Hurmm .. kedekut ? Bukan .. Takde duit ? Hurmm .. pon bukan ! Tapi apa ? Hurmm .. Lebih pada was was ! Kang aku bagi , bukan dia yang guna . Mesti sindiket .. Kesian tu , mmg la kesian .. Dah tu camana ? Kang kasi , galakkan diorang lak .. haih.. Serba salah .. Akhirnya terpaksa kata ‘takpe la ’ utk dia . Nak sumbang tapi was was ..
Selepas mendengar kata kata bijak pandai yang ada benarnya di situ , sejak itu aku mula terfikir dan nak berubah. Ditambah lagi dengan sebuah cerekarama yang baru baru ni aku tengok , Kaabah Depan rumah .. menguatkan lagi semangat aku untuk melembutkan hati aku ni .. Benar , bersedekah itu mudah tapi sukar !
Rezeki aku murah bulan ni . Bila tengok duit yang melebihi dari biasa .. membuatkan aku tetiba kedekut ! Sayang pulak nak belanjakan .. Huhuh ..
Tapi kejadian hari ini , merubah segalanya ! Dan Alhamdulillah , aku tidak terpedaya dengan pujukan syaitan agar ‘ jangan bagi’ .. Aku melakukannya kerana Allah.
Bila ada kawan kata mungkin sindiket atau mungkin mereka menipu , aku teringat kata kata bijak pandai .. Biarlah mereka nak tipu. Itu urusan mereka dengan Allah. Urusan kita ialah , bantu mereka yang memerlukan bantuan .. InshaAllah ..
Benar .. bila kita bersedekah , kita berkongsi rezeki yang mana ianya milik Allah . Bukankah itu satu sikap yang terpuji ? Sama sama kita berubah ke arah yang lebih positif ! InshaAllah …