Serius ! Bukan semua tapi ramai laaa .. Aku harap lelaki yang baca blog aku ni antara yang bukan la yer..
Bodoh ni ertinya tak pandai … Bukan maki yer .. Cuma dalam tajuk aku ni , kebodohan lelaki akan terserlah bila bercinta mengikut nafsu. Perempuan ? Ini bukan isu perempuan .. Tu isu lain ..
Tang mana kebodohan lelaki ni terserlah bila bercinta ? Bila terikut nafsu menyayangi pasangannya tanpa batasan lalu jadilah keldai mengikut kehendak pasanganya tanpa fikir baik buruk dah .. Yang keduanya , bila putus cinta .. Makkkk aihhh .. Ada yang sanggup berkurung dlm bilik.. Nak lagi terserlah ‘kebijaksanaannya’ , ada yang sanggup bunuh diri !
Adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiii !! Apa punya turrr daaa ..
Hanya kerana tidak dapat menerima hakikat cinta pertamanya terputus di tengah jalan, seorang remaja nekad menelan 80 pil darah tinggi milik ibunya .
Menurut sumber, remaja lelaki itu yang tinggal dengan ibu selepas kematian bapa sejak setahun lalu dipercayai menjalin hubungan cinta dengan seorang gadis berusia 19 tahun.
“Anak bongsu dua beradik itu dikatakan meminta wang belanja daripada ibunya setiap hari bagi menyara teman wanitanya itu.
“Malah, remaja lelaki itu dipercayai pernah mengherdik ibunya yang enggan memberi wang,” – HMETRO
Lelaki oiiii .. awak tu lelakiiii .. Pondan pon cool je bila putuss cinta.. Apa daaaa .. Rileks laa .. Berlambak laa perempuan kat luar sana tuuu yang menanti kasih halal berjantina lelaki ni haaa ..
Kuota aku pon ada lagi 3 .. ahaaa .. hahahaha ..
Kalau dah duduk semeja , cerita berjela , janji nak segera jawabnya ada yang menyinga .. Heheh ..
Jangan la marah eh .. Tapi tu la LELAKI .. Bila dah terlepas keluar memalam untuk melepak sekejap dengan kawan maka tiada dah istilah SEKEJAP .. Al-maklumlahhh .. bukan senang nak terlepas hehe ..
LELAKI ni , ceritanya tak macam perempuan bila duduk semeja. Bab shopping , make up atau apa saja yang melibatkan duit laa .. Lelaki , topik dia macam macam terutamanya hal dunia. Lelaki mmg gemar pk masalah dunia . Hal diri sendiri , dia simpan sampai ke mati .. Tamo susahkan kawan kawan la prinsipnya. Konon la… hehe ..
Tapi , jangan buat selalu .. Sesekali , ok la.. Selalu sangat , mak bapak pun benci kan ? Yang dah kawin tu , beringat la anak bini kat rumah. Penyamun skang ni , tak kira dah ada orang ke takde orang . Semua diorang rembat masuk . Mungkin pk dah ada ilmu tebal la kot. Bukan kebal yer .. Tebalkan muka masuk rumah orang .. Yelah , dah pakai topeng.. Tebal la kan ?
Lepak lepak gak .. Jangan sampai kena sepak lak … huhu ..
VS
Terima kasih .. Aku tau korang mesti pilih aku punya .. Ni belum make up lagi ni .. Cer bayangkan kalau mekap . Confirm ayusss giless punya .. Rileks ar .. Aku je tak nak masuk pertandingan miss miss shawl ni haa .. Confirm juara arrr .. Sbb tu aku pilih kekal seperti sedia ada ..
“ Tak kiraaaaaaaaaaaaa .. Kelantaaannn .. “
“ Apa laakkk .. Si Qhaliff tu ada waris gak kat Penang .. Haaa .. Tu tanah kebun durian tuu , dia punya gakk .. Nak gak dia tengok .. haa .. “
“ Tak kiraaaa … Tak kiraaaa … TRW gakkkk … Kalau tak , awak balik sorang ! “
“ Eh , apa laakkk … Tuuu Qhaliff tu binkan saya okeehhh .. “
“ Saya yang beranakkan diaaa .. Haaa .. “
Hahaha .. saja je bakar sebenarnya .. Aku tak kisah pon balik raya mana mana .. Asalkan beraya .. Lagi pon , puasa sebulan dh kat KL .. Raya pe salahnya kat Kelantan .. Tapi saja bakar ajak wife gaduh .. lalallala
Dalam banyak banyak cerita yang ada kat tv hari ni , yang DORA THE EXPLORER ni dia tengok beria sungguh . Tak payah nak layan dia .. Bersungguh dia ketawa , tersenyum dan bermain sambil mata kat tv .. Erkk ..
Abis laaa .. pasni mesti tv itu milik ku seorang ! Ari ari DORA ? Arghhhh … Tidakkkkk .. Tapi nak tengok kartun je ok.. Jangan bunyi nak pinjam ultrabook sbb nak main game Dora daahh laaaaa .. Huhu…
Pilhan Ramadhan hari ke #1 : #2 : #3 : #4 : #5 : #6 : #7 : #8 :#9 : #10 : #11 : #12
Antara kegemeran aku sbb ada mee hoon dan ayam .. Huhu. Pastu cili .. Arghhh .. Siapkan air sirap .. Meleleehhh .. hahaha ..
Mee hoon soto dari blog SueJoshua ni mmg nampak kelazatannya apatah lagi dia mmg gemar memasak.Pastinya ada sesuatu yg menarik perhatian dia kenapa mee hoon soto ni antara resepi yg menjadi pilihannya ..
Huhu .. Sabar je ler … Banyak lagi resepi yang ada kat blog dia ..
CHIKAPOWWOW ( CPW) telah menampilkan satu lagi konsep yang lebih menarik agar mereka yang gemar membeli gadget secara online dapat membeli secara langsung dari mereka di samping dapat berhibur membida di laman web CPW ..
Caranya dengan membuat pembelian terus menerusi butang ‘ BUY NOW’ .. Tak rugi dah pasni .. Kalau dulu , ada yang kata akan kerugian , jadi kini korang boleh beli terus gadget atau item yg korang nk tu..
Kalau tak faham , boleh tonton video ni dulu ..
Amacam ? Jadi , kalau taknak membeli menerusi pembidaan atau penawaran , beli jer terus item yang kita nak tu . Chikas yang ada kat tangan tu , leh je buat berhibur dlm tu atau membida item yang kita nak.. Kemudian , beli je terus kalau rasa nak beli dengan harga yang ditawarkan dengan mengabungkan Chikas yang sedia ada dan juga wang tunai .. Senang je kan ?
Dlm laman web CPW , ada juga item yang dikhaskan untuk mereka yang baru di situ. Maknanya , item tu , orang lama tak leh kacau ! Dikhaskan untuk orang orang baru .. Hehehe.. Ok la tu kan ? Hehe..
TIPS : Anda boleh membelinya terus melalui ‘ BUY NOW AUCTION’ sekiranya tidak mahu melalui pembidaan biasa (‘NORMAL AUCTION’ ).Rujuk video di atas.
Kita kita yang ada orang gaji ni , bernasib baik sebab byk kerja diselesaikan oleh mereka. Tang kurang nasib baik tu , bila orang gaji lari atau banyak songeh .. kan kan ?
Biasanya yang amik orang gaji ni , ada anak kecil yang perlukan perhatian terutama bab makanan dan keselamatan .. kan kan ? Camana pulak bab kebersihan ?
Kes member aku semalam yang mana anaknya dijangkiti kuman Rotavirus dan doktor memberitahu ada kemungkinan dari air yang tercemar. Dan babynya tu diuruskan oleh orang gajinya ..
Soalan pertama aku pada dia , apakah orang gajinya mandi terlebih dahulu sebelum menguruskan anak kecilnya tu ? Hehe.. Bayangkan dengan tak mandi , pastu sediakan susu lagi .. Aiyoo… Kebersihan botol susu bila tiada pengawasan dari majikannya lagi .. Hurm.. Dan dia jwb mmg tak jaga kebersihan diri ..
Diorang ni apa kisah sangat kan ? Maklumlah , macam kita gak.. Bila bos tak de , ada yang buat kerja sambil lewa .Tau tau , gaji hujung bulan .. Haaaa.. kan kan ?
Pastu kalau kita marah orang gaji kita lak , mesti dia bengang kan ? Ada la kes anak majikan didera .. Atau majikan sendiri mendapat balasannya. Kalau yang kita tak perasan contoh cam bila diorang bersihkan tandas , diorang guna berus gigi kita untuk bersihkan jamban .. Perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh .. Lazaat gituu ..
Apa pilihan kita kita ada eh ? Dapat orang gaji yang ok , selamat la.. Tu pon berapa peratus selamat pon tak tau laaa ..
Adoi .. Bulan Ramadhan yang mulia ni pon masih lagi ada yang tak reti nak menghayatinya eh ? Boleh pulak nak cari menda menda gini .. Alahaiii ..
Tapi tak hairan la.. Dalam 999 semalam pon ada memaparkan lelaki muslim kantoi kat tempat urut atau spa tu haaa.. Ramadhan tak bererti cuti bagi lelaki yang tak reti dosa pahala.. hurmm ..
Berbalik pada carian google kat atas tu , aku cuma salute hari pertama Ramadhan jer .. Carian top adalah waktu berbuka puasa .. hehe.. Pastu muncul semula cerita seks ni haaa .. Mana mai cerita seks kat blog aku ni pon aku tak tau aihh ..
Boleh dia cari ngan mak nyah ??? Hahaha .. Takde selera aku .. Tapi ada lelaki selera lebih lagi kalau dia mekap tebal tebal .. Pernah ada sorang kawan aku cerita yang ada sorang maknyah tu sebijik Siti Nurhaliza.. Adoiiiii..
Nafsu , lembu kasi pakai skirt pon nampak cam JLO ..
Soalan:
Apakah hukumnya seorang perempuan mengandung yang meninggalkan puasa di bulan Ramadhan kerana dikhuatiri dirinya akan menjadi lemah dan tidak berdaya melakukan kerja-kerja seharian (di pejabat
dan di rumah)?
Hadifah, KL
Jawapan:
Dalam satu riwayat dari Anas bin malik Al Ka'bi berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah meringankan bagi musafir dalam ibadat puasa dan separuh dari solat dan bagi wanita hamil dan menyusui (ia meringankan) puasa".Hadis di atas merupakan dalil bagi wanita yang sedang hamil atau menyusui boleh berbuka puasa. Boleh juga berbuka sekalipun yang menjadi sebabnya adalah soal anak.
Menurut Imam Tirmizi, sebahagian ulama mengatakan, wanita hamil dan menyusui itu boleh berbuka puasa dan memberi makan kepada fakir miskin, kalau dia mahu boleh pula dia mengqadha tanpa memberikan makanan kepada fakir miskin. Sedangkan menurut pendapat ulama mazhab Syafei bahawa wanita hamil dan menyusui apabila khuatir mengalami bahaya maka mereka wajib berbuka, tidak payah berpuasa. Dan dalam keadaan ini mereka hendaklah mengqadha puasanya kelak.
Sumber : Darulnuman
Nak dijadikan ceritalah ,semalam wife balik lunch .. muka lesu giler .. Maklumlah, sahur tak dapat nasi . Aku lain la.. Dapat kurma pon dah cukup. Tenaga yang nak dikeluarkan hanyalah untuk melemparkan senyuman kat Qhaliff ..
Katanya , masa nak balik lunch untuk menyusu Qhaliff , nyaris dia nak eksiden sbb terlalu letih dan mengantuk. Yelah , dia pon pam susu kat opis .. Maklumlah , ada FS .. hehe .. Senang katanya .. Aku pon nak try gak. Nak tau tang mana senangnya tu ..
Bila dah sampai rumah , zassss … muka pucat lesi . Aku kata dah , tak yah puasa .. Lagi pun sejak dia berpuasa ni , ada kurang sikit la kuantiti stok susu ..
Terus dia cari bantal , tidurr… Haaa .. Terus tak larat nak bangun g kerja .. Tak pasal pasal kena amik half day .. Tu laaa .. Cakap otai tak nak dengar ..
Dan ari ni .. sahur pon terlepas.. Ngan aku aku terlepas . Tapi aku tak pe .. Stok ikan patin ngan ikan keli masih ada dalam perut .. InsyaAllah leh tahan sampai petang .. hehe.. Dia ? Nak menyusu lagi .. Haaa ..
Pengalaman semalam , mengajar dia .. Kalau tak kerja , tak per .. Kalau hingga boleh membahayakan kesihatan dan nyawa seperti terpaksa memandu sendirian ke pejabat , sebaiknya tak yah la puasa dulu. Ganti je kemudian .. Kan dah Allah bagi kemudahan tu ..
Yang laki , jangan mengedik tak nak puasa lak .. Haishh ..
Jangan tunggu raya , baru sibuk nak menghulur jari. Selagi bernafas dan mampu melakukan , buat jer terus . Nak lagi best , gunakan jari jemari atau juga lidah untuk menuturkannya. Takkan nak guna FACEBOOK atau TWITTER kot ? Tapi kalau dah jauh , nak wat camana kan ? Lebih baik ada dari takde langsung .. kan kan ?
Semoga Allah berkati kita di bulan yang mulia ini . Ampun maaf dan selamat pagi dari aku .. hehehe .. Aku dan Qhaliff .. wife ? Ala, kira pakej la tu ..
Ingat tak entri aku berkenaan baby kawan aku tempohari yang masuk ke hospital akibat demam panas ? Rujuk kat entri SINI ..
Tadi ada aku tanya kembali perkembangan babt dia tu .. Katanya babynya sah dihidapi ROTAVIRUS.. Puncanya , aku masih belum dapat jawapan .. Hurm.. Siannya ..
Dan dan terpandang Qhaliff .. Camana ngan dia eh ? Ari tu ada aku buat entri pasal ni Rujuk SINI untuk membacanya .. Apakah perlu dia perlu ambil suntikan pencegahan ? Hurmm ..
6hb ni nak g buat check up Qhaliff untuk kali ke 4 .. nanti nak tanya doktor .. Hurm…
4 bulan dah usia Qhaliff dan sebulan aku menjaganya .. Alhamdulillah .. Karenah dia dalam tangan dah .. hehe ..
Hari pertama dilahirkan ..
2 bulan dah usia dia ..
Dan hari ni , genap dia dah 4 bulan .. Badan dia pon kuat dah sikit berbanding dulu .. Hehe.. Namun belum nampak dia manja ke arah sapa lagi .. huhu ..
Perkembangan bayi di usia 4 bulan ..
Makan kurang kerap
Apabila bayi anda mencapai usia empat bulan, perutnya sudah membesar jadi dia tidak lagi perlukan makanan begitu kerap – hanya empat atau lima kali sehari. Namun begitu, berat badannya masih bertambah – keperluannya untuk mengambil makanan menurun apabila dia menjadi lebih besar, lebih mirip kepada kekerapan kanak-kanak yang lebih tua atau orang dewasa. Sekarang di waktu makan, perhatiannya mula beralih kepada orang dan benda-benda, justeru, walaupun anda seronok apabila melihat dia sedar dan responsif terhadap benda-benda baru, anda mendapati bahawa memberinya makan menjadi satu perkara yang sulit. Sekiranya bayi anda mudah ralit dan tidak menumpukan kepada makanannya, carilah satu tempat yang lebih sunyi untuk memberikan dia makan.
Bakat baru pusing meniarap dan menelentang
Apabila bayi anda dibaringkan atas perutnya, dia akan mengangkatkan kepala dan bahunya seberapa tinggi dan menggunakan lengannya untuk mengampu dan menahan. Tekan tubi mininya ini membantu bayi mengukuhkan otot-otot dan dia juga akan mendapat pandangan yang baik tentang perkara-perkara yang sedang berlaku di sekitarnya. Dia mungkin juga mengangumkan anda (dan diri sendiri!) dengan berpusing dari baring telungkup kepada telentang, atau sebaliknya. Anda boleh menggalakkan ini melalui mainan: goyang-goyangkan patung mainan di tempat ke mana dia akan pusing untuk menggalakkan dia mencuba lagi. Beri tepukan dan senyuman apabila dia melakukan ini; dia memerlukan sokongan anda sebab perbuatan-perbuatan barunya ini agak menakutkan baginya.
Memanjangkan tangan dan memasukkan objek ke dalam mulut
Bayi anda sekarang sudah boleh memanjangkan tangannya dan merampas sesuatu objek, walaupun lazimnya pertama kali dia mencuba dia terlepas sasarnya. Apabila dia dapat memegang sesuatu, dia akan mengkajinya untuk seketika dan kemudian cuba memasukkannya ke dalam mulut. Anda juga akan memerhatikan air liur banyak meleleh sekarang. Setengah bayi sudah mula tumbuh gigi ada seawal usia empat bulan, tetapi gigi pertama bayi selalunya tidak keluar sebelum usia lima atau enam bulan.
Galakkan bayi anda mencuba dan bermain dengan pelbagai jenis objek. Umpamanya, lampin kain yang bersih boleh mengasyikkan bayi untuk beberapa minit. Perhatikan dia menghisap sesuatu objek, memegangnya, dan ketahuilah apa yang akan berlaku apabila dia merenyukkannya. Berikan dia kelentong ringan dan perhatikan betapa seronoknya dia mendengar kelentong itu berbunyi jika digoncang. Menyediakan tempat aktiviti bayi atau gim buaian adalah baik di peringkat ini, iaitu di ketika bayi anda mempelajari tentang sebab dan akibat - umpamanya, dia mendapati bahawa apabila dia mengerakkan tuil atau butang, dia mendengar loceng berbunyi.
Kini mampu bermain sendiri
Pada masa ini, bayi anda sudah pandai bermain dengan tangan dan kakinya untuk beberapa minit setiap kali. Sungguh ajaib! Pada satu ketika, anda tiba-tiba sedar bahawa tiada kedengaran apa-apa dari dalam bilik, jadi, anda jengok ke dalam dan melihat bayi anda yang sebelum ini memerlukan perhatian dan jagaan anda hampir setiap detik dia berjaga, sekarang boleh bermain dengan sendiri. Mungkin sekarang anda boleh kembali membaca surat akhbar seperti dulu kala.
Mula memahami peranan bahasa
Para penyelidik percaya bahawa menjelang usia empat bulan, bayi anda sudah boleh memahami semua bunyi-bunyi asas dalam bahasa ibundanya. Antara usia empat dan enam bulan, dia menguasai kemahiran membuat bunyi vokal, seperti "ma-ma" atau "da-da." Walau bagaimanapun, dia tidak mengaitkan bunyi itu dengan ibu atau bapanya. Sekarang, dia juga boleh menyertai mainan tiru-meniru bunyi – anda sebut "boo", dan dia akan cuba menyebutnya juga. Anda boleh mengembangkan kebolehan komunikasinya dengan meniru ekspresi muka dan bunyi yang disebutnya – dalam kata lain, men"cermin"kan perlakuan dia. Oleh sebab anda memberi reaksi terhadap sesuatu bunyi yang disebut olehnya dan bereaksi apabila dia cuba menyatakan sesuatu, bayi anda mula mempelajari tentang kepentingan bahasa dan mula memahami konsep sebab dan akibat. Dia mula sedar bahawa apa yang diperkatakan olehnya akan membawa kesan tertentu.
Memahami rampaisari warna yang pelbagai
Bayi boleh mengecam warna dari dia mula lahir, tetapi mempunyai kesukaran menbezakan nada terang-gelap dan corak warna seperti oren dan merah. Sebab itu, mereka lebih gemar hitam dan putih atau warna yang berkontras tinggi. Antara usia dua dan empat bulan, perbezaan warna menjadi lebih jelas, dan bayi anda mula dapat membezakan nada dan corak yang berlainan bagi sesuatu warna. Bayi anda akan menunjukkan kegemaran bagi warna primer yang terang. Dia akan tertarik kepada mobil tergantung yang berwarna cerah (digantung supaya tak dapat dicapainya), poster-poster terang dan buku-buku keras yang berwarna menarik.
Lebih memilih orang
Menjelang empat bulan, bayi anda mungkin sudah boleh menunjukkan respon terhadap kehadiran anda, suara anda dan juga ekspresi muka anda dengan menendang-nendang dan melambai-lambai tangannya.
Sekitar masa ini juga, bayi anda, yang setakat ini cenderung memberi senyuman kepada semua orang yang dijumpainya, mula memilih orang-orang yang dia mahu berdekat dengannya. Jika dia berada dalam kumpulan ramai atau dengan orang yang tidak dikenalinya, dia mungkin memerlukan sedikit masa untuk menjadi selesa. Sediakan sedikit masa untuk bayi membuat transisi apabila berjumpa dengan orang yang tak dikenalinya atau apabila bayi ditinggalkan dengan penjaga. Anda akan juga mendapati bahawa apabila dia berada dalam dukungan anda, dia lebih berminat untuk berinteraksi dengan orang lain – terutama sekali kanak-kanak yang lebih tua yang bising dan riang riuh.
Sumber : BabyCenter
Pilhan Ramadhan hari ke #1 : #2 : #3 : #4 : #5 : #6 : #7 : #8 :#9 : #10 : #11
Arghh .. nyesal masuk blog ni .. huhu .. Kenapa ? Biasanya aku buat korang yang terliur. .. kali ni , aku lak terliur ..
Ini namanya Kerabu Kerang .. Apa saja yang ada kerang , aku mmg gila nak telan ! Huhuh.. Sambal kerang ngan nasi lemak .. Ahhhh .. Lazatt berkrimmmm …
Apa lagi ada eh ?
Ada udang sambal tempoyak , hati dan pedal masak kicap kerisik dan juga sayur kacang buncis.. Perghhhhhhhhhhhh .. Nangis tengok.. hahaha…
Kalau nak resepi atau ubah selera petang ni , boleh la jengok ke blog akak kita ni haaaaaa .. hehe .. Blog Denuanza.
Terliur ? Hehehe ..
“ Qhaliff. g amik tisu kat daddy sat .. “