Tadi g jumpa blogger .. pastu g ziarah umah adik beradik .. Puas makan daging .. Patut meriah raya sini .. hihi..
Published with Blogger-droid v2.0.9
Tadi g jumpa blogger .. pastu g ziarah umah adik beradik .. Puas makan daging .. Patut meriah raya sini .. hihi..
Kalau tanya aku , jika ultabook Toshiba kesayangan aku ni rosak , apakah akan aku lakukan ? Nak beli laptop baru kah ? Hehe..
Sejak aku gunakan ultrabook , laptop tiada lagi dalam kamus hidup aku. Kenapa ? Yang paling penting adalah keringanannyan .. Hehe.. Tamo berat berat dahh .. Soal harga , kena simpan duit untuk dapatkan dan aku rasa skang ni pon ada gak ultrabook yang mampu milik seperti Lenovo ..
Dan terbaru , Ultrabook hibrid VAIO Duo 11 ni menarik minat aku ! Aku dah tengok di youtube spesifikasi serta rekabentuknya dan paling menarik ialah skrinnya yang bertindak seperti tablet tanpa perlu diceraikan ! Hehehe .. Sebab tu dipanggil hibrid … Dua dalam satu ..
Dengan menggunakan os Window 8 yang terkini , Ultrabook hibrid VAIO Duo 11 ini berharga sekitar RM4K saja .. Dengan senipis 17.75 mm dan seberat 1.3 kilogram , pastinya amat senang nak dibawa ke mana mana termasuk guna dalam kereta tanpa terbeban dengan keberatannya.
Rasanya , aku dah jatuh cinta dengan senipis 17.75 mm dan seberat 1.3 kilogram ni… Murah tuuu .. Dan mmg aku idam menda gini .. huhu .. Terbaik dari Sony !
Boleh gitu ? Apa punya turrrr daaa … Haaaihh … Bayi 5 bulan pon nak didera ! Tensen sangatkah jaga bayi ? Kalau tensen , toksah jaga .. Letak jawatan terus …
Sememangnya menjaga bayi ni perlu kekuatan mental . Nampak mudah terutama bila dia nak bermain ngan kita tetapi kita lak ada hal nak diuruskan . Bila nak main , bayi ni suka didukung .. Bila letak , nangis .. Time ni mmg boleh tekanan perasaan . Jadi sebaiknya , kena bersedia dari segi mental dan fizikal ..
Kejadian yang berlaku di Pulau Pinang ini disedari oleh ibu bayi berkenaan ketika membawa anak perempuannya menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) akibat mengalami demam panas.
Sebaik sahaja diperiksa, doktor memaklumkan paru-paru anaknya telah dijangkiti kuman manakala pemeriksaan menerusi mesin pengimbas mendapati ada darah beku di ubun-ubunnya.
Menurutnya, dia mula curiga dengan cara penjagaan pengasuh berkenaan sebaik sahaja menyedari terdapat kesan lebam dan luka kecil di belakang kepala anaknya pada 27 Ogos lalu.
Ibu bayi malang itu ada bertanya pada pengasuh tersebut dan dia bagi jawapan kemungkinan digigit hantu ataupun terkena gelang yang dipakainya.
Hurm.. nasihat buat para ibu bapa .. Setiap kali amik anak , sila check anak anda .. Bukan tak percaya , tapi waspada ..
Seronok aihhh bila si isteri tolong carikkan sorang lagi isteri untuk kasi lengkapkan kuota .. Hahahha .. Ke takut suami cari sendiri ni ? Sebelum dia cari sendiri , baik offer dulu eh ? Hehehe..
Tak kisah la apa pon mereka punya alasan tapi yang pastinya takde pun payung emas untuk mereka ! Er , mana tau ? Main petik je ke aku ni ?
Rujukan pertama .. Sila klik petikan dari kuliah Ustad Azhar Idrus (SINI) dan keduanya , dari blog USTAZNAIM .. Boleh klik dan baca sendiri la keterangan yang ada di blog ustaznaim tu yer .. hehe ..
Apa pun , tahniah la buat mereka kerana cuba bahagiakan suami mereka ..Kalau aku ? Aku ? Aku ??? Aku ?????? Aku diberi peluang gitu ?? Aku … tiba tiba keyboard rosak.. Biarlah hati aku jer yang tahu .. Hahahaha ..
Sumber gambar : Hmetro
Segala tugas tugasan , aku serah kat wife .. hehee .. Kasi peluang kat Qhaliff bermanja manjaan dengan mummy pokonya .. Haaa , nanti anak manja terlebih ngan daddy , mummy poko jeles .. kan kan ?
Namun begitu , mana laa sampai hati seorang ayah nak biarkan anaknya begitu kan ? Haaa.. Walaupun hari cuti , tanggungjawab sebagai seorang ayah tetap dijalankan. Begitu juga tanggungjawab kita sebagai seorang hamba ALLAH .. Kena buat gak walaupun hari cuti ! Nak rehat , kat kubur nanti .. hehe ..Tu pun kalau dapat rehat .. hehe ..
Tetap jugaklah bertugas di awal pagi namun ada jugak wife kasi can macam pagi tadi .. hehe .. Serius , aku sangat sangat letih dan sangat mengantuk ! Barulah dapat tidur dengan secukupnya pagi tadi … Terasa nikmatnya serta segarnya !
Terus terang la yer .. Aku tak leh berpisah ngan Qhaliff dah walaupun untuk sejam .. hehe .. Terus rindu giler !!! hahaha .. Rindu giler nak dia cakar muka aku pastu senyum .. hahaa..
Tak cuti pun tak pe la dik oiii .. Daddy relaa kooo ..