Gi Alamanda tadi.. Beli barang dapur , makan pagi.. Pastu , balik ! Dalam perjalanan nak ke parking kereta , aku tergerak hati nak ke kedai cermin mata yang aku buat sebelum raya baru baru ni ..
Tujuan ?
Aku nak tegur sikap salah seorang staff kat situ ! Kenapa ? Spek aku yang aku beli kat situ , Qhaliff dah kangkangkan tangkai dia ! Jadi , nak pakai pon tak sedap .. Aku mintak diorang perbaiki..
Jawapan ? Tak boleh perbaiki dah . Terus aku gi kedai lain dan beli spek baru ! Dan di kedai tu pulak , spek yang terkangkang ni , boleh diperbaiki dalam masa beberapa jam saja !
Haihhhhh .. Tak ke bengang ?? Pastu , takde pulak la si mamat tu bagitau spek aku tu ada jaminan kilang .. Bukan patah pon ! Diorang leh cuba amik dan repair .. Titanium tuuuu ! Bukan beli seringgit dua ..
Di kedai tu , aku cakap ngan staff perempuan kat situ. Aku bebel kaw kaw laa .. Mula mula dia nak bagi alasan tapi aku balas balik dengan pelbagai fakta antaranya , aku ada antar perbaiki sedikit sebelum tu di kedai tu .. boleh buat ! Tapi kenapa lelaki tu , segalanya tak boleh !! Nampak benar pemalas !! Aku cakap gitu kat perempuan tu.. Dan dia mintak maaf..
Aku bagi pesanan ringkas sebelum aku keluar ..
“ Suruh dia rajin sedikit bekerja. Jangan manis sebelum pelanggan beli.. After sale service , hancur ! Camana nak support bisnis camni ? “
Terus aku keluar.. Nasib baik aku dok dukung Qhaliff.. Kalau tak , aku order teh o ais dan sambung bebel !
Rugi RM1K sebab buat spek baru ! Hurmm..