Timbul keinsafan. Itu gunanya kita berzakat. Jangan kedekut. - BEN ASHAARI

Timbul keinsafan. Itu gunanya kita berzakat. Jangan kedekut.


Buat pengetahuan , Kelab Blogger Ben Ashaari adalah media online rasmi untuk Lembaga Zakat Selangor. Alhamdulillah , banyak dah ilmu yang diperolehi disamping membantu menyebarkan maklumat dapat juga membantu mereka yang memerlukan. 

Hari ni, aku 'diminta' berlakon. Ke cawangan Lembaga Zakat Selangor di Bandar Baru Bangi. Wujudkan satu kes dan berlakonlah seberapa yang mampu. Hehehe.. Aku wujudkan satu kes. Kononnya nak tolong seseorang nak dapatkan bantuan Zakat. Pelbagai soalan ditanya dan dijawab dengan penuh tertib dan sabar. Alhamdulillah.. puashati. 


Kemudian , aku bayar zakat untuk kali ke dua tahun ni. Awal tahun ari tu dah bayar. Ni bayar lagi. Alhamdulillah, murah sedikit rezeki tahun ni walaupun tak banyak job. Tak pe.. janji Allah tu pasti. Lagi pun dengan zakat aku tu , dapatlah ringankan beban seseorang kan ? 

Bila kita bayar zakat ni kan , terasa ringan sedikit bahu. Kalau tak rasa cam berhutang je ngan Allah. Huhuhu... Untuk pengetahuan pada mereka yang tak tau.. zakat harta ni boleh dibayar dengan pelbagai cara.. antaranya debit dikaunter dan guna mesin MEPS di depan pintu masuk.  Senang kan ? Nak lagi mudah , bayar online je la.. 

 Pastu ' orang kuat Lembaga Zakat Selangor ( LZS)  datang menyapa.. Aku diajak ke rumah pemohon bantuan zakat yang terletak berhampiran dengan Bangi. Lama dah aku teringin nak tengok sendiri dan merasainya.


Hurmm... sesungguhnya memegang amanah ni bukanlah mudah. Besar sungguh jasa mereka. Aku sendiri tak mampu. Bayangkan kita kena kering hati bila datang jumpa pemohon dan buat bancian. Tengok keluarga pemohon.. rumah mereka.. aduh , sedih..sebak. Tu belum lagi cerita pasal pasangan buat pasal ! Rasa cam nak je selesaikan masalah mereka masa tu gak ! 

Berbaloi rasanya bayar zakat tadi. InshaAllah , aku akan ikut team cawangan lain untuk ke rumah asnaf yang lain lak. Secara tidak langsung , aku turut belajar.. hargai kehidupan kita dan banyakkan bersyukur ! 


10 ulasan:

  1. Dalam rezeki kita tu ada rezeki orang lain... Insaf.. :-(

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah semoga sentiasa murah rezeki ..

    BalasPadam
  3. Moga keluarga itu dibantu. moga zakat kita diagih untuk mereka yang memerlukan. amin

    BalasPadam
  4. Pentingnya zakat itu..Rukun Islam ke4

    BalasPadam
  5. Memang mudah bayar zakat ni, saya buat potongan gaji je. Senang!

    BalasPadam
  6. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki aben. Insya ALLAH.

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah.
    Semoga dapat menyucikan rezeki kita.

    BalasPadam
  8. Tak sanggup nak turun padang kalau bab macam ni. Tak berapa kuat tengok depan2. Lebih suka memberi dari jauh sahaja. Tengok orang sakit kat hospital pun tak boleh juga. Sedih. Semoga mereka yang memerlukan dimurahkan rezeki... dipermudahkan segala urusan mereka.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.