FOLLOWERS tak penting dalam dunia blog !

by - Ahad, Mei 27, 2012

 

Dalam diam tak diam . widget FOLLOWERS aku dah mencecah lebih 24 ribu .. Satu angka yang aku tak pernah jangkakan langsung .. Ok , sebelum ada yang kata ..

Alaaa … Ada blogger lagi banyak dari tu , tak kecoh pon !! “.

Sebelum nak bunyi gitu adalah lebih baik masuk ke blog dia dan blog aku (genre) serta lihat masing masing punya gaya hidup .. Aku lelaki yang dah berumur   an tahun.. Eh , tertinggal angka lak .. Dan juga dah pon beranak pinak .. Sepatutnya blogger lelaki cam aku ni , sukar untuk mendapatkan angka begitu apatah lagi aku tak amalkan I FOLLOW U …

Dulu kan , dunia blog pernah kecoh dengan isu isu seperti TRAFIK , RANKING , FOLLOWERS dan banyak lagi .. Pastu jadi laaa puak puak dalam dunia blog ni .. Tak senang nak satukan mereka ni lebih lagi bila MELAYU .. hehehe .. Maaf , kenyataan yang harus kita terima .. Bukan isu perkauman tapi inilah yang harus kita telan .. Bangsa lain , aku tak tau ..

Bercerita mengenai FOLLOWERS ni  , baru baru ni aku kan ada cerita kat korang mengenai SESI DIALOG BLOGGER BERSAMA INSTITUT INTERGRASI MALAYSIA ? Ada kaann ? G cari entri tu pada Jumaat lepas .. hehe .. Rugi tak baca ..

Ok , semua blogger dikehendaki memperkenalkan diri dan ketika itu pengerusi akan tanyakan satu soalan ..

“ Berapa ramaikah followers blog anda ? “

Bila aku terdengar dia kata gitu , maka aku tersenyum .. Apakah benar FOLLOWERS tak penting ? Dan kenapa dia tanya begitu ? Untuk apa ?

FOLLOWERS adalah penting kerana mereka ini mempercayai kita .. Maksud FOLLOWERS yang aku ini adalah mereka yang rajin singgah membaca blog kita setiap hari .. Bukan peminat tetapi mereka ini seperti sudah percaya dengan kita .. Ibarat kawan rapat datang untuk berborak setiap hari ..

Itu satu kes .. Kes satu lagi .. Bila ada job job untuk blog seperti advertorial , mereka juga akan tanya dua soalan ..

“ Berapa UV harian dan juga bulanan ? “

Dan ..

“ Berapa Followers awak ? “

Tahukan korang , jika dapat job dari agensi begini , mereka akan bayar korang mengikut jumlah kedua dua tu ..

Jadi .. korang rasa penting tak FOLLOWERS ni ? Maka ramailah akan mula buat I FOLLOW U , U FOLLOW ME selepas membaca entri ni ! Kan ? Sila baca sambungan di perenggan baru ..

Selain dari tu .. mereka juga baca blog korang dan juga melihat komen komen yang ada ! Hehehe ..

Campur kan semua tu , barulah blog kita ada kuantiti dan juga kualiti ..  Baru leh masyukkkk …

You May Also Like

19 comments

  1. yah betul tuh....... i folo u u fole moe back....and i dont come back again hahahahaha........

    susah nak jadi pembaca sejati orang macam tuh......

    BalasPadam
  2. setuju. memang penting. cuma kalau boleh, biarlah follower yg singgah tuh yg benar2 suka blog kita.tak suka dgn segelintir blogger yg suka buat i follow you,you kena follow i n apa lagi ntah.. biarlah org follow kita dari hati, bukan sebab kena paksa

    BalasPadam
  3. utk blogger yg baru nk bertatih- tatih mcm YM nih, info nih mmg sgt2 diperlukn. Thanks Ben.:-)

    BalasPadam
  4. sejauh mana ia penting, leeza pun tak sure.
    sbb kadang2 follower bukan mainlah ramai, yg singgah, yg komen tak lah seberapa. jadi tak sedap macam tu.
    FOLLOWER YANG BENAR2 FOLLOWER BARU BEST.
    tu jerrr.... huuuuu bukan senang kot nak orang lain jadi follower setia kita.

    BalasPadam
  5. Moral dari entri ni bukan setakat I follow U, U follow me back lah yer.. kalau org baca perenggan pertama je confirm terus BW follow je blog mana yg dia singgah lepas tu mesej kt shoutbox suruh follow dia balik.. alih2 follower je berkepuk2.. padahal bila dia update entri jgnkan traffik nak mencanak.. nak dapat setengah komen pun susah.. kekekekekke. Jadi follower juga memainkan peranan tp bkn dgn hanya follower yg banyak je yg lelain skit pun tak guna, kan BA

    BalasPadam
  6. ada setengah tu i.follow u ,u follow me..sekali je komen..then sepi...erm..mcm tu lah biasanya...

    tahniah la mr ben yer.

    BalasPadam
  7. argh...!!!!! tidak..

    gua inginkan blog gua seperti dulu..=(


    trafik tinggi mana pun tapi komen tak dpt byk sgt tak best..=(

    kena selari baru puas hati dan masyuk...hurm..


    * cun tak siti orang integriti tu..hee?

    BalasPadam
  8. Kalau I follow you, You follow me back tu kira macam biasalaa kan. Ni pulak simptom, If you follow me only tthen I'll follow you back. Saya tak kesah pasal follower. Coemmentators laa baru best :)

    BalasPadam
  9. pendapat sy pulak pembaca lebih penting daripada follower yg hanya follow blog kt lepas tue tak pernah nk singgah2 dah dan tak pernah nk berinteraksi(bgi comment kat entry ke..)...

    BalasPadam
  10. yups betol;) lebih suke org follow sebab sukakan entry yg kite update :)

    BalasPadam
  11. laaa... aku baru tahu.. hahahha. Asal lau kau tak gtau awal3.. lau tak dah lama kau buat I follow You, You follow I.. hahha.

    aku follow blog yg aku suka je... hehhe. Maaf.. =)

    BalasPadam
  12. Sayep suka membaca blog Encik Ben ni... Tapi tak pandai nak komen... Sebabnya... "No Comment"... Tapi saya suka sangat singgah dan baca... Tu nak masuk dalam kategori apa erk... Alahai... Kena bagi komen gak ker... Hurm...

    BalasPadam
  13. Nice la bro, bila pikir balik nak kumpul followers ni kenala entri yang menarik dan berkualiti.

    Itu lebih baik dari "I follow u, u follow me back!"

    BalasPadam
  14. :) teringat entry en.Ben yg pentingkan promosi dulu dan tu lah yg saya Cuba buat Skrg. Walaupun perlahan..
    Followers jenis silent reader tk sukakan perhatian.
    Followers yg rajin komen ni peramah..

    :)
    Pendapat saya je..

    BalasPadam
  15. nak minta tips la dari a.ben.. camne nak bagi readers n bloggers singgah blog kita?

    Jemput singgah n komen blog saya ye :) http://anisnatasha-s.blogspot.com

    tq

    BalasPadam
  16. saya selalunya memang baca blog yang diupdate..
    kadang2 saya akan tinggalkan komen, kadang2 baca je, sebabnya tiada apa2 yang nak dikomen..=D

    BalasPadam
  17. tahniah Ben...blog akak pun follower merangkak je nak follow..x kisah la..yg penting ada gak org yang singgah blog kita...kalau ada yg follow..tu kira bonus...insyaallah..pasti akak follow balik...:))

    BalasPadam