Berkorban kerana kawan-kawan ? Saling faham memahami ? Pentingkan diri sendiri ? Kawan makan kawan ? Berpura-pura ? Hurm ..
Dunia persahabatan bukan mudah . Bila sebut kawan , mudah saja kita cari. Bila sebut sahabat , berapa ramai yg sanggup berkorban ? Kalau ada , maka bertuahlah ..
Tapi zaman ni , sahabat yg sanggup berkorban pon , adakalanya kena fikir semula. Apakah dia saja sanggup berkorban ? Bagaimana dengan rakannya itu ? Hanya reti meminta pengorbanan rakannya itu ? Bila tiba masanya ?
Aku ? Cukup dah kot .. Banyak kali dalam hidup aku ni , aku berkorban pada orang lain. Tapi , akhirnya aku sendiri yang susah. Mereka terlepas dan selamat , aku jadi mangsa keadaan .
Pentingkan diri ? Kadang-kadang aku rasa , perlu demi menyelamatkan kedua dua pihak. Bukan kerana tak sayang tapi elakkan masalah di kemudian hari . Maka , salah seorang terpaksa dikorbankan.
Itulah pengorbanan. Persoalannya , apakah pihak yang terkorban itu memahaminya ?
Antara babak dalam drama bersiri THE WALKING DEAD episod 12 yg menyayat hati .. Hurm .. adakalanya manusia jadi ‘gila’ bila keadaan memaksa . Waktu inilah mental perlu kuat dan senantiasa beristighfar agar syaitan tidak menyesatkan kita .