Bila nak baca entri ni , sila berfikiran positif. Aku sekadar nak berkongsi pengalaman aku yang mana aku tak pernah amik berat langsung mengenainya .. Ok ?
Memang rasa frust sebenarnya bila beli rumah dan tengok ruangan dapur ala ala mcm .. hurmm .. kecik jer.. Kat mana nak letak almari la.. nak letak dapur masak.. peti ais .. dan macam macam lagi la nak letak ..
Ni dapur asal … Kecik kan ? Haaa … Nasib baik ada la duit skit untuk diubahsuai atas nasihat wife aku . Kalau ikut aku , duduk je laa.. Malas nak renovate renovate ni haa .. Leceh !!
Baki ruang tanah yang ada dan ini mencukupi untuk bahagian dapur ditambah lagi .. hehe ..
Bahagian asal dapur ..
Sediakan duit. Cari kontraktor yang dirasakan berbaloi untuk kerja kerja ‘menghias’ ni …
Bayar dan kerja pun dimulakan .. huhu .. Duit wehh ..duitt.. Kalau nak berkira duit , jawabnya duk dalam reban je laa .. Kalau takde duit , tk leh kata apa la kan.. Tak pe , nanti ada rezeki lebih .. boleh buat .. Untuk keselesaan keluarga gak ..
Bila tengok rumah semak gini … mmg aku garu kepala laaa .. hhaha …. Baik aku balik dari pantau pembikinan ubahsuai ni .. huhu ..
Tak lama kemudian .. siaaapppp .. Masa untuk pasang tiles lakk .. hehee ..
Bahagian belakang … Ok la kan ? Nak buat mewah mewah , tak mampu .. huhu..
Macam jiran aku ni .. Perghhh.. Anggaran dia buat renovation tu mmg membuatkan aku tertelan air liur je.. hahahaha .. Leh nikah 3 ok !!
Pemasangan tiles bermula.. Perghhh .. aku kalau pasang tiles , serupa macam .. ermm… hancusss…
Kalau ada duit , amik la tiles yang berkualiti seperti dari MML . Settle bab tiles , skang masa untuk kitchen kabinet ..
Bahagian bahagian lain pun dah mula siap termasuk bahagian bilik ..
Tu diaaa aihhh .. masa ni mmg duit banyak keluar laaa … Serius , nak ubahsuai mmg memerlukan duit yang banyak kecuali mereka ni pekerja kita .. huhu ..
Dan akhirnya , siap dah bahagian dalam rumah .. Tempoh masa ? Terlebih dari yang sepatutnya tapi ok laa.. janji siap dan puashati .. Puashatikah ? Alhamdulillah .. ok laa ..
G tengok gambar sebelum dan selepas .. Baru ada feel nak pindah masuk .. hehehe .. Patut la ramai beria nak ubahsuai rumah terutama rumah sendiri ..
Alhamdulillah .. Tak besar mana pun rumah tapi yang penting , keselesaan dan kebahagiaan yang diisi dalam rumah tu ..
Ada yang bertanya harga kitchen cabinet tu.. Kalau nak tau untuk lebih lanjut, sila email saya yer ..