Buat apa bayar zakat ? Aku sendiri pun tak cukup makan !

by - Khamis, Disember 21, 2017

Dulu.. aku tak tau kepentingan zakat ni. Ditambah lagi dengan cerita cerita turun temurun , zakat ni disalahgunakan dan yang kaya pon dapat zakat ! Yang miskin ni , payah sungguh laa nak dapat bantuan zakat ! Banyak karenah birokrasi ! Pastu nak lagi best , zakat ni gak ada unsur unsur politik. Kalau kau sokong parti A , jangan harap nak dapat ! Haaaa.. Dasat sungguh cerita cerita yang bertebaran melalui mulut ke mulut. 

Alhamdulillah.. sejak adanya media sosial ni .. aku dah celik bab zakat ni. Kalau tak , aku hanya bayar zakat fitrah jer. Zakat harta ? Aku tak layak ! Sebab gaji kecik ! Huhuhu.. Itu dulu laa.. sebelum aku celik bab zakat ni. Kesedaran makin timbul bila aku join team zakat (Lembaga Zakat Selangor) gi melawat rumah rumah asnaf serta sekolah sekolah yang ditubuhkan bagi membantu anak anak asnaf. 

Kita dok diagungkan agungkan dengan cerita si miskin tu ke gereja mintak bantuan. Kemudian dibantu tanpa banyak soal ! Satu cerita viral yang telah berjaya menutup beribu ribu kisah realiti yang sekadar tersimpan di dalam fail di pejabat. Ada sapa tolong viralkan ke ? Yang baik.. semua krik krik jer. Kalau diviralkan kata riak ! Kalau senyap kata tak buat kerja ? Aduh... letih gini ! 


Mari kita ubah sikap kita. Pertama , bila nampak ada orang susah. Kita bantu. Kalau kita tak mampu nak tolong dari segi kewangan , bagitau je ke pihak bertanggungjawab. Dapatkan maklumat seberapa lengkap , emailkan ke pihak zakat atau ke pejabat zakat. Kalau malas sangat , pm je kat Facebook mana mana zakat.. nak mudah , ke Lembaga Zakat Selangor. Nanti mereka akan salurkan info tu ke pihak yang berkenaan ! Dah lepas tanggungjawab korang tu kan ? Jangan la amik gambar pastu viralkan.. 

" Mana  orang Zakat ? Tengok orang ni ! Tak da sapa bantu !! ". 

Amboi.. sedap je terus tuding kat zakat yer  ! Staff zakat bukan ramai pun. Pelbagai tugasan kena buat. Gaji bukan taraf ADUN. Mereka nak mengajikan lebih orang , perlu duit dan bajet yang besar. Bila ramai sangat pekerja , nanti kata salah guna duit lak ! Kan ? Maka, marilah kita sama sama membantu.  Kan bagus gitu..


Jangan risau bab tak cukup makan dengan gaji ciput tu. Gi je ke mana mana cawangan zakat. Bagitau je nak bayar zakat. Nanti pegawai tu akan kira.. apakah layak atau tidak . Silap silap boleh dapat bantuan zakat lak... kot nak meniaga ke ? Kannn.. Amik tindakan. Bukan memberi kritikan ! 

Mudah je sekarang ni nak bayar zakat.. macam macam cara ada.. Takda alasan dah nak kata takda masa ! 


Jika korang nak jadi jutawan , sila kunjungi pusat zakat! Berzakatlah walaupun gaji korang berbaki RM300 ! 

You May Also Like

15 comments

  1. Assalammualaikum A.Ben ^_^

    yaya pun sekarang tgok cimb click tu ada je link utk transfer ke Lembaga Zakat,bila klik pula akan keluar zakat yang nak dibyar tu untuk zakat apa.disebabkan yaya ada simpan sedikit kat bank,jadi hulur juga zakat dibawah link zakat simpanan atau zakat pendapatan.walaupun tak tahu makna zakat simpanan or zakat pendapat tu apa.huhu.tapi tak kisahla kan yang penting niat.pandai2la LZ tu bhagi ke mana yang perlu. =) sekrng dah mudah nak menderma / byr zakat.dihujung jari je =D

    BalasPadam
  2. Zakat tu dapat menyucikan jiwa kita. Walaupun sumbangan kita tidak seberapa tetapi sekurang-kurangnya dapat membantu mereka yang sangat memerlukannya.

    BalasPadam
  3. sejak berbisnes mmg usahakan jugak utk byr zakat wlupun sediit..alhamdulillah

    BalasPadam
  4. orang kita pum pang pum pang, belum tentu tolong jugak. hurmmm..bayar zakat pun culas...

    BalasPadam
  5. alhamdulillah baru je lepas online tadi byr zakat

    BalasPadam
  6. saya pun dengar macam tu jugak.. duit kita smpai kpd penerima yg berhak.

    BalasPadam
  7. Zakat gaji, zakat fitrah tu wajib..cukai lagi..hadui naik gaji kena ambil lagi..tak apa lah,,ikhlas

    BalasPadam
  8. Saya kena banyak search lagi berkenaan zakat ni. Tak brapa banyak info dlm kepala. Hehehe... Tq.. Entri ni beri peringatan yang bagus untuk berzakat atau bersedekah atau membantu org lain.

    BalasPadam
  9. alhamdulillah tiap tahun bayar zakat

    BalasPadam
  10. Dah lalui dan alami pengalaman di Lembaga Zakat Selangor. Hilang semua persepsi negatif.

    BalasPadam
  11. Betul tu, dulu saya pun tak tahu boeh bayar zakat melalui potongan gaji padahal dah bertahun kerja. Bila dah tahu terus buat, senang tiap² bulan potong.

    BalasPadam
  12. bagus entri ni. dengan zakat dpt membantu mereka yg susah.

    BalasPadam