Yeess...berjaya gak tengok SPIDERMAN dengan anak-anak. Aku agak was was gak pada awalnya nak bawak diorang terutama Qhaliff. Kenapa ? Takut ada adegan 'dewasa' ! Bukan apa... aku ari tu tengok Wonder Women kat handphone , Qhaliff nampak. Dia sengih sengih..
" Eeee.. daddy tak malu laaa... ". Dia kata gitu ! Terkedu aku. Aku tanya la kenapa.. Dia kata sebab aku tengok citer tuuu... Huk alohh.. mesti sebab si WW tu pakai pakaian yang tak menutup aurat ! Hahahaha.. Terus aku matikan citer tu. Tunggu dia tidur , baru aku sambung tengok..
Aku dah tanya kawan yang dah layan semalam. Katanya 'clear' jer. Takda babak 'bahaya' pada kanak kanak gitu.. Ok la kan ? Maka aku bawak satu 'kompeni' ke sana.. Qhaliff dan Zahra teruja la.. Qhaliff teruja sebab SPIDERMAN. Zahra teruja sebab nampak gula gula ! Dia ni nampak gula gula atau makanan , dia lupa dunia dah !
Ok.. di GSC ada mug SPIDERMAN. Panggung lain , aku tak pasti. Qhaliff nak, Zahra pun nak. Satu set kombo tumbler tu berharga RM23 jer. Maka hari ni , aku dah abiskan hampir RM100 untuk mereka. Huk huk..
Ok... masuk panggung.. Mula dah cerita. Seperti review seorang kawan di Facebook , Spiderman kali ni , lebih 'remaja' dari sebelum ni. Dan memang benar. Tapi ok je bagi aku. Banyak perubahan berbanding yang lama punya. Tak membosankan sama sekali. Nak dibandingkan dengan Transfomers yang baru baru ni aku tengok.. aku rasa SPIDERMAN ni jauh lebih menghiburkan.
Dan aku rasa.. kesedapan kali ni dalam SPIDERMAN 'HOMECOMING ' , ialah pakaian dia dan juga kehadiran IRON MAN ! Kalau tak , aku rasa cerita ni memang dah boleh dibaca dari awal lagi.. Apa apa pun , memang best la ! Tak boring dan si SPIDERMAN pon comel comel gitu.. heeee.. 'budak budak remaja' suka la kot. Level cam aku ni, kira macam makan pop corn je la citer ni..
Berapa bintang ? Aku kasi 7/10