Semalam , aku ada singgah makan sebentar di sebuah restoran.. kat E-Curve, Damansara. Ni kes terpaksa makan sebab dah terlalu lapar. Hehhehehe.. Terpaksa !
Dan masa sama, terpaksa mengejar masa. Pelanggan di restoran tu , ketika itu.. tak de orang ! Aku bertanyakan beberapa soalan. Soalan mudah jer.. Tapi aku rasa cam cakap dengan SINGA ! Muka masa dan balasanya tiada berintonasi. Mendatar ! Huk alohhhhh ! Rileks laaa.. Tau la nak balik dah tapi janganlah layan kami ni macam.. Hurm.. Oh ya , aku dan 2 orang rakan blogger ! Kalau tak kerana kelaparan dan mengejar masa , aku dah blah dan cari restoran lain !
Masa makanan dihantar pon tiada sebarang ucapan ! Aku tengok di skrin tv restoran tu.. Rasanya bukan milik restoran tempatan ni.. Tapi sayangnya , pekerjanya ‘orang tempatan ‘ yang tak reti nak meraikan pelanggan ! Haihh..
Teringat juga beberapa hari lepas aku ke Alamanda. Gi sebuah premis terkenal.. Begitu juga keadaan. Bila masuk dalam tu , muka pekerja macam.. TERPAKSA BEKERJA DI SITU ! Pelik aih.. Dan satu kesilapan mereka ialah , aku kenal ‘orang besar’ premis tu.. Terus aku hubunginya melalui whatsapp.. Bukan berniat buruk tapi ramai kot pelanggan kuar masuk situ.. tapi dengan muka pekerja-perkerja macam tu , semua orang akan keluar dan pergi ke premis lain !
Gara-gara orang macam ni laah…. banyak perniagaan alami kerugian dan seterusnya , TUTUP KEDAI ! Ubahlahhh… bukan anda bekerja di situ PERCUMA ! Tak suka , berenti kerja dan buka bisnis sendiri. Pastu , buatlah muka macam tu dan tengok sendiri.. apakah anda mampu mendapat keuntungan atau sebaliknya ?