Hari ni workout di petang hari. Selepas tu , g panjat bukit.. Minggu ni ada satu lari larian.. SuperHeroes di Matic ! Nak join ? Jom laaa.. Masih boleh join ! Hehehehe.. Saja , bakar lemak di kala orang sedang membuta lagi.. kan kan ?
Ok… Pastu balik umah.. Cuaca masih terasa teriknya ! Masuk je rumah , aku disambut anak anak. Ceria diorang . Macam setahun aku gi berperang !
Dan kedua duanya , dah siap mandi.. Ahaaa.. Aku plak nak berendam la kalau gini ! Hehehehe… lama tak berendam wooo ! Aku nak rehat lak… dalam bilik air kali ni ! Dan pintu bilik air , diketuk.. dua dua nak join sama ! No waayyyy !
Fuhh..real tidur tuu ! Dah tu, sapa amik gambar ????
Ahaaa.. ni baru real ! Hahaahha…. Lega siut dalam berendam walaupun , tak muat !!
Apa nak buat.. bukan ada orang nak sposor bathtub.. kan kan ? Tadi gi tengok kat IOI Mall Putrajaya.. Harga dalam RM2K+ gituu.. tu baru yang biasa jer ! Yang gempak dan luar biasa…
Yang macam ni di bawah ni !
Wife pandang..
“ Nak pasang kat mana ? “
Eh , bilik kita la.. kita renovate bilik kita.. kita tidur je kat ruang tamu.. Janji ada menda ni ! Haaaaa.. “
Wife tolak troli pergi meninggalkan aku.. Malas layan kerja giler aku ! Pantang ada duit skit .. nak beli itu ini.. Baru skit je ada duit ! Huhhh…
Kalau ada yang nak sponsor , sila bagitau yer.. Hahahaha…