Secara jujurnya , kalau tak kerana Upin Ipin.. aku tak tau pun wujud lemang periuk kera ni . Ni semua salah Tok Dalang ! Mereka yang tonton episod tu mesti teringin nak rasa punya.. huhuh..
Dan ada yang tak kenal periuk kera ni.. hehehe..
Bahan-bahan nak buat lemang periuk kera ni ? Hehehhee.. Google jee laa ! Confirm jumpaa .. Dari blog KongsiResepi.Com.
“ Bekas periuk kera.(kalau nak makan banyak , sila sediakan banyak-banyak). Bersihkan dengan membuang penutup dan bibirnya. (daun disekeliling muka periuk kera).
300g beras pulut. Basuh dan toskan.
1 liter santan
Garam secukup rasa untuk dicampur di dalam santan.(santan rasa lemak-lemak masin)
Gula kalau suka rasa manis pada pulut.
Cara Membuatnya :
Masukkan pulut ke dalam periuk kera.Masukkan setengah sahaja untuk memberi peluang kepada beras mengembang. Masukkan santan sampai tutup beras. Susun dalam acuan@bekas untuk dikukus. Kukus sampai masak. SUDAH SIAP.... Sedap dimakan bersama kari ayam,rendang dan yang sewaktu dengannya. Ataupun makan begitu sahaja atau cicah dengan gula atau susu pekat manis. Memang sangat sedap...Cubalah ya.... “
Dan wife kirim kat jiran jer.. Katanya sekali dengan rendang daging , RM55. Katanya mahal.. bagi aku , ok dah la tu. Mana ada murah dah barang sekarang ni.. hehehe. Dia bayar .. Cer aku bayar ? Mesti la mahal ! Hahahaha..
Ok ok.. rasanya ? Zahra mengilainya ! Non stop makan dia.. Aku pun sama ! Huhuh.. Terpaksa senamam tengah malam.. kasi bakar kalori yang terhasil dari Lemang Periuk Kera ni. Oh ya , rasanya tak selemak rasa lemang buluh tu yer.. Tapi bagi aku , sedap dari lemang buluh tu haa.. hehehe.