SERIUS ! Tolong elakkan sama sekali ! Jangan terkena macam aku. Aku terkena dahhhh ! Ketika aku diminta buat review produk ni , Sambal Hitam Pahang dan isinya adalah ikan talang.. aku dah dapat rasakanya ianya pasti akan ‘berhantu’ !!!
Aku makan dengan nasi putih… sekadar nak test dulu ! Sebab orang kata , makan ngan nasi putih panas panas , baru tau sedap ke tak sambal hitam tu ! Dan… dannn…
“ Abang , sambal hitam tu… dah tinggal skit jer??? Baru bukak je kan ??? “ .
Heheheeh… Memang dah ‘perangai buruk’ aku.. kalau makanan tu sedap , sekejap jeee nak abis dah walhal baru je bukak ! Dan nak tak nak aku terpaksa hubungi tokey besar Sambal Hitam Pahang…
Nak rasa gak ? Serius ??? Betul ? Jangan jadi cam aku ! Hahahaha.. Kang tak pasal pasal , tambah order nanti ! Haaa. Nak simpan stok masa wife pantang nanti.. Makan nasi putih ngan sambal hitam ikan talang je nanti.. Tak leh bayang betapa gemuknya aku nanti.. ADeh !
Menurut SAMBAL HITAM PAHANG , mereka menggunakan ikan talang jeruk yang terpilih,cili api yang segar, belimbing buluh rebus & bawang yang terpilih menghasilkan rasa istimewa yang seimbang antara masin,masam,manis yang mampu membuka selera pengguna.
Kalau nak tau lebih lanjut , sila tanya sendiri ! Aku malas nak gebang panjang panjang ! Oh ya , ada 2 jenis sambal hitam iaitu sambal hitam ikan bilis (versi kering) & sambal hitam ikan talang (versi basah).
Sebarang pertanyaan , sila tanya di MINionlicious Enterprise Sambal Hitam Pahang.