Sebelum masuk Syawal ari tu, air cond rumah aku rosak.. Memang berpanas laaa aku sekeluarga ! Perancangan nak beli aircond baru. Air cond sedia ada ni dah masuk usia 2 tahun lebih. Sama usia dengan rumah aku..
Maka , semalam pegilah ke SenHeng cawangan Bandar Baru Nilai.. Di sana , wife bertanyakan mengenai air cond dan juga waranti air cond lama.. Saja je la tanya.. Kot la boleh repair ke apa..
Dan staff situ pon check. Bagus staff SenHeng situ.. Memang bagi kerjasama punya. Tanya la apa pon , diorang akan menjawabnya dengan sebaik mungkin..
Dan rupanya , air cond aku tu aku amik jaminan tambahan ! Jumlah jaminan ada 5 tahun ! Waaahhhh .. Abis tu camana ? Menurutnya , mereka akan hantar seorang juruteknik air cond untuk check air cond yang dikatakan rosak tu terlebih dahulu. Kemudian report akan dibuat.. Samada mereka akan perbaiki secara percuma atau… atau tukar baru terus !!! Perghhhh ! Terbaikkkk laaa.. Tak sangka lak sampai tahap gitu kan ?
Dulu aku pernah beli DVD player kat SenHeng Alamanda. Dah pakai setahun lebih , player tu rosak..Aku pon teringat ada warranty , terus bawak player tu gi sana. Memang tak cerita banyak .. tukar terus yang baru !
Kalau korang g SenHeng untuk beli barangan elektrik tanya betul betul. Jadi ahli dan amik jaminan tambahan ! Tak rugi punyaaaa !
Walaupun agak mahal sedikit berbanding di luar yang mana boleh buat tawaran harga tapi bagi aku , service after sale tu penting ! Aku kena banyak kali dah dengan peniaga luar.. Tu aku rela beli kat SenHeng jer.. senang citer ! Court Mammoth ? Tak berminat sama sekali !
Untuk pengetahuan.. aku tambah satu lagi air cond untuk dalam bilik tidur.. Amik 1hp. Service yang bagus membuatkan pelanggan tak ragu ragu untuk membeli barangan di situ walaupun harga agak sedikit mahal !