Masa anak pertama , aku cukup pening kepala bila wife abis pantang dan kembali ke pejabat ! Apa yang pening kan aku ialah... camana nak tidurkan dia eh ? Selama 3 bulan dia tidur dengan berkepit dengan mak dia.. menyusu badan ! Tau tau , aku lak kena tidurkan dia.. sendirian !
Teringat akan mak aku yang jaga cucu dia , tidurkan dalam buaian. Aku cadangkan tidurkan Qhaliff dalam buaian tapi ramai tak galakkan ! Risau nanti nak ke mana mana pon kena usung buaian ! Huhu.. memang payah gitu..
Tapi aku rasa takda masalah sebab Qhaliff menyusu badan ! Bila mak dia ada.. dia akan tidur dengan mak dia.. Jika tiada.. letak dalam buaian dan beri susu botol. Maka akan lenalah mereka. Baby takda masalah nak lena. Kalau tak lena tu , sila check lampin mereka. Takut dah penuh atau mereka berak. Haa..
Dan tiada masalah. Travel la ke mana sekali pun.. tidur di hotel.. takda masalah ! Bagi jer diorang tu ngantuk sungguh sungguh.. dan sebelum tu pastikan mereka kekenyangan. InshaAllah akan mudah tidur !
Zahra pon tiada masalah. Dan tiba masa Aariz.. apakah dia juga mudah ? Alhamdulillah... kesemua mereka mudah jer tidur. Tak kisah la samada dalam buaian... atau tanpa buaian ! Tapi kalau tanpa buaian, mak dia kena ada ! Kalau mak dia takda... dan buaian takda , camana nak tidur ? Mudah jer.. Dodoikan jer.... Masa nak dodoi tu , kita kena tenang. Jangan kelam kabut atau terpaksa ! Diorang leh tauu.. Rileks je dan diorang akan lena.
Apa apa pun.. korang perlu kenali betul betul ragam si baby tu. InshaAllah takda masalah. Bagi mereka yang baru nak bergelar bapa , tenang.. ini pengalaman indah. Letak telefon pintar tu dan layan anak anda... Masa berlalu dengan pantas.. tau tau dah dewasa dan mereka tak nak tidur bersama anda dah...