Gambar atas .. Hari ke 2 atau 3 ..Berat , 3.75kg .. Panjang 52 cm
Bawah ni , hari ke 20.. , 4.54.5kg.. Panjang , aku tak ukur lagi. Tunggu sebulan usia baru check balik segalanya..
Hurm...
Alhamdulillah.. Ayah aku dah semakin pulih dari pembedahan dia ari tu. Semalam , dah buang alat .. er apa nama eh ? Aku dengar nurse sebut … Trakea ? Haaa.. Yang letak kat leher dia tu.. Air liur atau kahak akan keluar kat situ.. Hee.. Jangan geli ..
Gambar contoh amik kat internet .. kot la ada yang tak paham ..
Ayah aku cakap mungkin minggu depan keluar .. Pastu kena ada rawatan lanjutan .. Hurm.. Nak try rawatan alternatif lak pasni .. hurmm..
Dan bila dengar segalanya dah ok .. Aku bolehlah kembali ke Kelantan esok dengan tenangnya hati.. Huhuh.. Plannya nak bertolak lepas subuh dan menghala ke Universiti Malaysia Pahang. Nak gi jemput adik ipar kat sana pastu jenjalan kat Terengganu sebelum terus ke Kelantan.. InshaAllah..
Doakan perjalanan kami yer .. selamat pergi dan selamat pulang ..
Serius , aku takde selera nak makan bila family aku jauh dari mata ! Huk , hukkkkk ..
Pagi pagi .. kekadang jer .. Kekadang tak makan .. Kalau ada selera , ke kedai mamak ..
Atau ..
Atau roti dengan susu kambing nutri goat ..
Kalau ada selera , gi makan nasi pataya dengan sup cendawan ..
Nak sedap sikit .. Mee goreng kambing .. Heeee ..
Kalau ada kawan kawan .. Joooommmm mee udang !!
Sedap kooo bila layan mee udang ..
Tapi.. nampak je berselera .. walhal , tak rasa apa pon bila makan semua ni .. Rindu sangat kat diorang .. huhuh..
Esok balik Kelantan !!!
Ke Low Yat Plaza ari ni .. Tujuan nak cari lens filter , screen proctector untuk Sony Alpha 5000 aku. Ok , korang kena carik betul betul kat sini.. Korang akan jumpa macam macam harga .. Haaa.. Nak selamat , cari kedai kedai yang terperosok skit. Yang kat tepi tepi , luar luar tu.. mmg giler tekan punya ! Ok tu , cerita lain ..
Cerita aku untuk kali ni , pasal Kafe Peranakan Place ni. Rasanya masa aku datang dulu , tak nampak lagi kedai ni.. Asik asik pi makan kat Nasi Ayam Noor yang harganya , oh noooo ! Harap pakai sendat jer laa .. heee .. Nak cuci mata tambah dosa , boleh laa ..
Ok , memandangkan aku dah bawak kamera aku ni .. maka nak cari kedai untuk buat review sekali laa .. Aku pilih kedai peranakan ni sebab teringat Mat Gebu yang berdarah peranakan ni.. Aku berdarah Pan Asian .. Tak sama yer kitorang !
Di sini , ada masakan yang bukan ala barat la.. Ada mee dan nasi . Macam macam jenis ada .. Kalau datang awal pagi , pastinya nak makan berat tu ,tak kena dek tekak laa..
Jadi aku pilih …
Hurmm.. Apa namanya eh ? Lupa lak aku .. Kantonese yee mee kot ? Rasanya laa.. memang feveret aku ni .. Sedap tak yang ni ? Hurmm.. Aku bagi 2.5 bintang dari 5 bintang ..
Ahaaa.. aku amik cendol durian untuk pemanis mulut.. Sedap tak ? Hurmm… Ok gak laa.. Mungkin aku tengah mood gadget , jadi rasa nak makan sangat tu , kurang skit. Lebih pada nak isi perut je la .. heee ..
Harga ? Tak mahal sangat laa.. Kira harga harga setaraf cafe cafe gitu la.. Kiranya cam cendol ni , tepi jalan murah lagi la.. heeee.. Terus terang ni ! Haaa…
Di Bandar Tasik Permaisuri. Kebetulan berhenti depan traffic light. Ada sebuah kereta Proton Perdana yang lama tu.. betul betul bergerak di sebelah kiri kereta aku.
Tiba-tiba aku terdengar satu bunyi kuat.
“ Hurmm… ada lubang la tuuu .. Malang la kereta tu “. Bisik hati aku..
Dan kereta tu berhenti betul betul sebelah aku. Aku pelik sebab dia boleh majukan lagi kereta dia ke hadapan tapi dibiarkan kosong gitu..
Aku pandang ke kereta tu tapi tak nampak apa apa .. Gelap dek kerana cermin kereta dia tu .. Tak tau la pemandu lelaki ke perempuan ke , muda ke tua ke .. Biar je laa..
Lampu hijau.. Aku gerakkan perlahan.. Risau gak la kot kot spy ke .. Dok follow aku kan ? Mana laa tau .. Zaman ni , lelaki kacak sering diculik.. Haaaa ..
Kereta tu , tak bergerak lagi !
“ Amboi.. tak tau mana nak pergi ke ?? “ . Getus hati aku.
Aku pandang cermin sisi aku .. Kelihatan seorang lelaki keluar dari kereta tu. Aku nampak tayar kereta tu terkeluar dari kedudukannya ..
Errr.. patah kot dia punya .. er , apa nama dia.. spring ? Huhuh…Kesiann …
Bila coklat tu ada DNA babi , ramai muntah darah dan mencaci maki pengeluar coklat tu termasuklah si perokok. Tapi si perokok ni merosakkan diri sendiri dan orang lain , tak pulak dia sedar ???
Eh , mereka sedar !! Tapi mereka tak tau camana nak berhenti dari merokok . Bayangkan alasan sama digunakan oleh pengemar coklat sedap tu ! Bolehkah kita menerimanya ?
Walhal dah bagi diberitahu dah !!
Ada sapa sapa amik tindakan ?
Hurm..
Heeeee .. Nak buat apa semua semua ni ?? Haaaa .. Ada banyak kegunaannya wooo ! Nak aku cerita ? Heeee.. Nanti aku cerita kat korang eh kelebihan setiap produk !
Terima kasih Cosmoderm !
Tak sempat nak explore SONY ALPHA 5000 aku tu… Bila dah berpeluang ( sementara big boss cuti di Kelantan ) , maka aku gunakan sebaik baiknya semalam ..
Best sebenarnya guna SONY ALPHA 5000 ni .. mudah nak usung ke sana sini dan cepat dia fokus untuk amik gambar .. Kalau korang pandai main manual , gambar confirm berganda cantik dari guna auto . Aku malas nak guna manual .. err , ok ok.. tak berapa reti sangat .. Malas nak belajar .. Heee ..
Guna monopod ? Heee… Tak minat ! Kamera sekarang ni macam macam dah ada kelebihannya , tapi ramai je tak reti nak guna atau malas nak studi pasalnya .. Walhal kalau bukak manual atau google tips dan tricks , confirm ternganga punya.
" Sayang benar kat adik dia,semlm tgh teresak nangis..bila tgk adik dlm keadaan teresak tu p usap kepala adik dia ambil sebut ‘baby’ .. Lucu plak "
Alhamdulillah .. Kenal dah dia dgn adik dia .. Dah leh terima .. Tau dia akan jadi abang yang baik ..
Semalam , aku dan dua rakan blogger .. Lan Careno dan Fatin Fuentebella ke The Curve.. Saja nak melepak berborak kat sana memandangkan masing masing ‘takde apa nak buat’ ! Hahahaha .. Saja je bergathering.
Di sana , pilihan tempat untuk bersantai adalah di New Zealand Natural. Kenapa situ jadi pilihan ?? Hee..Cuba tengok gambar gambar ni ..
Nampak santai je kan ? Reka bentuk hiasan yang kelihatan seperti di rumah sendiri dan juga kemas serta bersih , menyebabkan pengunjung rasa ‘cool ‘ jer leak sini ..
Yang keduanya .. pastinya pilihan juadah untuk melepak kat sini , tidaklah terlalu membebankan perut .. Hee.. Yelah , sini tak dijual makanan berat seperti nasi atau sebagainya..
Jadi apa yang ada kat sini ?
Wowwww.. Aiskrim ??? Best tuuuu ! Tapi takkan ais krim je kot ? Ais krim semestinya best .. Yang lain ??
Kat sini ada jual makanan yang santai dimakan.. Cam waffles , croissant , doughnut , puff , swiss choclate roll , almond bar , cookie dan macam macam lagi .. Harga ? Berpatutan .. Rasa ? Tentulah menyelerakan ..
Dan aku dimaklumkan pada bulan Jun nanti akan ada Double Affogato & Affogato Milkshake . Pilihan kedua dua ni nanti ialah :
Double Affogato
- Espresso
- Affogato ice cream
- Whipped cream
- Chocolate powder
- Dark chocolate waffle stick
Affogato Milkshake
- Affogato ice cream
- Milk
- Chocolate powder.
Hurm.. Kalau ada kawan yang dok diet dan tamo makan manis manis , dia tetap ada pilihan ! Cam aku la.. Aku rasa je semua pastu akhirnya amik jus buah buahan yang bagus untuk pencernaan .. heee…
Pilihan kitorang ari tu .. semuanya menarik dan sedap sedap belaka !
Antaranya …
Menyelerakan tak ? Seriusss .. hehe… Tak berenti makan kitorang !
Selain datang lepak bersantai berborak di sini , kat sini ada sesuatu yang baru aku untuk aku. Tapi kat luar negara , rasanya dah buat lama dah ..
“ Recycle Your Read “ !
Camana konsepnya ? Gini.. kalau korang ada buku yang menarik perhatian korang kat sini , sila bawak buku korang yang rasanya sesuai untuk bacaan orang lain , dan tukarkan di sini .. Haaa.. Kiranya kita bagi buku kita , dan amik buku kat sini .. Gitu laa..
Amacam ? Santai je kan ? Sesekali bawak keluarga lepak kat New Zealan Natural ni , mmg best ! Anak anak kecil kita pon , pastinya selesa apatah lagi layanan staff kat sini .. mesra gitu.. heee ..
Oh , lupa lak.. Aku ada beberapa voucher menarik untuk korang yang tinggalkan komen pada entri ni .. Jika komen tu yang menarik perhatian aku , aku kasi dia …
Untuk sebarang pertanyaan , atau nak follow New Zealand Natural di laman sosial ni , sila pilih je mana yang nak.. heee .
FB : https://www.facebook.com/NewZealandNatural.MY
Twitter : https://twitter.com/nznmy
Instagram http://instagram.com/nzn_my
Gambar ni wife bagi.. Katanya Qhaliff berebut nak pakai stokin ni.. Yang stokin adik dia , dia kasi mak dia pakai ! Yang mak dia punya, dia pakai ..
Berjauhan dari daddy dia , dia jadi matang .. Huhuh.. Sayangnya , daddy tak dapat melihat perkembangan tu .. Hurmm..
Jaga ayah aku lagi malam ni .. Teringat semalam satu komen yang cukup tak matang .. Lebih kurang begini la ayatnya .. Baik aku jaga ayah aku dari jaga hal Perdana Menteri ! Haaa… gitu laaa.. Ringan jer jari jari nak melepaskan geram cepat cepat istighfar dan delete status tu.. Malas nak bertekak sbb banyak lari tajuk dan mula dah memaki hamun.. Bosan aih..
Di HKL , wad bapak aku ditahan ni .. bertukar pesakit lagi . Yang menarik perhatian aku ada dua pesakit ni .. Sorang lebih kurang cam aku usianya dan sorang lagi kanak kanak.. Rasanya dalam 3 atau 4 tahun..
Yang kanak kanak ni , asyik menangis jer. Ditemani ibu dan ayahnya .. Tangisannya , mmg sayu la kalau dengar. Nak je aku tanya kenapa dan mengapa . Tapi kang kata penyibuk lak.. Hurm..
Yang sorang lagi ni .. tidurnya mmg .. hurm.. Dengan dengkurnya. Pastu bunyi bunyinya.. Macam dok berperang dalam citer Lord Of The Ring jer.. Haaa.. Sian.. Mesti bermasalah tidurnya tu..
Aku ? Aku pon tertidur gak atas kerusi tu.. Dengkur aku ? Hanya nurse bertugas je tau camana.. Nasib baik bapak aku kerap terjaga.. heee..
Kurus ? Ada yang kata Qhaliff semakin kurus ? Tak cukup makan ?? Atau rindu kat daddy ?
Dia menyampaikan tanda dia rindu dengan ..
Gi kedai Tok Ma , angkut milo kotak .. bukan satu ! Tapi.. kira la sendiri ! Hahahaha … Adeh .. Sapa nak bayar ni ???