Tadi g beli lampu dan kipas lagi ( Houses of Lightings .. Murah eh ? ).. Ramai ari ni .. Ada dua orang yang aku sekadar tau kewujudan mereka di alam maya , turut ada kat sana .. blogger gak tu ..
Yang pertama tu , kawan tu pernah bagi info mengenai kesihatan di blog aku .. Tak ingat lak namanya .. Yang kedua , tuuu .. Aku ditegur oleh blogger , Tianchad sewaktu dok melayan Qhaliff ..
Terharu gak aku sebenarnya .. Kenapa ? Yang pertama , aku ingat aku cuma dikenali di kalangan blogger melayu jer .. Tak sangka gak ada ada blogger bangsa lain leh kenal aku begitu saja ..
Maaf , bukan retis ok ! Dan kitorang pon berbual panjang mengenai dunia blog . Menurutnya , skang ni dia buat full time gak blogging .. Seronok dan terasa kelainannya dari kerja kat pejabat .. hehe ..
Aku tak nafikan yang itu .. Walaupun ada terikat dengan masa dan keluarga , blogging ni mampu menghilangkan stress jika bijak membahagikan masa ..
TianChad , terima kasih kerana sudi menegur saya. Sekurangnya dapat gak sedikit ilmu mengenai dunia blog dari dia .. hehe ..