Terbaca di akhbar online …
“ Kerajaan akan mengkaji kewajaran untuk menutup laman sosial Facebook di negara ini sekiranya mendapat sokongan masyarakat. “.
Kenapa ? Antara punca datangnya persoalan ini ialah kes penghinaan dilakukan penggunaan Facebook terhadap isu-isu sensitif rakyat negara ini termasuk melibatkan kaum dan agama.
Hurmm… Apakah rakan rakan setuju ? Ada yang setuju , tapi ramai je menolak termasuklah aku ! Kalau tutup Facebook , apakah salah guna laman sosial ni akan terhenti ? Kalau sekat internet , apakah tidak akan berlaku masalah fitnah dan hina menghina ini ? Dan apakah kita kembali mendapatkan infomasi terkini di suratkhabar ? Wowww… Jadi internet untuk apa dah ?
Dan paling tragis ialah mereka yang dah bina empayar perniagaan di Facebook.. Kalau tutup , camana nak teruskan perniagaan ? Kembali ke cara lama ?
Er , aku pulak ? Blogger blogger yg sepenuh masa mencari makan melalui dunia maya ni .. apakah perlu kembali membuat resume dan cari kerja ? Atau gi cari tanah kosong dan bertani ? Atau , jadi ahli politik yang pandai sembang , tabur janji dan menjadi kaya raya jika kena gayanya ? Hurm..
Yang pastinya , jika Facebook ditutup .. media cetak kembali gembira ! Kenapa ? Orang dah kembali membeli suratkhabar ! Heeh ..
Kesimpulan .. Menutup Facebook bukanlah jalan terbaik untuk mengelakkan masalah masalah ini dari berlarutan. Sepatutnya perlu ada satu unit yang lebih expert , berteknologi tinggi untuk menangkis serta akta yang bersesuai untuk menghukum pesalah laku dunia maya ini ..
Kerajaan perlukan pakar pakar yang jauh lebih bijak dari yang ada sekarang ni .. Latih , bayar gaji yang sepatutnya dan mulakan langkah yang sepatutnya , lama dah buat ! Ramai penganggur luar sana.. Berkualiti dan berilmu ! Majoriti tahu pasal FB .. Gunakan mereka untuk menangkis masalah masalah salah laku di internet terutama FB ni ..