Hurmmm .. berjuta kenangan aku kat shopping mall ni .. Dari aku kecik hinggalah aku kawin , aku ke shopping mall ni .. Lepas SPM dulu , sinilah tempat perjumpaan aku dengan geng sekolah aku dulu .. Huhu.. sedih dengar berita pasal ni ..Sau demi satu kenangan mula meninggalkan aku .. Apakah ?? Er….
“ KUALA LUMPUR: Pusat membeli-belah Bukit Bintang Plaza, yang merupakan simbol kepada pusat perniagaan Bumiputera di kawasan segitiga emas dijangka akan dirobohkan pada awal tahun depan.
“MRT Corp telah memberi kami masa sehingga akhir tahun untuk mengosongkan bangunan.
“Notis pengusiran akan dikeluarkan kepada penyewa untuk keluar,” kata Pengarah Urusan UDA Holdings, Ahmad Abu Bakar kepada pemberita selepas satu sesi dialog bersama para penyewa pada Selasa.
Beliau berkata, UDA akan menunggu keputusan daripada Kementerian Kewangan berhubung permohonan oleh Tradewinds (M) Bhd untuk menyertai dalam pembinaan semula bangunan Bukit Bintang Plaza.” – Mstar Online.
Dan tak lama lagi tempat aku membesar pon akan dirobohkan , utk pembangunan .. kata mereka laa ..
,