Pendapat aku mengenai Festival Light And Motion Putrajaya (LAMPU) 2017


Ni kali ke 2 aku pergi dalam seumur hidup aku. Ingat lagi kali pertama , gi ngan Qhaliff. Sebenarnya aku tak suka nak pergi sangat event di Putrajaya ni. Pernah sangkut dalam kesesakkan berjam lamanya. Memang insaf la nak pergi pastu. Tapi kali ni pergi sebab Aariz dan Zahra memang suka tengok lampu. Qhaliff pun dah pandai layan semua ni. Tu teruja nak bawak gi gak. 

Ok... kalau tanya aku la kan , best tak LAMPU 2017 kali ni ? Jawapan aku... Tak da yang menarik ! Aku ingatkan kali ni mungkin ada kelainan dari segi persembahan. Namun hampa ! Aku nampak lebih pada nak menarik duit pengunjung berbanding dari nak memberikan pertunjukkan yang menarik ! 

Aku sekeluarga tiba di Masjid Besi jam 6.30 petang. Memang nak tunggu Maghrib dulu baru masuk ke  tapak majlis. Parking sedikit demi sedikit dipenuhi. Bersyukur datang awal. Cuma tak tau lagi camana keadaan balik nanti ! Huhuh.. 



Kalau korang nak datang pada hari terakhir dan nak sambut tahun baru , boleh cuba parking di BAHEUU. Parking free bawah tu. Naik lif terus ke tingkat 2. Senang. Nak keluar dari situ pun senang. Tak ramai tau boleh parking situ. Sila datang awal ! 

Tarikan... nasib baik ada lampu warna warni ni. Kalau tak ??? Hurmmm.. hurmm... Selain tu ada beca berlampu dan beberapa lagi tarikan berbayar. 





Ok.. jam 8.45 malam , baru pertunjukkan bermula..  Temanya, berkenaan dengan negara kita. Hurm..  Ok la.. Patriotik skit. Layankan je. Aku memandang kosong. Ingatkan gempak mana la sangat. Rupanya, takda beza dari yang lepas. Hurmm... \


10 minit mengadap mahkamah. Bosan ! Teringat ada bazaar makanan ! Ok... terus ajak wife dan anak anak ke sana. Inilah tarikan sebenar di sini ! Hahahahaha... terus perut aku nyanyi lagi Aiman Tino... Apa saja aku tengok , semua nak ! Ternyata kelihatan semua sedap ! 

Makanan... Aku pekena Tako Yaki dan MeatBall kambing. Baby Crab pon sedap ! Sayangnya air milo macam... hurm. Harga RM4. Kasi cup besar pon tak guna kalau rasa cam minum air paip ! Gagal ! Makanan sedap dah... air tu je out ! Aku tak rasa air di gerai lain. Beli makanan jer. 


Jam 9 malam.. terus menghala ke parking. Nak balik ! Nyesal datang. Hurmm... Nasib baik makanan sedap. Terus mood kembali ok. Tapi sekejap je ok ! Tersangkut dalam jammed ! Nak lepas kuar dari parking pon dah sejam lebih. Terpaksa ikut kereta lain , turun dari divider ! Nasib baik kereta standard ! Kalau aku bawak Ferarri ??? Mampu nak lepas ! 

Kesimpulan.... LAMPU 2017 diselamatkan oleh lampu  lampu berwarna warni yang dipasang berhampiran masjid.  Di tapak majlis , replika lampu yang ada tu macam ... recyle yang lepas ke ? Tak menarik perhatian sungguh. Pihak penganjur harus lebih kreatif. Sepatutnya buat la pertandingan kereta berhias ke.. terbuka pada orang awam ke... Baru cool ! Ni takat tengok lampu dipancarkan ke mahkamah pastu pasang lagu kuat kuat.. hurm.. cam event fun fair pon ada. Haih.. 

Aku kasi 2/5 bintang. 

5 ulasan:

  1. First and last pergi... Tak menarik..

    BalasPadam
  2. tak rajin jugak pergi tempat camtu..fikirkan nak parking or nak balik tu sure jemm yahamattttttttttttttt..

    pastu bab nak ke toilet kalo perut meragam hahaha

    BalasPadam
  3. Memang bosan, tahun lepas saya pergi last day menarik sikitlah sebab dapat tengok bunga api.

    BalasPadam
  4. pernah g dua tahun lepas, agak seksa untuk parking kereta..huhu..

    BalasPadam
  5. Kalau event event macam ni biasa mmg makanan yang meriah Aben. Tapi kalau saya yg jauh ni, datang sana sambut new year, mungkin jakun juga laa. Wahaha... sebab nak amik gmbr. Tehee.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.