Terkedu aku mendengarnya. Aku yang ikut team Lembaga Zakat Selangor semalam , mendapat satu pengalaman yang membuka mata aku. Di kala kita mengadu tak cukup duit , rupa-rupanya masih banyak lagi insan insan di muka bumi Malaysia ini , kais pagi.. entah bilanya dapat makan !
Bila dengar si pemohon bercerita mengenai masalahnya , aku rasa macam.. hurm.. betapa nikmatnya kehidupan yang aku miliki sekarang. Nak makan , tak yah pening kepala. Anak anak terurus. Keluarga terjaga. Hurmm...
Aku nak berkongsi apa yang aku dengar tu dengan korang tapi rasa cam... tak pe la. Bukan apa, takut jadi kes mengaibkan lak. Cuma apa yang boleh aku kata ialah , elakkan la dari DADAH ! Bila ketua keluarga dah menagih dadah.. keluarga pasti mengalami kehancuran. Kena lak anak anak masih kecil. Kalau si isteri tu kuat semangat , inshaAllah boleh diselamatkan lagi.
Si anak.. yang berhenti sekolah terpaksa bekerja untuk mencari nafkah buat dirinya dan keluarga. Yuran persekolahan, tak mampu dibayar. Belanja harian.. buku lagi. Pihak Lembaga Zakat Selangor meminta anaknya kembali ke sekolah tahun depan. Dan mereka akan berusaha mendapatkan bantuan sepenuhnya untuk si anak jika mereka benar benar layak. Ini termasuk juga bantuan sewa rumah ! Nah , sapa kata Lembaga Zakat Selangor tak buat kerja ?
Di dalam kereta , aku tanya soalan bodoh pada pegawai Lembaga Zakat Selangor tu..
" Tuan , gaji tuan berapa sebulan ? ". Ternganga dia ! Hahahaha.. Boleh aku tanya pasal gaji dia ? Hahaha.. Kenapa aku tanya ? Sebabnya... tanggungjawab yang dipikulnya sangatlah berat. Kalau jenis dalam hati ada taman cam aku ni , aku rasa bercucuran airmata dah dengar rintihan insan insan lain ni.. Tabik spring la kat diorang ni !
Selepas hantar aku kembali ke pejabat LZS cawangan Bandar Baru Bangi , dia nak ke Kajang lak. Nak serahkan duit bantuan pada pemohon yang dah layak. Fuh, aku satu rumah je pon dah penat. Diaorang dalam satu hari , bukan saja kena gi rumah asnaf tapi turut sama membantu.. cam kes ni , pegawai zakat menawarkan pertolongan untuk mencari rumah sewa yang lain.
Satu rumah.. sejuta cerita nak diceritakan ! Ini baru satu rumah. Katanya ada rumah sampai nak masuk , kena pakai kasut ! Terlalu kotor katanya.. tu pun tuan rumah yang suruh pakai ketika datang melawat.. Huhuhu..
Sebab tu la.. kita kena bayar zakat. Bukan zakat fitrah tu saja yer! Zakat harta tuu! Kasi bersih harta tu..