Sambungan dari episod 6 . Bagi yang belum pernah membacanya , sila ikut turutan episod di SINI ..
" Riana .. Apa yang penting sangat sampai nak jumpa saya di KLCC ni ? " . Aku mulakan perbualan setelah melihat Riana diam seribu bahasa.
"Entahlah Beben.. Eh ,sori...Ben. Pening kepala Ana. Sejak kali pertama kita berjumpa hari tu , Ana rasa semacam jer perasaan ini..Tapi Ana tak boleh.. Ana terpaksa melawan perasaan ini .." . Bicara Ana.
Aku pening kepala. Apa kes lak si Ana ni ? Kalau ya pun , ceritalah bagi habis.Ini tidak ! Main setengah setengah jer. Karang tak pasal-pasal dengan aku sekali pening kepala . Tapi tak kisah la , janji aku lepas rindu dapat tatap wajah dia setelah dua hari tak dapat tengok muka dia.
"Cuba Ana terus terang je pada Ben . Apa masalah Ana sebenarnya ? " . Aku cuba nak mengorek rahsia. Itu adalah kepakaran ku.
" Hurm.. Ana dah jatuh hati pada seseorang . " Terhenti disitu saja kata-kata Ana.
Apa ?????????????? Hadoiii.. Pelamin anganku musnah !!! Mau saja aku menjerit sekuat hati tapi aku tetapkan iman aku.Sabar menanti ayat seterusnya.
" Tapi Ana tak boleh sbb Ana dah ada kekasih hati . " Ana meneruskan lagi bicara hatinya .
Oh.. memang tinggal debu pelamin anganku ..
" Cuma Ana tak sayang dah pakwe Ana tu sbb dia suka mengongkong dan selalu menyakiti hati Ana. Dah la tu , kaki betina. Dah berkali Ana nak tinggalkan dia tapi dia ugut Ana ! " Ana mula bocor rahsia.Aku kata dah kan ?
Aku kembali membina pelamin anganku itu .
"Ana sukakan .. er .. " Terhenti disitu kata-katanya sambil memandang aku !
Aku terkedu.Takkan aku kot ?
" Sapa Ana ? ". Aku mencuba nasib .
" Ana sukakan .. "
" Abang !! Bangun laaa... solat subuh ! Dah pukul berapa ni !! Kot ya pon lap la air liur tu haaaa .. Teruk benar tidurnya !! " . Jerit adik perempuan aku yang serupa cam lelaki tu.
" Adoii.. Boleh pulak aku tertidur depan laptop neh ! Hampesss.. Aku ingatkan aku dah dating ngan Riana tadi .. Arghhhhhhhhh... Aku mabuk dah nehh .. Tau kat Wan nanti , mau kena gelak guling guling ! Hampagas tul ! ". Bebel hati aku.
Bangun , mengeliat dan buat pumping 3 kali . Baru aku mandi dan solat subuh . Masih terbayang wajah Riana . Oh Riana..Kalaulah aku pilihan mu itu... Alangkah indahnya dunia ini walaupun dah memang indah.
- SAMBUNG -