Tadi wife gi daftar sekolah rendah Qhaliff di Putrajaya. Nampaknya macam nak kena pindah semula ke Putrajaya selepas ni.. huhu.. Saja amik kat sini sebab dekat ngan pejabat dia dan aku pun mudah nak akses. Walhal kat area rumah aku di Sepang ni ada je sekolah dan dengarnya bagus sekali sekolah tu.
Sekarang usia dia 5 tahun.. 7 tahun darjah 1. Yang merisaukan aku ialah pengaruh kawan kawan. Dia ni lembut orangnya. Adik dia pukul pun dia nangis.. walhal dia boleh je membalas. Dan menariknya , adik dia menangis dan menuduh abang dia pukul padahal tidak pun ! Hahaha.. ok ok.. tu cerita lain.
Teringat aku zaman aku bersekolah dulu. Aku tak merokok tapi ada je kawan kawan memujuk aku agar join sama merokok ! Pelik aku.. kenapa kena pujuk buat menda salah ? Kalau nak merokok , hisap je la..tak payah ajak kawan kawan yang lain turut sama.
Pengaruh kawan ni memang dasat.. hanya didikan ibu bapa dirumah saja jadi penyelamat. Jika mak ayah asyik bergaduh.. apakah pengajaran yang dia dapat ? Maka jangan hairanlah jika anak kita tu buat perkara salah.. kan ?