Stress sebenarnya tengok badan naik ni kan ? Bukan sebab risau orang nak kutuk tapi sebab pengerakkan jadi sedikit terganggu. Jadi tak fit dan malas je rasa. Kan kan ? Keja nak membuta jer. kan kan ?
Tak kisah la apa pun alasan kita tapi dah tiba masa untuk ubah sebelum terlambat. Ada yang kata puasa je pon dah ok. Betul ! Serius memang betul. Tapi kan.. kalau gabung sekali dengan apa yang aku buat ni , inshaAllah hasilnya lagi gempak ! Yer , aku dah buat 3 hari. InshaAllah sehari dua lagi memandangkan aku baru top up stok.
Apa yang aku buat ? Aku buat jus sayur yang mana aku dulu suka buat tapi dek kerana GST beberapa tahun lepas , aku tak boleh nak teruskan minat tu . Barang jadi mahal kau ! Sekarang ni ok la skit.. Beli banyak ni dapat la stok 3-4 hari.
Kesannya ? Alhamdulillah.. mata jadi lebih terang berbanding sebelum amik jus sayur ni. Pastu badan jadi ringan. Sistem pencernaan pun cun jer. Berbanding sebelum ni... nak membuang pun masalah. Maklumlah , terlalu bnyak protein dalam diet harian. Tu jadi masalah. Makan bukan bukan pun banyak jer.. Huhuh..
Bahan bahan ? Hurm.. aku punya lebih pada untuk mereka yang ada tekanan darah tinggi... Ada beet root , celery , carrot , tomato , timun , sayur kale dan lemon. Kalau ada epal hijau , air tu lagi sedap tapi bila sedap... takkan sampai 3 hari ! Hahaha..
Bila amalkan jus ni , cukup ke tenaga untuk aktiviti harian. Hurm... Gini je.. Kalau nak betul betul , korang tak leh sentuh makanan yang diproses. Sepanjang 3-4 hari tu , korang kena amik makanan berasas sayur jer. Kesannya memang best sangat.. Tapi jika tak mampu , cuba la makan buah juga. Jangan makan nasi tau ! Tak lama pun... Untuk kesihatan gak..
Macam ari ni,.. awal pagi aku dah bersenam.. pastu basuh kereta , basuh longkang , jemur pakaian. Pastu kang nak keluar jap. Malam , kena tidur awal. Bangun pun awal. Maka segalanya kembali normal. InshaAllah.. baru badan sihat. Pastu bila puasa , cun jer ! Baru syok badan.
Campurkan semua bahan tu. Pastu perah lemon. Hehehe... Siap ! Simpan dalam peti ais. Minum pagi , tengahari dan malam. Bila lapar pun try la minum. InshaAllah kenyang sekejap.. Hehehe.. Kata nak kurus.. kena la berkorban..
Dan jangan lupa.. Bersenam yer . Kalau malas , buat je jumping jack jer .. lompat bintang haa ! Sehari 100 kali jer.. Bukan sekali gus pun nak buat.. Dalam masa 24 jam. Ok ? Jangan kasi alasan lagi.. Ingat, kesihatan kita ni mahal harganya. Jangan sampai kehilangannya !