Aku tak sangka rupanya aku tergolong dalam golongan manusia yang dah kena slips disc ! Rupa rupanya aku pernah kena sejak usia 30an lagi ! Punca ? Aku rasa kena masa workout di gym. Masa tu dia punya sakit kat bahagian pinggang tu tak leh nak dicakap la. Nak bangun dari katil , terseksa betul. Aku ingatkan aku cuma sakit urat atau sakit belikat jer. Makan masa juga la nak sembuh. Tapi aku tak gi jumpa doktor pun.
Duduk terlalu lama pun menjadi punca. Maklumlah , aku dulu computer programmer. Siang malam sibuk ngadap komputer. Naya sungguh la. Pastu berat badan pun naik ke 90kg lebih.
Dan bila masuk umur 40an ni , aku rasa banyak kali gak la aku bermasalah di bahagian situ dan aku ingatkan aku dah kena sciatica ! Kira macam sakit saraf kaki belah kiri. Bermula dari pinggang hinggalah ke tumit. Seksa ketika nak bangun dari tidur.
Terbaru.. aku kena lagi dan kali ni aku rasa memang aku kena slip disc ! Pergerakkan berulang pada bahagian pinggang menjadi punca bila aku ingat ingat kembali !
Tau ke apa tu slip disc ?
" Slip disc adalah keadaan di mana salah satu cakera antara tulang belakang tergelincir keluar daripada kedudukan asalnya dan menekan saraf yang berhampiran. Keadaan ini boleh menyebabkan kesakitan, kebas, dan kekangan pergerakan yang ketara. Apa yang lebih membimbangkan, ramai individu tidak menyedari bahawa mereka sedang mengalami slip disc kerana tanda-tandanya sering disalah anggap sebagai sakit belakang biasa. Menyedari tanda slip disc dari awal sangat penting agar rawatan dapat dimulakan segera dan komplikasi dapat dielakkan. "
Berpunca dari situ dia akan merebak hingga ke tumit. Apa yang aku kena buat ialah regangan dalam 5 minit sejurus tersedar dari tidur. Awal awal tu memang sakit sangat la. Nak tidur pun sakit. Nak angkat kaki masa baring pun tak boleh. Aduh..
Aku buat pembacaan dan mencari info di Internet. Fisioterapi dan urut pun aku dah buat. Membantu juga untuk penyembuhan cuma makan masa. 2 minggu yang cukup menyakitkan. Aku tak makan sebarang ubat penahan sakit pun. Cuma ambil halia dan tumeric jer. Pastu ada supplemen untuk saraf yang aku beli di farmasi.
Pelbagai cara regangan aku buat dan ikut seperti yang diajarkan oleh mereka yang pernah alami masalah seperti aku. Ya , sangat ramai ! Malah bila tengok di pusat pusat rawatan saraf ni , terlalu ramai ada masalah dengan lower back ni !
Punca? Banyak ! Antaranya , duduk di satu satu tempat tu terlalu lama. Kurang pengerakkan pastu jarang buat regangan. Mengangkat beban dengan cara yang tak betul pun menjadi punca. Stress dan tidur lewat.. Semua tu merosakkan tubuh badan ! Pemakanan jangan cakap la... Sudah semestinya.
Alhamdulillah.. Masuk minggu ke 3.. aku dah boleh dikatakan semakin ok dan kembali cergas. Tapi aku kena hati hati dah. Bila di gym , aku tak boleh buat latihan yang boleh menjadi punca dan pastikan pakai gym belt bila berlatih ! Dulu sombong.. ingat dah power sangat ! Sekali ambik kau !
Bila kena slip dics dan sciatica ni , percayalah. Kau akan hilang semangat dan sangat down. Rasa lemah dan tak berguna jer ! Nak kena kembalikan keyakinan , satu cabaran dan itulah yang aku lakukan seminggu lepas. Aku tetap ke gym untuk membina keyakinan dan memberitahu pada badan aku , kita boleh lakukan tapi dengan cara yang betul ! Kuatkan otot lower back adalah satu kemestian !
Kurangkan keradangan tanpa ubat tahan sakit : https://Halia1.wasap.my






























