" Qhaliff , bangun. Mandi.." kejut aku setiap pagi. Dan dia akan bangun. Berdiri. Dihulurkan tangannya untuk memeluk aku. Diletakkan kepalanya di bahu aku Ketika ni je dia dapat peluk aku. Selepas mandi pun dia mintak dukung walaupun dia boleh je berjalan kaki turun tangga. Kemudian Zahra dan Aariz. Masing masing nak buat begitu. Dan aku tak kisah walaupun adakalanya terasa penat turun naik dengan dukung mereka.
Tampak kerinduan di wajah mereka. Dah besar.. masing masing segan nak didukung terutama di depan kawan kawan. Apa giler nak didukung kan ? Zahra dan Aariz tu tak kisah la. Qhaliff tu nak tapi segan kawan kawan kata macam baru baru ni aku suruh dia bawa tisu basah ke kelas mengaji sebab selsema. Dia tak nak sebab kawan kawan gelakkan dia. Hurmm..
Ada sekali tu.. ketika aku jemput dia pulang dari sekolah.. dari jauh dia nampak aku , terus tersenyum. Berlari mendapatkan aku. Macam dah bertahun tak jumpa ! Happy dia.. Cuma tak dipeluk jer. Yer, aku tau perasaan tu sangat sebab aku tak berpeluang melakukannya ketika kecil dulu. Hurm..
Amalkan sikap ni . Jadilah kawan buat mereka. Bak kata beberapa orang kawan aku kelmarin.. anak anak dah besar nanti , sibuk dengan kawan kawan. Ayah dah takda tempat bermanja. Huhuh... Abiskan masa dan ajar anak kita , keluargalah tempat sebaiknya untuk dihabiskan masa. Bukan dengan kawan kawan ! Walaupun kawan kawan tu diperlukan.. utamakan keluarga !