru aku boleh katakan aku amat berbangga sekali dengan mereka yang terlibat dengan dunia animasi ... Kalau Upin dan Ipin pembuka tirai dan kini , animasi IBN BATTUTA mmg setanding dengan animasi luar negara terutamanya Hollywood ..
Aku pernah terlibat dengan dunia animasi 2D dan 3D pada sekitar penghujung tahun 1999 , sbb tu aku tau kesukaran membuat animasi tak kira 2D dan 3D ni .. Bukan senang wooo.. Terlalu makan banyak kos dan masa ... 24 jam kat pejabat .. huhu..
Sempat aku belajar ketika itu mengenai perisian perisian untuk membuat animasi seperti 3D Max , Lighwave , Motion Capture , dan beberapa lagi perisian .. Kira sangat berbaloi la.. hehe..
Kali pertama tonton di TV AL HIJRAH ... pergh.. jalan cerita , pergerakkan .. semua mmg best ! Mmg da boommm.. hahaha ...
Tapi rasanya ada kerjasama gak dari syarikat luar negara .. tapi tak kisah la , segalanya bermula dari situ .. belajar dan terus belajar .. akhirnya , kita mampu berdiri sendiri .. InsyaAllah ..
Buat IN-FUSION , karya syarikat anda membanggakan rakyat Malaysia ..
Muhahahahah.. gelak kejam sbb tak tak tahan ketawa guling guling .. hehehe .. Apakah ? Hahahha.. Ni gara-gara keyword yang tersangkut di blog aku semalam , malam minggu... Sapa eh yang mencari maklumat mengenai :
Dan keyword keyword selebihnya yang membuka urat ketawa aku ialah :
sex main ramai ramai ( haih... ni punca kepada rogol !! )
bagaimana paksa isteri taat ( terdesak ni bang )
cara menjaga hati kawan ( alahai.. siannya .. ni mesti die hard friends ni )
top bloggers melayu di malaysia ( erk , saya tak terlibat yer )
kena medical checkup keadaan bogel ( erk... gulp.. )
saiz kondom ( saya punya ke awak punya ? )
punca pening kepala selepas berbuka ( buka kat rumah atau buffet ? penting tu ... hehee )
pulih dara ( saya pon nak pulihkan teruna saya .. boleh ? )
wanita tengok vcd lucah ( muhahaha.. ramai ni.. serius .. lebih lebih lagi yang dah terlepas dari 'rantaian' ibu bapa.. pergh.. lepas tu stim.. lepas tu ? " Anak sapa ni ??? " ..Tau tau , jumpa kat tepi tandas.. " anak sapa nih ?? " )
kenapa lelaki curang ( jangan tengok saya.. tengok UJANG tu )
benci dengan ptd ( muhahahha.. aku ingat aku sorang je.. haha )
cara nak ajak awek main ( main konda kondi ke galah panjang ? )
maksud bunyi guli tengah malam ( muhahahah.. EVIL DEAD nehh !! )
kritikan polis periksa telefon bimbit ( ni mesti incik POLIS yang google neh.. hehehe )
Hahahah.. tu je la.. hahaha.. pagi pagi dah buat aku gelak besar...
" Perasan tak kebanyakkan blogger buat blog , untuk blogger je baca ?? Yelah , ping kat dalam FACEBOOK .. Kat Twitter atau mana mana ping web .. kan ? Sapa yang biasanya baca ? Camana nak tarik mereka yang bukan blogger ni baca blog kita ? "
Sebenarnya aku pernah keutarakan isu ni satu tika dulu.. Majoriti blogger buat entri , khas untuk blogger baca .. Kenapa ? Jumlah blogger di Malaysia saja beratus ribu .. kan ? Tu tak campur lagi mereka yang guna Facebook setiap hari.. Semakin bertambah .. Bermakna kebanyakkan blogger sasarkan blogger saja untuk singgah ke blog mereka ..
Bagaimana nak tarik mereka yang bukan blogger ? Kita tak mungkin boleh tarik mereka yang bukan pengguna internet untuk baca blog kan ? Jadi sasaran kita yang guna internet tapi bukan blogger dan juga bukan pengguna laman sosial.. Yang guna internet untuk buat research , atau surfing semata mata ..
Itulah SEO atau Search engine optimization .. Ini tips untuk mereka yang ingin tarik trafik dari mereka yang bukan blogger ... Perhatikan isu isu terkini tak kira apa apa isu panas ... Buat entri dengan highligtkan perkataan perkataan yang penting yang mana korang kena teka apa yang bakal mereka gunakan sewaktu mengoogle.. hehe.. contoh , GAMBAR KHARUL FAHMI dan DELIA .. ISTERI KETUA PASUKAN SINGAPURA .. dan banyak lagi.. Kena peka isu semasa ..
Dalam sehari , mesti ada satu entri bersifat begitu .. Selebihnya barulah boleh buat entri entri peribadi cam citer dating ngan boyfriends ke .. g mandi sungai ke.. segmen ke.. Eh , segmen sensitif okeh !! hehehe..
Dengan cara begitu , insyaAllah , blog kita akan disinggahi oleh mereka yang bukan blogger dan juga blogger .. Secara tidak langsung , trafik blog juga akan naik ..
Sekadar perkongsian pengalaman dan tips.. Berjaya atau tidak , yang penting kita usaha dari menganga .. kan ?
Berdasarkan beberapa buah blog hari ini , Dato Siti Nurhaliza telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang mana produknya , SIMPLYSITI adalah halal digunakan ..
Sat.. aku nak flashback yang mana terdapat produk yang sebelum ini yang turut dikatakan haram pada mulanya tetapi dinafikan oleh syarikat tersebut .. tetapi akhirnya disahkan haram jua .. contoh terbaru yang butter Golden Churm tu haa..
Beginilah , bagi aku la kan .. Dato Siti berhak kata apa apa saja tetapi seperti yang kita tau , kita ada pihak berkuasa yang mana bertanggungjawab menguruskan soal halal haram sesuatu produk di Malaysia ni .. Jadi biar mereka keluarkan kenyataan rasmi dan baru aku percaya 95% .. Masih ada was was , jadi aku tinggalkan terus.. Selama ni aku pakai gak .. Hahaha.. guwau je laaa...
Akhir kata , sapa yang percaya , sila guna .. Yang tak percaya , berpegang pada hukum agama.. Was was , tinggalkan je.. Tak mati tak makeup kan ?
Aku bukan apa ... Bukan anti Siti Nurhaliza.. aku minat gak suara dan lagu lagu dia .. cuma terkilan .. dia tu idol ramai rakyat Malaysia , Indonesia , Brunei mahupun di Singapura .. Nape la tak pakai tudung tu betul betul .. Aku pasti dia lebih ayu dari macam tu.. jambul terkeluar cam Elvis Presley gamaknya.. Erk .. marah ? maaf yer Dato .. Tapi tu yang saya nampak .. Tak leh marah.. saya pon peminat Dato gak.. Setiap kritikan kena amik kira gak kan ? Kalau dia pakai elok elok , mesti ramai peminat dia ikut sama kan ?
Album baru bila Dato ? Album raya ? Ke bz ngan produk kosmetik ? Patut la makin ramai wanita melayu kita cantik cantik kan ?