Selasa, 26 September 2017

Petrol naik ke turun , aku dah tak pedulik ! Aku dah ada alat ni !!

Nissan Grand Livina aku tu , fuhhhh... Nasib baik dah ada Bezza. Tapi aku suka pandu Livina lagi berbanding Bezza. Terpaksa la aku tutup mata bila isi petrol. Kalau isi penuh tangki , memang boleh buat telan air liur je la. Tu belum lagi datangnya hari Rabu... ' petrol naik ke turun ?'. Kalau  turun , aku tarik nafas lega.. Kalau naik ???? Aduhhh.. Memang aku banyak buang duit pada petrol ! Sebab ? Aku ulang alik Cheras - Sepang boleh dikatakan seminggu 3-4 kali. 
Ingat tak lagi aku punya entri yang aku pasang I-Power di rumah aku ? Alat yang dapat menstabilkan elektrik di rumah aku seterusnya dapat mengurangkan lagi bil elektrik bulanan aku ? Haaa... aku diberitahu ada alat untuk jimatkan petrol lak ! Aku tergaru kepala. Boleh percaya ke tak ??? Kawan tu tunjuk pada aku. Dia pasang pada kereta MPV dia. 
Hurm... dia offer aku untuk buat review. Ok , bagus ! Aku nak try. Kalau berkesan , aku cerita kat korang eh.. Kalau aku tak cerita tu , tandanya tak berkesan la yer ! Hehehehe... Tapi aku yakin berkesan ! Kenapa ??? Aku google.... 
Dan ini set aku. Hehehehe.. Aku nak pasang pada Bezza aku. Nak tau apa kesannya selepas ni. Apakah aku perlu isi petrol setiap hari ? Wife guna Bezza untuk gi kerja , antar Qhaliff gi tadika dan kemudian hantar aku serta Zahra dan Aariz ke rumah mak aku. Bayangkan berapa banyak petrol digunakan ! Tu belum lagi tol !!!! Nasib tak da alat untuk elakkan tol. Hahahaha.. 
Smart lak eh ? 

Apakah benar benar beri impak ? Dimana nak beli ? Berapa harga ? Tunggu entri aku akan dataang.. selepas aku gunakan dalam seminggu dua. Heee..
Kalau tak sabar nak tau mengenai I-Charge ni , sila Whatsapp /Call  : 0172182999 / 012-4338082 .

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI