" Jap sayang .. daddy nak potong kuku tu .. " ..
Dia diam je .. Kalau dulu , meronta ronta minta dilepaskan ! Huhu ..
Published with Blogger-droid v2.0.10
" Jap sayang .. daddy nak potong kuku tu .. " ..
Dia diam je .. Kalau dulu , meronta ronta minta dilepaskan ! Huhu ..
-iklan-
Sebabnya skirt ini selesa dan skirt yang selesa ini pula dijual dengan harga yang sangat berpatutan..!
Satu ketika dulu cukup susah mencari skirt yang cantik untuk wanita plus size. Pilihan mudah yang ada ialah mencari di bahagian pakaian ibu mengandung kan..? Hiihii..
Ketepikan perasaan segan sebab wanita ber saiz plus plus plus pun nak bergaya juga, kan ? English Painted Skirt adalah antara koleksi skirt yang sangat selesa untuk wanita plus size.
Daripada pinggang hingga buku lali. Material jenis high quality lycra , kainnya jenis sejuk dan ringan , dan ia tak jarang. Paling penting , getah di pinggang tak bergulung... diakui oleh ramai pelanggan yang pernah membeli sebelum ini.. memberi rasa selesa dan secara tak langsung buat kaki melangkah dengan lebih yakin ketika bergaya.. ^_^
Dimana nak beli skirt kembang yang cantik dan selesa? Sila klik Instagram bachplussize dan tengok tu… Jualan mencanak-canak tanda skirt ini mendapat permintaan yang hangat dari pembeli.
Boleh juga whatsApp atau sms ke nombor yang diberikan – 0123203035 . Tapi sebelum tu , sila pergi je kat Facebook Page - Bach Plus Size utk melihat lebih banyak lagi contoh contoh yang sesuai untuk anda .
Cepat...! Stok sangat terhad...
^_^
Terima kasih ya kerana sudi membaca...
Jangan baca gitu je... Jom cuci mata... kalau tak beli pun tak apa.. Share pasal skirt yang best nih pun boleh je..
hikhik..
Janji manis adalah mainan kata kata jurujual ! Maaf cakap la yer. Andai anda seorang jurujual , anda tahu siapa anda . Apakah anda seorang yang pandai berjanji tapi bila dah dapat habuan , maka perkhidmatan anda serupa melepaskan batok di tangga ? Jika bukan begitu , tahniah ! Anda layak mendpt ganjarannya ..
Tapi jika bukan , sila sila la ubah perangai tu !! Ingatlah .. duit yang dapat tu tak berkat sbb menipu orang .. Janji lain , tapi hasilnya tidak seperti yang dijanjikan . Patutkah ?
Aku bukan apa.. Nak kata serik , apakah pilihan yang aku ada ? Buat sendiri ? Bukan kepakaran aku. Nak tak nak , kena panggil yang lebih arif. Tapi masalahnya , zaman ni yang berlagak lebih arif ni ramai ! Bila cakap , pandai … bila buat , hampeh !
Kena bijak pilih ? Itu dah semestinya cuma zaman ni , semua nampak meyakinkan. Camana tu ? Malah perompak zaman ni pon dah macam berpakaian CEO BANK atau menteri haaa .. Kemas , rapi , kacak tetapi penyamun ! Camana tu ?
Satu je pesan aku. Apa saja yang mereka janjikan , sila buat hitam putih. Sebarang perlanggaran syarat kontrak , saman atau bawa jer ke muka pengadilan ! Jangan kasi muka ..
Semalam , mak dia buat bihun goreng.. Dia makan skit jer .. Puas la memaksa .. Tamo gakk .. Aku kasi biskut , makan pulak dia .. Kasi roti , makan gak .. Wahhh .. memilih ?
Pagi ni , mak dia belikan laksam tanpa cili .. heee.. Aku suap .. Nganga ajaaa dia ! Tu diaaa .. Ni mmg confirm anak Kelantan ni ! Hahaha.. tapi lahir kat Putrajaya la ..
Dah puas makan .. Main .. Lompat lompat sebelum aku paksa suh dia tidur sbb nampak sangat dia mengantuk lagi.. Sebelum tu , mandi dulu..
Semakin nampak dia bertambah ‘tau’ .. Mandi pon dia tau dah nak berdiri kat mana .. Tau dah dia nak kena gosok gigi malah dia sendiri yang mintak ! Dan tau dah cakap lapar .. siap mintak susu lagi ..
Besar dah anak aku ni … Aku semakin tua .. Huhu..
Zasss . dia terus pegang kaki aku .. Tak kasi aku bergerak tanpa dia ! Terus meloncat loncat untuk mintak aku dukung ! Selagi aku tak dukung , dia takkan lepas kan aku !
Bawak naik kereta .. Duduk depan gitu.. Macam orang tua dahhhh lagaknya ! Pakai seat beat.. duduk diam diam .. Pandu perlahan je .. Tak sampai 100 m pon destinasi.
Aku kena bawak dia ke kedai sbb wife sakit pinggang. Aku mmg nak ke kedai untuk beli air mineral dan roti . Kalau tinggal Qhaliff kat rumah , confirm dia nak panjat mak dia tuuu.. Bahayaa ! Mak dia kan mengandung dah nak masuk 5 bulan ! Huhuh.. Tak lama dah tuuu ..
Kat kedai .. Aku tau apa dia nak. Dia pon tau , aku tau ! Hahahha .. ROti dan air feveret dia.. Confirm dia duduk diam ! Lepas beli roti dan air , aku ke restoran mamak .. Beli maggie goreng ayam . Pastu ke kedai tom yam untuk beli bihun sup !
Tahukah anda ? Aku bergerak dengan dukung Qhaliff yang dah nak cecah 14kg tu.. Dia melekap kat dada aku macam spiderman ! Kenapa tak lepaskan dia ? Dia dah boleh berlari cam lipas kudung ! Aku rasa tak lama lagi , mmg aku tak leh kejar dia dah ! Aku dah kena kembali ke gym ..
Dari kedai mamak ke kedai tom yam tu , lebih kurang 50meter .. Kena lintas jalan yang agak sesak gitu .. Huhuhuh… Sampai kat kedai, aku order makanan.. Dan tunggu ..
Siap makanan aku ! Aku gi amik.. Aku bagi la RM20 .. Harganya cuma RM4.. Akak tu tanya aku.. Ada kecik tak ? Aku kata takde.. Aku cuba la cari kot kot ada ke.. Akak tu boleh tunggu haaa ?? Aku yang sedang dukung Qhaliff teraba sana sini cari duit ! Huhuh..
Bagi je RM20 dan amik baki.. Qhaliff , dari tadi dok makan roti.. Tiba-tiba roti dia hilang !! Ahhhhh .. sudahhhh .. mana pulak dia gi letak roti tuuu ! Dalam kereta lak tuuuu .. ARghhhhhhhhhhhhhhhhhh …
Ok .. penat nak citer wehhh ! Tensen ? Tak .. tapi geram ! Geram sbb .. hurm.. Tah laa.. Aku nak cakap lelebih , kata aku .. hurmm.. Tak tau la.. Tapi aku bukan geram kat Qhaliff atau wife .. kat orang lain !
Ujian Allah pada aku .. Kecik je tapi terasa berat dah .. hurmmm… Orang lain punya ujian lagi teruk dari aku , pon mereka masih boleh senyum. Tabah sungguh mereka ..
Apa la nak jadi dengan manusia skang ni .. Kot nak mengoda orang pon , guna la gambar sendiri ! Tak kira la muka cam kuda ke , cam beruang ke , cam lipan ke .. Jadilah diri sendiri ! Confirm awek akan nak punya laaa ..
Tapi yang ni , mamat ni dok bawak watak gay ! Dok goda lelaki pastu ajak jumpa ! Ya Allah .. Bagusnya perangai haaiii .. Aku nak report polis , polis banyak keje lain nak kena urus tapi yang ni pon bahaya woo ! Silap silap boleh jadi kes rogol , terpampang muka aku dalam Buletin Utama nanti ! Astagfirullah .. Mintak dijauhkan !
Buat rakan rakan .. Tolong yer.. Kalau jumpa malaun malaun yang guna gambar aku ( selain fb aku yang korang dah sedia maklum ) , tolong jangan layan .. Sila blocked …
Kalau makin teruk , mmg aku terpaksa buat report polis gak ..
Tak yah guna buaian dah ! Dia akan tidur sendiri mulai sekarang . Kalau paksa dia , mmg tak layan .. Kena biar dia mengantuk dan terlelap sendiri.
Dan tadi .. dia terlelap atas pangkuan aku.. Pastu baru letak dia atas tilam mudah alih .. Heheh.. Toto laa ..
Cuma , bila tidur gini , dia tak tidur lama seperti mana tidur dalam buaian .. Huhhu.. Sian gak .. Nak menyusukan dia , aku tak leh.. huhu .. Ada gak nak kena fire eh ? Hahaha …