“ Abang.. tengok Qhaliff tu.. panggil pon wat tak tau jer .. .. “ . Wife mengadu kat aku ..
Dah makan tapi liat dia nak basuh mulut. Sambung main kat depan tv ..
Aku panggil dia ..
“ Muhammad Qhaliff Iman.. sini sayang .. “. Manja je daddy kan ? Cuba panggil gitu kat perempuan lain .. Aku rasa aku kena sula kat situ gak .. Hahahahha ..
Dia pandang aku .. sambung main .. Hurmmm .. Amboiiii !
“ Daddy kira sampai 3 ! Cepaatt .. “. Aku mulakan kiraan .. Dan dia bangun tersengih dan berjalan ke arah aku pastu patah balik.. Main acah acah lak diaaa .. Amboii ..
Aku kira sekali lagi sambil depakan tangan seolah olah nak peluk dia .. Dia berjalan dengan laju dan terus kedakapan aku. Cium pipi dia dan bagitau dia ..
“ Pandai diaa .. “. Puji aku.
Dia tepuk tangan tanda setuju.. Huk alohhh ..
Bawak naik atas dan mandikan untuk kali ke dua . Aku tahu , selepas dia mandi ni , diberi susu dan confirm akan lena dengan sendirinya ..
Terbukti berkesan ! Hahahaha .. Memang aku ajar dia dari baby lagi.. Mandi dulu sebelum tidur. Baru sedap dan segar nak tidur ..
Dan wife jeles sbb Qhaliff lebih dengar cakap aku dari dia .. hehehe ..