Haaa .. Dulu aku tak kisah sangat la .. Tapi sejak kehadiran Qhaliff , segalanya berubah ! Dari tak tau apa apa , aku kena amik tau ! Dari malas amik tau ke terpaksa rajin amik tau ! Segalanya kerana inginkan yang terbaik buat Qhaliff dan juga adiknya nanti ! Eceh ..
Dulu , aku ingat susu ibu ni sama je cam susu susu yang ada dijual sana. Yelah , mcm mcm brand ada kan .. Tetapi setelah mengetahui kelebihan susu ibu , aku up dalam blog aku untuk perkongsian bersama ! Bacalah ..
Dan ada banyak lagi berkenaan susu ibu ni haa .. Tapi apa masalahnya ??
Hurm .. bila g ke mana mana mall atau tempat awam , memang wujud masalah nak menyusukan Qhaliff ni ! Kalau stok berlambak , boleh la jugak bawak dalam botol . Tapi ni , susu ibarat kais pagi makan pagi ! Tak dinafikan ramai ibu begitu jugak . Macam macam dah dibeli dan makan . Petua pon ikut dah !
Jadi , nak tak nak kena la menyusu di tempat tempat yang disediakan tetapi amatlah sukar nak cari atau terpaksa sorok sorok menyusu di celah celah tempat terpencil atau terus balik ke rumah . Hurm ..Ini kes terpaksa bila Qhaliff mula menangis terutama bila dah lama berjalan. Frust bila ni berlaku. Yelah , bayangkan nak ke situ saja dah makan masa. Bila dah sampai , kena balik .. huhu…
Ada yang lagi tak berhati perut bagi cadangan , jangan bawak anak ke mall atau tempat awam ! Tinggalkan je kat rumah dengan maid atau bagi je pada saudara terapat utk jaga mereka. Dah tu nak bagi susu apa ? Susu formula ? Senang cakap la sbb tak tau kelebihan susu ibu ni haa .. Kalau tau kenikmatan dan keistimewaan susu ibu ni , confirm laaa takkan cari susu formula ( melainkan benar benar terpaksa ).
Haa .. ok ok .. Panjang pulak ulasan aku ni .. Harap-harap mereka yang tak de anak lagi ni , berfikir panjang sebelum nak tinggalkan komen atau cadangan .. Yang ada anak , sila sila la panjangkan yer..
Disini ada satu petition untuk ibu bapa atau bakal bergelar ayah dan ibu , menurunkan tandatangan sebagai tanda sokongan agar lebih banyak bilik khas untuk bayi anda..Boleh menyusu dan menukar lampin dengan lebih selesa .. kan ?
Jika anda prihatin , marilah sama sama kita berkongsi di FB , BLOG , TWITTER atau mana mana laman sosial yang korang tau .. Klik SINI untuk menurunkan tandangan sokongan ..