Terlalu banyak video video menarik di Youtube. Camana nak mendapatkannya untuk dijadikan koleksi tanpa perlu menontonnya secara online yang pastinya akan ‘makan’ bandwitch kita ? Hurmm ..
Ada banyak cara dan aku ada kongsikan di blog utk rakan rakan pembaca yang ingin mendownloadnya untuk anak anak kecilnya terutama video pembelajaran ABC dan sebagainya..
Dan pagi ni , aku tersenyum gembira. Bangga tu tak la tapi gembira dapat membantu mereka yang tak mahir dalam penggunaan internet ni , mendapat apa yang mereka inginkan ..
“ Terima kasih saudara kerana saya telah berjaya download you tube yg anak saya minta..first time saya berjaya downlaod berpandukan step2 yg saudara bagi..jazakaAllah. “.
Sekurangnya , aku berjaya gunakan blog ni ke arah kebaikan seperti mana yang aku harapkan. Nampak je macam mengarut kan ? Tapi sebenarnya , majoriti blogger dah baca apa kehendak penggguna internet ni .. kan kan ? Bukan senang mau jadi blogger wooo ..