Ginilah rupanya selepas berjaya mencalarkan Note 8.0 aku tuuuu .. Adehhh .. Tak cukup dengan calar , siap pijak lagi ! 12kg koooo .. dua dua kaki naik dan berada atas Samsung Note 8.0 aku tuuu.. Kental la pulak Samsung ni.. huhu ..
Kan semalam aku ke Low Yatt.. Selain beli screen protector untuk Nokia Lumia 925 aku tu , aku tukar sekali yang Note 8.0 ni .. Yelah , dah macam kena cakar dek Wolverine dah rupa skrin aku tu ..
Dan hari ni … Dah Qhaliff bantai buat garisan atas tu dgn gunakan kabel charger tu haaa ! Adehhhh .. Kecik besar kecik besarrr aku tengok dia .. Dia tengok aku ? Terus ketuk aku dengan Note tu seolah nak sampaikan mesej ..
" Note ni lebih disayangi ke , wahai daddy ku ?? " ..
Nak je aku balas ..
" Dengan Note tu la daddy boleh beli lampin dan susu ko tiap minggu ! "..
Adeh.. anak oh anak ..