“ Sebuah kereta Ferrari musnah terbakar dalam satu kejadian di Kilometer 28.2, Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) berdekatan Mantin, dekat sini, pagi Sabtu.
Bagaimanapun, pemandunya, seorang lelaki berumur dalam lingkungan 50-an terselamat selepas dia sempat keluar sebelum api menjilat keseluruhan kereta berkenaan.
Difahamkan lelaki itu, yang dipercayai berkonvoi bersama beberapa kenderaan mewah lain, sedang dalam perjalanan menghala ke Seremban bertindak memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan apabila mendapati keretanya terbakar. “ – Bernama
Terkedu aku tengok weh ! Hahaha .. Ferrari tuu .. leh terbakar ? Secanggih canggih kereta .. Ahaa .. Jangan ingat kereta tempatan je leh terbakar skang ni .. Kereta import pon leh terbakar ..
Kesimpulan .. Jangan pandang rendah kereta tempatan walaupun bodynya lebih nipis dari tin milo.. heheh.. tatotttnyaa ..