ZTE ?? Tak pernah dengar pon ?? Rilekss.. ZTE bukan baru dalam dunia teknologi ni.. Lama dah woo ! Sebelum ni aku pernah guna mobile broadband ZTE dan berpuashati laa.. Dan ada banyak lagi produk keluaran ZTE ni.. bukan syarikat baru yer..
Kemudian bila dapat tau ZTE akan mengeluarkan telefon pintarnya sendiri , aku antara mereka yang teruja nak mengunakannya. Bukan apa , pastinya produk ZTE akan lebih bajet berbanding produk yang lain tetapi punya kualiti yang tersendiri.
Ok.. ZTE BLADE v7 LITE di tangan aku sudah ! Camana ?? Ok ke tak ? Apa spesifikasinya ???
Dengan menggunakan skrin bersaiz 5 inci , sistem operasi Android Marshmallow 6.0 serta punya sistem sekuriti finger print yang mampu membuka kunci dalam masa 0.03 saat pastinya ZTE Blade v7 LITE ni mendapat perhatian korang..
Bukan apa , sekarang kalau diperhatikan kebanyakkan telefon pintar dah bersaiz besar hingga agak payah nak simpan dalam poket ! Denga saiz begini dan cuma setebal 7.9mm , memang selesa sangat berada dalam poket seluar terutama lelaki !
Kamera.. Ok , ada dua kamera. 13 megapixel di belakang dan 8 megapixel di depan serta punya flash yang mana bagi aku , dah memadai terutama buat mereka yang ingin menyimpan gambar sebagai kenangan.
Bukan apa , dengan harga RM699 korang tak leh la nak bandingkan dengan jenama telefon pintar yang jauh lebih mahal dari yang ni. Bagi aku , ZTE Blade V7 Lite ni boleh dijadikan telefon ke dua peribadi atau hadiahkan pada anak kita… ok la kan ?
Bateri ..2500 mAH dengan 2GB RAM , 16GB memori dalaman serta 1.0GHz quad-core processor. Kalau tanpa group whatsapp yang banyak , inshaAllah dapat tahan sehingga lebih 24 jam dan tak hang ! Secara jujurnya , Whatsapp ni suka betul kasi masalah walaupun beri banyak kesan positif ! Huhuh..
Dual Sim ! Ini penting yer.. Aku dah alaminya. Kalau satu operator down terutama ketika kilat sabung menyambung, satu lagi akan jadi backup. Maklumlah , network telekomunikasi di negara kita ni belum tip top sangat. Kalau A bagus , si B pastinya ada kelebihan ! Kalau ada dua dua dalam satu phone , memang best !
Warna.. ada silver jer !
Kesimpulanya.. Apakah ZTE Blade V7 Lite ni berbaloi untuk dimiliki ? Jika bajet korang dibawah RM700 , bagi aku ok sangat dah phone ni ! Atau macam aku kata tadi , hadiahkan je pada anak anak korang.. InshaAllah diorang akan suka !
Untuk keterangan lebih lanjut , sila ke web ZTE BLADE V7 LITE.