Aku pengguna tegar web Maybank2u. Tak kira la samada buka untuk periksa baki terkini duit belanja bulanan atau untuk membuat pembayaran online mahupun reload prepaid Digi aku ! Tapi secara jujurnya , aku menyampah nak bukak melalui web ! Ada aplikasi mobile tapi aku takut nak guna ! Security aplikasi mobile ni aku payah nak percaya sangat.. huhu..
Tapi segalanya berubah bila aku hadiri majlis preview Aplikasi Mobile Maybank2U yang terkini dan yang penting , aku akan dengar sendiri mengenai aplikasi ni dari 'orang-orang' Maybank sendiri.. dan bertanya sendiri apa jua yang aku ingin tau terutamanya mengenai keselamatan aplikasi mobile ni.
Bertempat di Happ Cafe , Tropicana Avenue baru baru ni .. aku serta ramai lagi tetamu diberi peluang untuk mencuba aplikasi Mobile Maybank2U ni.
Downloading.....
Dan kagum dengan antara muka yang santai serta kemas yang mana bagi aku , pastinya pengguna setia Maybank2U akan tersenyum riang dan akan terus setia dengan Maybank2U. Tiada alasan untuk guna perbankan yang lain.. kan ? Heeee..
Bagi mereka yang menggunakan fingerprints scanner , nak login pantas ke aplikasi ni nanti pon boleh guna gak cara tu.. tak perlu nak taip taip dah ! Hehehehe.. Terkini kan ? Pantasss gitu ! Baru best..
Nak tranfer duit ke akaun ketiga ? Nak bayar bil atau reload prepaid ? Mudah jer. Cuma perlu tau no akaun dan no telefon jer ! Settle urusan bulanan yang melecehkan. Kalau lupa berapa baki bil pon takpe.. akan ada penyata untuk korang check baki nanti. Menarik kan ?
Amacam ? Nak download dah ? Terbaik keputusan anda. Pastinya korang akan berterima kasih dengan aku selepas ni sebab bagitau maklumat terkini jer. Jangan risau , aku memang menghargai pembaca pembaca blog aku ni... senantiasa ! Hehehehhe...