Wahh.. tomei la blog dia niehh… Heheheh .. Muda belia lagi blogger kita ni.. Idea untuk berblog tu ada .. cuma kalau dapat keluarkan idea yang lagi menarik dan unik , pasti blog ni mampu meletop nanti !
Wahh.. tomei la blog dia niehh… Heheheh .. Muda belia lagi blogger kita ni.. Idea untuk berblog tu ada .. cuma kalau dapat keluarkan idea yang lagi menarik dan unik , pasti blog ni mampu meletop nanti !
Sungguhpun filem dia dapat 7 RM 7 juta , namun aku sedikit pon tidak rasa kagum langsung !
Maaf … Aku tak respek orang bilamana orang itu tidak respek pada orang lain . Dalam menyampaikan pendapat , caci maki tidak diperlukan walaupun itu hak peribadi. Bagi aku , bila nak berkongsi dengan orang lain , maka perlulah jaga bahasa.. Janganlah kita lupa , yang menggunakan internet ini ada tua , muda dan kanak kanak riang..
Nak caci maki , g lepak dalam gua. Sesuai untuk mereka yang teringin bercaci maki.
Semalam , ada aku singgah rumah orang tua aku .. Memang setiap minggu aku akan singgah sana. Jengok orang tua selagi diorang ada. Jangan dah takde baru beria dok ziarah kubur sedangkan masa hidup , diabaikan begitu saja.
Aku sembang ngan mak .. Ternampak kotak rokok ayah aku. Aku tanya la mak aku nape dia hisap rokok jenis ni lak ? Dulu dah slow dok hisap rokok daun je ..
Jawab mak aku , harga lebih kurang je. Dia pon malas nak membalut dah .. Hurm , aku nak kata apa dah . Tapi ayah aku kalau merokok , mmg dia akan ke dapur bila takde orang. Atau keluar rumah je.
Sian je tengok ayah aku. Mak aku kata , bila dia duduk diam diam sorang diri , pasti dia mengelamun. Tetiba dia kata dia nampak cahaya. Pastu bau busuk. padahal takde pon bau. Haih , risau gak aku.
Nasib baik adik perempuan aku tu ada. Selalu gak la aku nasihatkan dia supaya sabar layan karenah diorang. Cuma leh harapkan dia je la. Penghibur diorang tu , anak adik perempuan aku yang 2 orang tu. Kalau tak , mau sunyi diorang.
Bila tengok ayah aku yang mmg jenis ringan tulang dan tak reti duduk diam tu , aku kenangkan nasib aku bila tua nanti. Camana la aku nanti …
“HARGA tiket final Piala Malaysia kekal RM50. Mahu atau tidak, penyokong Negeri Sembilan dan Terengganu harus membayar RM50 bagi sekeping tiket jika tetap berhajat menyaksikan aksi final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Sabtu ini. “.
Kalau aku ?? Tunggu kawan kawan update je dari blog .. Bukan apa , tiap kali tengok live .. haih.. hampa ! Main tah hapa hapa.. Cerita dalam paper cam best giler ala ala Real Madrid lawan Barcelona tapi bila tengok cam layan futsal kat dewan futsal Ah Keong !
Alhamdulillah.. Baru nampak sahabat tu ceria sekarang ni .. Eh , sat sat .. nak bagitau ni.. Ni entri pertama dari Sony Vaio yang baru aku beli semalam .. Hehehe.. Best gak.. Fresh gitu… Ni mmg buat untuk update bila keluar dari rumah. Kat rumah , guna bini tua .. Hahahah.. Sapa bini tua ? Sila rujuk Bila aku punya 2 isteri ni..
Sahabat tu , officemate aku .. skang ni nampak ceria sbb bisnis dia dah mula maju. Dulu ,makan gaji je laki bini. Mana nak boleh hidup.Gaji lepas untuk g kerja n wat duit makan je.. nak bayar itu ini , mmg susah la nak lepas..
Mahu atau tidak , kena ada buat keje lain lebih lebih lagi kalau tinggal kat bandar besar ni. Macam aku kata tadi la , nak harap pada makan gaji je susah .. Berpuluh ribu sekali pon kalau tekak besar
Bak kata jiran aku , KL ni lombong emas .. Kena bijak dan cepat gali .. Kalau duduk nganga sambil harap orang tlg suakan pon akan ada orang suakan tapi tak la hari hari kan ..
Belum ada lagi yang mati kebuluran di KL ..
Sekarang ni , boleh dikatakan sahabat tu senantiasa tersenyum bila rezeki mencurah masuk . Tapi ingat ingat gak la kan .. Jangan jadi tamak lak … Tu yang tak bagus.. Kan FAM kan ?
SPOON ? Sudu ??? Heheh.. Pernah dengar lagu diorang , RINDU SERINDU RINDUNYA , MEMORI SEKUNTUM RINDU dan banyak lagi.. Ingat ? Tak ingat , tak pe.. karang layan je lagu diorang kat bawah ni ..
Dari mana aku dapat info ni ?? Petang tadi , salah seorang ahli kumpulan Spoon ni , Shahnaz ada mesej aku di FB ..
“ ben.....spoon nk bwt comeback..... bwt lagu 1st & 2nd album orcherstra version & 1 single baru...dlm proses ni. mintak support. tq.. “
“ stkt ni yg dh bg komitmnt aku,norul & azlong...adk along.... yaya & boy blm dpt jmp lg. skg tgh bwt muzik dulu... awl thn dpn insyaalah siap... “
Haa… lebih kurang gitu la ceritanya… Amacam ? Rindu nak layan lagu jiwang ni lagi ? Hehehe.. Kena sabar ehh… Doakan semoga impian mereka tercapai ..
Apa pun , tolong jangan ungkit cerita lama mereka .. Yang berlalu tu , biarkan .. kita masing masing punya dosa silam .. Jaga masing masing punya kain yer ..
Buat pengetahuan , diorang ni kawan aku .. Pernah gak la aku ikut diorang g buat show .. Saja nak tau camana rasa kena serbu dek awek.. Hahahah..
Bab surat n hadiah dari peminat tu, mmg berguni laaa… Aku pon join bukak n baca .. Macam macam ragam … Adeh… Kenangan manis gak la bersama diorang ..
Sayang tak tahan lama.. Hurm.. Harap impian diorg tercapai.
Ok , segmen hari ni ada sesuatu yang menarik .. Apakah yang menariknya itu ? Setiap blogger akan bagitau sekurang kurangnya ,1 blogger idola mereka .. Haaa ..
Senarai dah dibuat … heheh .. tapi sebelum tu , mesti korang nak tau sapa idola aku dalam dunia blog ni ?? Jeng jeng jeng …Nak tau ?? Nak tau ?? Tak yah tau laaa…hehhe
Sat sat. jom layan ni dulu .. http://blin.gd/4coD
Senang jer.. Dia ni kan , lama dah berblog .. Tapi tak pernah putus asa langsung walaupun boring melanda .. Haaa.. Kira blog adalah rutin harian dia .. Selain tu , dia rajin gila blogwalking walaupun dia dah cukup popular.. Kesukaan dia adalah masuk blog blog baru .. Katanya cerita mereka tu fresh ! Tu yang menarik tu ..
Sapa dia eh ??? Ala … aku bagi clue dah tu… Takkan tak kenal kot ??? Haaaa.. pandai pon teka ! Betul la tuh ! Hahahaha.. ok ok .. sebelum aku bocorkan rahsia , apa kata kita g ziarah kawan kawan kita dulu.. Pergh.. rugi tak sapu bersih kawan kawan kita ni ..
Jom kita g berkenalan .. Aku pon nak gak weh.. Meh klik SINI ..
Terima kasih semua dan Arol kerana rajin update.. hehe..
Apa itu blogger terkenal ?? Perlu ke jadi blogger terkenal ?? Best ke ?? Syiok keee ??? Dapat apa jadi blogger terkenal ??? Duit ? Awek ? Boypreng ? Dapat Astro free ? Ke dapat glemer je ??
Aiseyman … Jangan simpan angan angan gitu dik ..bahaya.. Nanti salah bawak pulak blog tu.. Maka jadi mengarut … Tak best dah nak berblog .. hehe..
Sat sat. jom layan ni dulu .. http://blin.gd/4coD
Sebenarnya , boleh je nak jadi blogger terkenal tapi kena tau la kenapa blogger tu terkenal .. Apakah kerana entrinya yang best ?? Atau orangnya yang best ?? Haaa.. Mana satu nak ?
Bagi aku , untuk mendukung gelaran blogger terkenal ni , biarlah kerana blognya. Orangnya , tak kisah la camana pon .. Artikal di blognya senantiasa mampu membuatkan pembaca puashati serta mendapat manfaat daripada setiap penulisannya. Tu baru best !!
Aku tau , sekarang ni ramai berminat nak jadi blogger terkenal ada dua sebab.. Sbb pertama .. RM dan kedua Glamer .. Maaf la kalau salah .. Tapi itu pendapat aku saja .
Bagi aku la kan , baik terkenal kerana artikal kita .. kerana blog kita .. Bab $$ , jgn risau .. Rezeki kan Allah yang beri.. Kalau blog kita bermutu , orang pasti akan cari punya .. Apa mau kisah kan ?
Biar lambat asalkan puas ! Puas itulah yang susah nak dapat sebenarnya .. Dapat duit senang jer… kan kan ?
Hampehgas betul la.. Dah la guna gambar aku.. Pastu jadi gay lak ! Cilanat betui la ini mamat indon ! Jom tolong aku report sama dia … Kalau sudi la… tak sudi tak pe.. hehe ..
Uih.. wall dia … Cam gampang ! Mmg dasar gay indon betul mamat ni ! Hampehgas !! aarghhh…. Klik SINI untuk ke profile hantu raya nih.. Baskin robin betul !
Tak percaya ?? Silalah percaya ! Kenapa ? Berbanding orang orang dewasa macam aku , pelajar punya pelbagai perasaan dalam diri mereka tetapi yang paling menarik ialah perasaan MEMBERONTAK !
Kenapa aku kata itu yang lebih menarik ?? Haa… Bukan mudah seorang remaja nak meluahkan perasaan MEMBERONTAK terhadap satu satu perkara itu ke dalam bentuk penulisan tetapi dengan lemah lembut !
Kalau takat nak caci maki , aku pasti ramai bleh buat ! Tak susah punya tapi bagaimana nak luahkan dalam bentuk yang lembut tapi keras seperti kungfu ! Kungfu ni pergerakkannya lembut tapi pukulannya keras !
Aku bagi contoh la kan .. Tadi kat sekolah aku dirotan oleh guru disiplin atas sesuatu alasan yang aku rasa tidak adil. Kawan aku yang buat pasal tapi aku pulak yang kena ! Bagaimana aku nak menyampaikan perasaan aku tu ?
Itulah cabaran seorang remaja yang bergelar blogger .. Bagaimana entri aku tu nak pikat pembaca terutamanya mereka yang lebih tua dari aku dan juga lebih muda dari aku.. Pastinya golongan sebaya akan lebih tertarik untuk membacanya tapi macam aku kata , camana nak bagi yang lain tu tertarik ?
Penyampaian kita .. Itulah jawapannya.. Remaja punya banyak aktiviti ! Dari pagi sampai malam .. Mereka punya ramai ‘penjaga’ dan paling penting , hati mereka senantiasa berbicara untuk melakukan sesuatu.
Kadang-kadang remaja tak tau pada sapa mereka nak meluahkan perasaan. Ibubapa bz atau pandang enteng perasaan mereka menyebabkan mereka memberontak. Maka dengan punyai blog , mereka boleh meluahkan segalanya tetapi dalam bentuk yang sopan.
Bila menyampaikan dalam bentuk hitam putih , ibu bapa akan lebih memahami anak mereka berbanding secara lisan. Yelah , bila anak cakap lain , mak faham lain. Contoh la kan … “ Mak , amin nak sunat laaa .. “ .. Ada mak akan jawab , “ Amboi, gatai dah hang nooo “ .. Padahal si anak tu malu dengan kawan kawan yang lain sbb daah sunat sedangkan dia belum.. Haaa.. Tu contoh je la..
Selain dari tu , remaja yang penuh dengan aktiviti ni boleh cerita segalanya ke dalam blog tapi biar ringkas dan padat.. Aku pasti korang dah belajar mengenai meringkaskan karangan dan membuat rumusan kan ? Nilah masanya nak praktikan.
Kalau korang berjaya buat gini , aku pasti korang boleh naik dengan cantik sekali. Tak payah sibuk posing dengan tiang lampu mahupun dengan shawls atau kat gym cam aku ! hahahaha…
InsyaAllah.. sekadar pandangan dan cadangan.
Mulai hari ini , aku akan tukar segmen BLOG PILIHAN kepada RAKAN BLOGGER HARI INI …
Untuk permulaan , aku akan mulakan dengan satu segmen terlebih dahulu. Kemudian , hari hari berikutnya barulah aku memilihnya secara rawak samada melalui widget FOLLOWER atau komen yang menarik dan logik.
Hari ni , kita buat secara ramai ramai .. ok ? Jadi mereka yang tidak pergi ke mana mana pada hari Deepavali ni , marilah kita berkenalan dengan rakan-rakan blogger yang baru atau lama di dalam dunia blog ini.
Ini bukan segmen ramaikan Follower atau tinggikan trafik sebaliknya mencari kenalan baru di dunia maya ini.. Sapa tau kan , kita g mana mana ada je kawan kawan .. kan kan ?
Nak join ? Ok.. senang je.. Buat satu entri baru yer.. Bagi yang tak tau nak buat , tengok rakan rakan yang dah buat . Kemudian , ikut je prosedur ni ..
Tutup segmen ini , kul 5 petang.. Selepas itu senarai nama akan dinaikkan . Sementara tu , korang bolehlah blogwalking untuk mencari kenalan baru .. okeh ?
Terima kasih ..