Merdekakah kita ?

by - Jumaat, Ogos 31, 2018

Buat pertama kali sejak berkeluarga , aku ke perarakan Hari Kebangsaan. Sebelum ni , aku tak berminat nak pergi. Masa bujang dulu , lebih pada nak sambut jam 12 tengah malam. Dan seingat aku la, masa kecik dulu ada la sekali je pergi. 

Kenapa aku tak nak pergi ? Entah kenapa... aku rasa yang merdeka cumalah jasad aku tapi yang lain tidak ! Hidup di negara sendiri ibarat jadi hamba kepada pihak pihak tertentu. Bosan. Nak tengok muka diorang pun rasa nak muntah ! Aku bukan cakap berdasarkan berita berita di media sosial. Maaf ! Aku bukan spesis mudah terpengaruh fitnah di media sosial. 

Hari ni.. selepas subuh , wife terus gerak anak anak. Bersiap seawal mungkin untuk ke Putrajaya. Nak elak kesesakkan dan ketiadaan tempat letak kereta. Kena keluar dengan pantas. Hahahaha... Dan Alhamdulillah, dapat la gak parking walaupun jauh. 


Masing masing bersemangat. Mereka yang datang pun gembira jer. Di tangan ada Jalur Gemilang. Melambai lambai. Melayu , Cina , India dan pelbagai kaum turut memeriahkan sambutan kali ni. Malah ada juga warga asing turut sama serta. Yang menariknya, ketika ni masing masing melemparkan senyuman antara satu sama lain. HAPPY ! Suka dengan suasana begini. Walaupun cuaca dah mula panas tapi semangat tetap membara nak bersama sama dengan Pemimpin-pemimpin negara untuk menyambut Hari Kebangsaan. 







Aku tak dapat nak tunggu sampai abis pembarisan. Biasa la kan.. bawak anak kecik.  Mana boleh duduk setempat. Aku jaga Aariz. Manakala Qhaliff dan Zahra , bersama mak dia layan pembarisan. Aku keluar dari kelompok orang ramai. Cari tempat yang agak selesa untuk lepaskan Aariz. 

Lega Aariz dapat bergerak. Dia berlari sana sini. Aku ikut dia dari belakang. Mata tidak aku lepaskan dari memandang dia sesaat pun. Suka la dia. Ke sana sini dia berjalan dengan lajunya. Dan aku , sesekali sesak nafas. Ada beberapa orang merokok . Hurm.... Hampa aku. 

Dan tak lama kemudian , wife datang. Dia ajak balik. Aku ok jer. Persembahan helikopter dan kapal terbang belum lagi tapi anak anak dah buat karenah. Namun masih ada rezeki aku dan anak anak untuk lihat persembahan heli dan kapal terbang. Ketika dalam kereta menuju ke Dengkil , sempat aku berhenti tepi untuk melihat persembahan udara. Terbaik ! Bangga jap aku. Heee..

Tiba di rumah. Baru belek telefon pintar. Bukak la Facebook. Ada satu komen di status seorang rakan mengecewakan aku. Bila aku bukak Facebook orang tu , aku senyum. Patutlah.. Sememangnya berfikiran sempit punya manusia. Yang terang lagi bersuluh , dia tak nampak . Yang samar samar jugak dia hentam dengan beria. Bengong tul. Memalukan sungguh orang gini. 

Memikirkan negara kita sudah pun tertukar tangan , aku harapkan kerajaan jangan terlalu lembut sangat dengan kaki fitnah ni. Perlu amik tindakan. Jika tidak , negara kita boleh di dalam kehancuran. 

Salam Medeka .

You May Also Like

5 comments

  1. Selamat Hari Merdeka !
    bestnyaaaa dapat tengok dedepan, every year saya dok rumah,,mesti tengok kt TV, perarakan...heheee
    Ye, jangan jadik kaki fitnah ye dopp

    BalasPadam
  2. best ...rasa macam hari raya hari nih..tapi nak tahu jugak apa yg orang tu cakap.....huhuhu

    BalasPadam
  3. tahniah ben sebab dapat gi putrajaya sambut merdeka. saya teringin gak nak pergi semalam tapi bila memikirkan anak-anak, huh terus tak jadi. Diaorang tak biasa bangun awal jam 6 pagii tu, so takut nanti ada drama airmata pulak pagi-pagi subuh cegitu. hehe

    BalasPadam
  4. parking kat mana semalam? ramai giler orang semalam gi putrajaya tu

    BalasPadam
  5. Bestnya, saya tak dapat pergi hari tu. Husband kerja, tak mampu nak kawal anak sesorang.

    BalasPadam