Ahaa... setelah lama menyepi , kini aku ada masa kembali untuk aktif dengan mengetengahkan blog blog yang aku rasakan best di mata aku ! Kat mata korang , aku tak tau la yer. Heheee..Kenapa sekarang ? Sebab anak anak aku dah besar panjang dah ! Tak perlu nak didukung dan dipantau lagi dah. Kalau masa baby tu , ye laa.. Melainkan tiba-tiba wife aku mengandung no 4 , ahaa.. aku akan kembali sunyi sepi.
Nah... kita tengok blog sapa yang aku rasakan best ! Di page Kelab Blogger Ben Ashaari , ada aku post status..
Blog sapa yang menarik minat aku ? Jeng jeng jeng... Ini adalah pembukaan kepada 'segmen' yang bertajuk BLOG SIAPA PULAK DI BENASHAARI.COM ?
Hurm.... ini bukan blog baru ni ! Dah wujud sejak dari tahun 2010 lagi ! Dan entri terkini dia melibatkan travel ! Yup , ramai blogger minat menulis mengenai kembara, makanan dan review sekarang ni. Satu perkembangan yang sangat bagus bagi aku. Yelah , ramai warganet menggunakan medium blog untuk mencari maklumat maklumat mengenai lokasi , hotel untuk percutian singkat terutamanya.
Blogger ni memang kaki jalan.kalau dilihatkan di Facebooknya. Masih muda dan bergelar cik lagi ! Ehem.. Blognya pulak cute ! Aku suka header dia. Yer , aku memang suka tengok header blog sejak dulu lagi. Header menunjukkan isi kandungan blog tu.. bagi aku la ! Kalau cute header dia , mesti cara penulisan dia cute..
Gabungan gaya penulisan dan gambar yang berkualiti , membuatkan blog dia kelihatan menarik untuk dibaca. Dan nampaknya entri mengenai penggunaan online bank menjadi entri yang top di blognya !
Blog sapa ???? Hehehe... Nah.... korang gi tengok sendiri la ! Meh kita meriahkan blognya hari ini.. Jom singgah blog si dia... klik SINI !
Korang berminat nak berada di BenAshaari.Com ? Sila komen dan tinggalkan link blog korang di bahagian komen !
Korang berminat nak berada di BenAshaari.Com ? Sila komen dan tinggalkan link blog korang di bahagian komen !