Cyst semakin mengecil dan kedudukan bayi..

by - Khamis, Jun 30, 2016

 

Hari ni wife check up sekali lagi di Hospital Putrajaya. Selasa lepas , dia check up di klinik desa jer. Dia memang kena gi ‘lawat’ pakar sebulan sekali atas faktor tertentu..

Hari ni aku ikut wife.. Usung dua dua ‘sharp shooter’ sekali. Tapi dua dua , masih lena diulit mimpi. Huhh.. Jadual bertukar lagi diorang. Tidur lewat balik skang ni.. Hurmm..

Temujanji jam 8 pagi.. Selepas turunkan wife , aku gi cari port untuk sambung tidur. Dalam kawasan hospital , memang jangan mimpi laa Kena parking kat luar.. dekat ngan Ibu Pejabat Polis Putrajaya.

Ambik bantal dan.. lena sekejap.. Leganya mata.. huhu.. Entah kebelakangan ni , badan letih semacam jer.. Siangnya ngantuk saja.. Malamnya pulak.. pon ngantuk gak ! Hahahaha..

Dalam jam 10 lebih , wife mesej. Kata dah settle. Aku gi amik dia kat lobi. Muka dia biasa jer.. Ok sudahkah baby dan cystnya ? Sememangnya , kali ni aku agak sedkit gementar. Maklumlah , dia bagitau sebelum ni dia ada cyst dan kedudukan baby lak tak betul dalam kandungan.. Hurmm..

Wife naik je kereta.. Aku pandang dia.. Dia senyum jer. Aku membalas senyuman dengan hati masih tertanya tanya lagi.. Apakah kata doktor kali ni ??

“ Camana ? Apa kata doktor ? “

“ Cyst dah mengecil dan baby pon dah duduk di keadaan sepatutnya. Minggu ke 36 kena datang semula untuk bincang pasal beranak. Nak normal atau operation.. Kalau boleh , nak normal… “

Adeh.. normal ? Hahahaa.. kena teman lagi la jawabnya aku.. Adehhh.. Alhamdulillah.. janji semua ok.. Baby pon takde masalah.. dah 1 kilo lebih..

image

Abang ngan kakak , dah ready nak ragging bakal adiknya.. Sekarang , Zahra jer kena ragging.. Huhuhu…

You May Also Like

11 comments

  1. semoga dipermudahkan segala urusan abg Ben & family, aamiin.

    BalasPadam
  2. Dulu saya masa prgnt anak kedua ada cyst jugak. Alhamdullilah bila baby makin besar, cyst main kecik dan lama2 xde. Lepas tu prgnt anak ketiga dan skng anak keempat, alhamdullilah cyst tak muncul dah.

    Semoga dipermudahkan semuanya ye.. Selamat berpuasa!

    BalasPadam
  3. Semoga selamat lahirkan anak. Dengar czer je seram...

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah tuan..semoga dipermudahkan..

    BalasPadam
  5. Tahniah! semoga dipermudahkan segala urusan puan wife.

    BalasPadam
  6. semoga dipermudahkan kak zila bersalin normal..

    BalasPadam
  7. smoga dipermudahkan ya untuk kak zila

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah...moga dipermudahkan setiap urusan abg ben sekeluarga..amen..

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah. Cepat betul baby membesar. Saya punya baby dah 36 bulan masih 1 kilo lebih jak. Diari Mommy Muhaimin

    BalasPadam
  10. Syukur alhamdulilah...baby dah duduk elok dah...cyst dah kecik...ni yang rasa nak pi scan ni takut kot2 ada cyst ke kan...

    BalasPadam
  11. semoga dipermudahkan semuanya nanti aminnn

    BalasPadam